Cuti Di Kuching Sarawak : Hari 2 - MATANG WILDLIFE CENTRE

Hari kedua kami ke Matang Wildlife Centre. Perjalanan dari homestay mengambil masa dalam 40 minit. Oh ya, untuk pengetahuan uollls... Bercuti kali ni kami takder sangat "shopping trip". Tapi lebih kepada "aktiviti penuh cabaran"... Mencabar lah sangat, kan? Hahahahah
Di Matang Wildlife Centre takderlah banyak sangat haiwan. Difahamkan kebanyakan haiwan2 kat sini adalah yang diselamatkan ataupun yang dihantar untuk dipelihara selepas ditangkap pemburu. Bagusnya kat sini, kita kena menyusuri trek die yang dikelilingi hutan untuk melihat haiwan2 tersebut.
Agak seram jugak... Masuk hutan yang sepi... dan basah (musim hujan la katakan).
Cuma memang pekerja Matang Wildlife ada pesan kalau nampak orang utan datang secara dekat kena call dowang (masa daftar siap diberikan no telefon jika berlaku kecemasan). Sebab kat Matang Wildlife ni umpama nurseri orang utan, bila orang utan ni cukup dewasa dan bersedia untuk dilepaskan... mereka akan dilepaskan dalam hutan.
Ada 'signboard' memaparkan kesan 'serangan' orang utan... ngeri...
Ada juga buaya, dekat 10 ekor jugak kalau tak silap... besor2...
Ada rusa... Tapi dalam kandang...
Burung hantu tengah menjamu selera...

Harimau bintang... Dalam kandang gak..
Kalau bebas berkeliaran takder beraninya nak jalan kat kawasan hutan tu...
Landak pun ada... Duk bz makan doriyan...
Feveret dowang ehh buah doriyan ni...
Sesi melayan berfoto poyo kat tengah2 hutan...
Akid yang penakut... Tapi bersungguh nak bergambar...
Ekceli mood Akid tak berapa nak baik, sebab die sibuk mintak nak mandi swimming pool.
Spesis monyet pakebenda ntah... Tapi kat sini paling banyak orang utan ler...
Siap ada nama dan trademmark lagik...
Paling besar orang utan ni... menyombong kitorang datang pandang ke arah lain...
Nama dier "Aman"... Besar uolls...
Siyes cam sama tinggi dengan Anaqi jer...
Ni tempat rekreasi orang utan...
Ada 2 kawasan yang mempunyai pembinaan cenggini...
Time kitaorang pergi, hanya nampak kelibat 4 ekor orang utan ja...
Tu pun main sorok2... Mungkin sebab dah nak masuk waktu tengahari kot, time dowang tido.
Antara orang utan yang diberi nama dan pernah tinggal di Matang Wildlife Centre.

Lepas tu kitaorang masuk bilik pameran...
Kat sini banyak haiwan yang dah mati dan diawetkan...
Antaranya burung hantu...
Harimau bintang...
Monyet...
Ok, yang ni "Bullet", die ni menjadi lagenda di Matang Wildlife Centre...
Menurut staff kat sini, kebanyakan pelawat datang memang akan bertanyakan si Bullet ni...
Sebabnya "Bullet" ni kesahnya, masa dier kecil, dier ditembak oleh pemburu. Mak Bullet ni memang bersungguh menyelamatkan anaknya. So mak dier paling banyak kena das tembakan. Sehingga akhir hayatnya, die tetap menyusukan si Bullet. Sampai hilang nyawa tau. Sayu melihat keadaan ibu orang utan yang parah tapi masih mahu menyusukan anaknya menyedarkan pemburu tersebut. So dowang bawak Bullet yang cedera ke Matang Wildlife Centre untuk dirawat dan dipelihara. Dan di badan bullet ada 5 kesan tembakan sebab tu die digelar Bullet...

Tapi pada usia berapa ntah (saya dah lupa, 12 tahun kot?). Bullet ni mati. Menurut staff kat situ, Bullet ni terlalu agresif, die mati mungkin juga kesan daripada dos penenang yang kerap kali diberikan.

Selain daripada citer Bullet saya suka juga dengan kisah "Ganti" (orang utan yang lain). Ganti ni telah dibebaskan ke hutan tapi dier selalu datang balik ke Matang Wildlife Centre dengan mengeluarkan bunyi (staff dowang dah paham). Datang semata-mata nak mintak susu untuk anak dier di hutan. So staff ni akan kasi susu ni kat Ganti... Pandai kan bapak carik rezeki? Hehehehehe
Tiket die murah jer uolls... Budak RM3 , dewasa RM10...

Dan ekceli banyak lagi binatang dalam tu tapi ai malas nak upload...
Not bad tempat ni walaupun tak seglamer mana, dan anak saya semuanya enjoy kat sini...

Cuti Di Kuching Sarawak : Hari 2 - MATANG WILDLIFE CENTRE Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 04, 2013 Rating: 5

6 comments:

  1. macam zoo jugak cuma ni adventure sikit dari zoo. Menarik ni. tapi cerita bullet tu sedihnya...

    ReplyDelete
  2. Huhuhuh..bila nak sampai kuching ni?

    ReplyDelete
  3. ngeri ar tgk gambor serangan tuh... hu3

    ReplyDelete
  4. Boss sy ada 1 haiwan peliharaan .. kukang .. kalau sy jual sy dpt berapa

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.