DIY Green Earth ~ Projek Rumput
Ini tanah sekangkang kera balance depan rumah. Sebab dah jadi 'public toilet' kucing2 jiran so my Bedah dok bising suruh simen + tiles. Walaupun sy jenis malas bercucuk tanam tapi sy tak suka rumah yg langsung takde tanah. Nak kena ada 'Green' gak... kohkohkoh
So haritu masa balik kerja singgah plant nursery cari rumput...See... hampir penuh boot my dugong isi rumput. Rega 2 hengget sekeping ukuran 2' x 1'. Beli 35 pcs, dah ukur-kira awal2 sebelum pergi beli...
Balik rumah terus mula 'clear' kan tanah, kasi rata sket then tanam. Terkial2 sorang, buat tara ni dah semput2... adeh...
Then... my kids balik... Sangat rajin mengoferkan diri nak tolong. Semua semangat & sebok nak buat, dari Anaqi hinggalah Amani. Kecuali Yana, dok main tab + tukang amik gambar... berkeping2 gambar 'censored'. Adoyai, sebijik ikut perangai 'asal boley' cik Bedah...
Wokeh dah siap... terus tanam rapat2... puas ati... cantik gak rasa nak guling2 je muahaha
Rumput ada lagi balance 2 setengah pcs... So cadang nak 'clear' kan pokok pisang belakang rumah yg owner lama tanam & ganti je ngan rumput tu.
Dah tebang pokok pisang tu jumpalah pulak sarang burung. Siap ada 2 ekoq baby bird yg belum pun tumbuh bulu... Huh???My kids decide nak bela la pulak baby bird tu... Tinggai sekoq je, yg sekoq lagi tak tahu g mana. Lepas kitorang kuar & balik rumah tengok dah tinggai sekoq je. Mak dia datang balik ambil? Or dah jadi food utk 'something'? Ntahlah... sekoq ni je pun penin nak kasi makan apa... aiii... jgn hang mati sudah...
p/s: My Bedah? Dia buat dunno je... kikiki
Hermit
DIY Green Earth ~ Projek Rumput
Reviewed by Hermit
on
March 25, 2014
Rating:
cantek....
ReplyDeleterajin dedet ai :)
kemas je lepas letak rumput...
ReplyDeletecun :)
ReplyDelete