Sabtu Bersama Berita Harian dan Ahad Bersiaran di Bella NTV7

Saya ingatkan dah boleh duk relaks masuk bulan 12, tapi telahan saya silap. Selain daripada sibuk membuat persiapan persekolahan (sangat bersyukur sebab boleh jimat berbelanja guna voucher Tesco, Giant dan Jusco). Saya dan anak-anak juga terikat dengan beberapa temujanji yang melibatkan media memandangkan Anaqi salah seorang pemenang untuk kempen Biskut Tiger. Dan biasanya sebelum datang untuk sesi temuramah terutama TV, saya akan bertemujanji dengan pihak PR bagi memastikan proses rakaman berjalan dengan lancar.

Seperti Sabtu lepas saya dan Anaqi plus Mira dan Emir ada temujanji dengan wartawan dari Berita Harian. Sesi temuramah berjalan lebih satu jam. Lepas tu ada sesi bergambar pula. Memang seronok sebab sesinya sangat santai. Sambil berborak sambil makan-makan. Yang paling BEST semua anak saya join sekali sesi kali ni.
Anaqi dan Emir yang sangat sporting apabila diminta beraksi depan kamera. Jurugambar pula sangat friendly. Saya rasa nak minta juga salinan gambar yang diambil buat kenang-kenangan :)
So ini memang menu pilihan Anaqi ketika sesi sembang2 dan makan bersama BH. 2 hari sebelum tu makan2 dengan PR dekat Penang Village Cafe, Anaqi bantai order mee udang semangkuk. My anak ni kalau tang makan memang die sangan suka mencuba... huhuhu...

Ok, esoknya pula saya dan Anaqi plus Winda dan Fawwaz ada sesi temuramah (live) di NTV7 untuk rancangan Bella. Dahla malam tu saya dengan Anaqi tidur dekat pukul 3 pagi gara-gara layan Running Man. Esoknya pagi2, bangun dah kena bersiap ke studio NTV7. Memang rasa macam zombie jer pagi tu...
Hos untuk Bella hari itu ialah Elaine Daly. Cantik dan tinggi orangnya :) Yang baju kuning ni mekap artis :) :)
Elaine ni memang pandai melayan kanak-kanak...
Ni masa kat set... cantek kan set dier? :)
Ahem Fawwaz (animal lover) dan Anaqi (chef junior) in da house...
Puan Nawar, Christine, Shirley, me, Anaqi, Fawwaz dan Winda...........

Walaupun saya pernah kuar di media elektronik (aderler beberapa kali) tapi ini pengalaman pertama kali untuk rancangan secara langsung. Pengalaman yang sangat manis dan berharga terutama dapat bekerja dengan mereka yang sangat baik hati dan banyak membatu. Terutama team2 PR dari Tiger Biskuat... saya begitu hargai tentang sikap prihatin dan amik berat uollls. Begitu juga dengan Puan Nawar yang 5 kali saya temui (briefing TV dan radio) yang sudi berkongsi cerita dan memberi nasihat kepada saya terutama dalam mendidik anak agar mereka berjaya dalam bidang yang mereka gemari.

Many thanks to my BFF Mira dan juga Winda yang banyak support saya. Kami kongsi minat dan juga perasaan yang sama iaitu "sentiasa mahu yang terbaik buat anak-anaknya". Sememangnya tak terungkap dengan kata-kata begitu indahnya semua pengalaman yang diberikan kepada saya dan keluarga...

Alhamdulillah :) :)

Sabtu Bersama Berita Harian dan Ahad Bersiaran di Bella NTV7 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 24, 2013 Rating: 5

6 comments:

  1. memang satu pengalaman yg indah.. :) u should be proud bile tengok anaqi masak tu sebab i bukan mak dia pun dah bangga habis dah

    ReplyDelete
  2. tumpang bangga dengan anaqi dan emir :-)

    ReplyDelete
  3. Waaaaaaa hebat n glemer dh fmly akak ni :)

    ReplyDelete
  4. bagus akak...serlahkan potensi anak2..insya Allah ada sesuatu yg lebih lebih manis lepas nih...all the best to kak ayu dan anak2 serta family lepas nih... :)

    ReplyDelete
  5. anak kak winda lg tinggi drpd maknya...hehehehehe...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.