‘WORD MANIA CHALLENGE 2014’ - Pertandingan Mengeja Secara Online Yang Terbesar di Malaysia
Untuk pengetahuan uolls, sepanjang dua bulan yang lalu, seramai 70,000 pelajar daripada 2,000 buah sekolah di seluruh negara telah berentap dalam satu permainan membina perkataan secara online. Pertandingan ini dikenali sebagai ‘Word Mania Challenge’ 2014 yang memperkenalkan mengeja secara online yang terbesar di Malaysia. Elemen menyeronokkan dapat dirasakan selain daripada pengukuhan literasi Bahasa Inggeris menerusi satu platfom pembelajaran maya interaktif dan melibatkan semua sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Ia merupakan usahasama FrogAsia, Yes, YTL Foundation dan Literacy Planet :)
Antara yang menarik perhatian saya ialah komen daripada Lou Yeoh, Pengarah Eksekutif FrogAsia...
“Pertandingan ini turut berjaya menjalin hubungan yang lebih akrab di antara guru dan pelajar memandangkan mereka saling berganding bahu untuk merebut tempat di kalangan sekolah-sekolah dalam senarai teratas. Sungguh menyeronokkan melihat pelbagai jenis sekolah menyertai pertandingan ini, termasuk 118 buah sekolah yang terdapat di Malaysia Timur. Akses Internet yang dibekalkan melalui projek 1BestariNet pula telah membolehkan sekolah-sekolah di seluruh negara, tanpa mengira lokasi, mendapat peluang yang sama rata untuk menyertai pertandingan-pertandingan sebegini”.
Di sini kita dapat lihat kesepaduan antara guru dan murid menjadikan matapelajaran bahasa Inggeris sesuatu bahasa yang mudah dan menarik untuk dipelajari. Sekaligus dapat membantu meningkatkan lagi prestasi mata pelajaran ini tidak kira kawasan sekolah itu terletak samada di bandar mahupun di luar bandar.
Dan pertandingan ini terbuka kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah. Yang mana para peserta pertandingan perlu membina sebanyak mungkin perkataan dalam tempoh 3 minit dari senarai huruf yang telah tersedia. Memang menyeronokkan!!!
Kumpulan media juga berpeluang mencuba sendiri permainan interaktif ini dan diberi saingan hebat oleh peserta-peserta akhir sekolah rendah. Ternyata 3 pusingan pihak media telah diatasi dengan baik oleh murid-murid ini. Walaweh, heheheheh :)
Ahem untuk pengetahuan semua seramai 20 pelajar yang berjaya ke peringkat akhir telah berentap dalam sesi selama 45minit mengikut kategori Rendah Bawah, Rendah Atas, Menengah Bawah dan Menengah
Atas. Pemenang untuk 3 buah Sekolah Rendah dan 3 buah Sekolah Menengah yang mendapat Markah Tertinggi, serta sebuah Sekolah Dengan Penyertaan Terbanyak, dari kesemua 5 wilayah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Pertandingan ini menyaksikan para pelajar bersaing merebut kedudukan teratas bagi setiap daripada tujuh kategori yang dipertandingkan. Hadiah-hadiah hebat yang bernilai lebih dari RM1 juta seperti Samsung 4G Chromebook, peranti Yes 4G, baucar FrogStore dan langganan LiteracyPlanet untuk dimenangi oleh setiap
pelajar dari sekolah yang memenanginya sekaligus membuatkan Pertandingan Akhir ini begitu mendebarkan. Lumayankan hadiah yang ditawarkan ....
Jom kita lihat pertandingan akhir yang telah berlanglung...
Memperkenalkan barisan pelajar yang berjaya ke peringkat akhir...
Kita hanya lihat untuk pusingan pertama...SPEED CHALLENGE
Contoh soalan dan jawapan seperti gambar di bawah :)
Penuh warna-warni, interaktif dan paling penting belajar serta menguasai tatabahasa Bahasa Inggeris dengan kaedah yang menyeronokkan!!!
Dan akhirnya, berikut adalah senarai pelajar yang memenangi cabaran Word Mania 2014 :-
KATEGORI: PELAJAR SEKOLAH RENDAH
Kategori Sekolah Rendah (Lower)
1. LOO WEI HAO
2. CHONG JIE XIN
3. MUHAMMAD AFIQ DANISH BIN HASNIRUDDIN
Kategori Sekolah Rendah (Upper)
- Lim Yue Kin
- Nurhanis
- Tan Jie Yeong
KATEGORI: PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
Kategori Sekolah Menengah (Lower)
1. ELWIN RAJ A/L PAUL RAJ
2. MUHAMMAD ADI AIMAN B. MOHD YUSSERI
3. AIDA SAFURA BINTI HAMIDON
STUDENT CATEGORY: UPPER SECONDARY
Kategori Sekolah Menengah (Upper)
1.OLIVIA YEO
2. LER LIEN JIA
3. TAN WEI KHANG
Kategori Sekolah: TOP PRIMARY SCHOOLS
School State Category
SK Pekan Jaya Pekan, Pahang
SK Taman Megah PJ, Selangor
SJKT Ladang Bute Sepang, KL
SCHOOL CATEGORY: TOP SECONDARY SCHOOLS
School State Category
SMK Dato Sri Amar di Raja Integ Muar Johor
SMK Chio Min Kulim, Kedah
SMK Datuk Panglima Abdullah Sabah
Ms. Lou Yeoh, Executive Director of FrogAsia (kiri) dan Y.B. Tuan P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pelajaran II (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang KAtegori Sekolah Menengah (atas)
Ms. Lou Yeoh, Executive Director of FrogAsia (left) dan Y.B. Tuan P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pelajaran II (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori Sekolah Rendah (lower).
Permainan Membina Perkataan Secara Online Terbukti Effektif dalam Memperbaiki Literasi Bahasa Inggeris
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.frogasia.com/wordmania.
‘WORD MANIA CHALLENGE 2014’ - Pertandingan Mengeja Secara Online Yang Terbesar di Malaysia
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 31, 2014
Rating:
No comments:
Sharing is caring...