Keputusan SPM :Sebagai Permulaan atau Pengakhiran...

Semalam result SPM keluar..
Macam-macam status naik kat FB, twitter dan segala mak nenek laman sosial..
Dan hampir 90% memang hepi dengan keputusan samada diri sendiri, anak, sepupu, anak buah, jiran sebelah umah mahupun orang sekampung... Memang kecoh memasing, heheheheh

Ni belum masuk anak selebriti seperti anak Cik Ta, adik Elfira Loy...memang result baguih2 belaka..Terus dikongsikan merata-rata...
Tahniah2...

Mengimbas balik zaman saya amik SPM tahun 1995..
Masa tu memang keputusan berdasarkan berapa pangkat kita dapat...
Lepas tengok pangkat, pandang pada agregat..
Saya takderlah hebat mana walaupun mendapat pangkat 1, agregat berbelas jugak..
Kiranya time tu kalau dapat agregat bawah 10--dah kira "oii mak kencangnya result ko"....

Kiranya kata orang tua...
Kat Malaysia ni kalau result yang baik macam membuka jalan untuk pergi belajar lebih jauh lagi..
Ok, statement tu ada betul ada tidak betul jugak...
Yang betul--tak tipu memang result baik..
Macam-macam peluang belajar, kat mana kita nak belajar, kita boleh cuba untuk memohon..
Nak apply masuk universiti mana pun boleh...
Jurusan apa yang nak minta pun boleh..
Sebab kelayakan untuk memohon itu ada...

Cuma nak kata yang tidak berjaya cemerlang dalam SPM tidak ke mana..
Tu salah sebenarnya..
Saya banyak jumpa kes kengkawan saya yang tak begitu cemerlang dalam SPM..
Tapi berkat sisa2 mahu bersungguh berjaya itu tetap ada...
Die teruskan belajar..
Belajarlah dari peringkat sijil...dan sekarang dah berjaya genggam-pun title Doktor Falsafah...
Cumanya perjalanan yang ditempuhi agak panjang dan berliku...
Tiada bantuan biasiswa pada awal pembelajaran...
Gitu...

Ada juga yang tidak mampu meneruskan perjalanan dalam pembelajaran...
Cam kawan saya Mr Romie (bukan nama sebenar) mengambil keputusan mengusahakan perniagaan " kolam ikan dan udang"..
Dan sekarang mampu hidup senang dan lagi mampu untuk membuka umah pusat penjagaan anak-anak yatim piatu....
Walaupun begitu katanya beliau masih belum mampu berbini dua, buahahahahah

Tapi bagi pendapat saya...
Selagi berusaha dan kita berjaya mencapai kejayaan seperti yang kita idamkan..
Itu adalah BONUS buat diri...
Buat diri hepi dan paling penting mak ayah pun bangga dengan kejayaan kita...
Dan dapat SPM yang cemerlang...kita perlu syukuri dan bangga dengan diri sendiri (tapi jangan sampai tahap riak)..buat sujud syukur dan terus tanam azam "InsyaAllah akan teruskan usaha tanpa jemu untuk berjaya dunia dan akhirat"

Banyak kali juga saya temui pelajar di IPTA saya yang tidak begitu menyerlah di peringkat universiti, meskipun kalau kita lihat/kaji latarbelakang beliau rupanya seorang yang sangat cemerlang di peringkat sekolah...

Rata-ratanya memberi alasan...
"Saya sudah penat belajar bersungguh di waktu persekolahan"...
"Saya belajar sebab ada guru dan ibubapa yang selalu memerhatikan saya. Mereka sentiasa menilai saya. Tetapi bila dah masuk U saya sudah mempunyai kebebasan untuk terus tidak ditekan agar sentiasa belajar"...

Berbalik pada alasan...
Saya sering mengutarakan balik persoalan kepada mereka2 ini..

"Awak belajar untuk lulus..atau belajar kerana ianya ilmu yang dapat memberikan manfaat pada  masa akan datang?"

Kalau lulus...Betul juga tapi kalau ikut perkiraan gred....dapat gred C pun sudah dikira lulus...
Kalau kerana manfaat...Banyak ajer alasan sebab musabab manfaat boleh diberikan...kalau kita belajar dengan ikhlas akan diberikan pahala --itu juga perlu dipraktikkan. Walaupun katanya belajar Matematik hanyalah sekadar untuk mencukupkan mata point pelajaran yang perlu diambil ...tapi mana tahu satu hari kita boleh ajar anak kita ke, sepupuke tentang subjek matematik yang dowang tak jelas...kan baguihhh

Ilmu itu luas sebenarnya...
Kejayaan dan Kegagalan dalam SPM ni berlaku dalam satu juzuk dari satu buku kehidupan..
Yang berjaya..kekalkan usaha...teruskan pencarian ilmu di dada..
Yang gagal..bukan bermakna gagal selamanya..masih ada ruang masa untuk diperbaiki dan berjaya dalam hidup biarpun dalam apa bidang yang diceburi...

Paling penting jadilah orang yang berjaya dan yang mempunyai akhlak terpelihara...

*gambar hiasan, My Anaqi yang penat mendengar ceramah motivasi "Jadilah seorang abang yang berjaya dunia dan akhirat" dalam kereta yang disampaikan penuh bertenaga oleh maknya ..Gambar diambil selepas 10 minit syarahan...Hahahahahahha..Hampeh betoi :p
Keputusan SPM :Sebagai Permulaan atau Pengakhiran... Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 21, 2014 Rating: 5

3 comments:

  1. SPM ni for me pasport nak masuk U, so nak tak nak mmg kena struggle gila baban la. Cita-cita pulak agak tinggi masa tu. er... apa jadik dgn cita-cita tu ek skang? hehhehehehhe.. apa-apapun nasihat saya, if keputusan tidak memberangsnangkan, boleh mintak ILP, belajar kemahiran , Insya-Allah esok-esok nak kerja pun senang. SPM is not the end of world .

    ReplyDelete
  2. haha ayu...kelakar cara u tulis.. mr r and anaqi betul betul terlelap ker lepas dengar syarahan maknya? hehe..apa pun kenangan lama masa dulu dan sekarang dah lain. dulu belajar nak naikkan taraf hidup family..tapi sekarang budak budak dpt result full As mcm trend and tak payah risau nak jaga parents dorang.. apa pun..di mana ada usaha di situ ada jalan.

    ReplyDelete
  3. SETUJU ngan mer...spm passport nak masuk U. Pangkat 1 tu kira best la masa tu....alhamdulilah masuk gak IPT.

    Ada yg biasa biasa ajer spm tapi berjaya. Cthnya Pakengku Kuzie Katering....PK ada citer kat fb beliau...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.