Bersarapan Bersama F&N Seasons NutriSoy Setiap Hari Ternyata Pilihan Bijak Dan Terbaik Buat Famili
Saya memang penggemar air soya. Apatah lagi
rasanya seakan susu namun ianya berasaskan nutrisi dari kekacang iaitu kacang
soya. Saya pasti uolls juga gemar menikmati F&N Seasons NutriSoy bersama
variasi masakan popular di Malaysia seperti nasi lemak, roti canai, mee goreng
mamak dan macam-macam lagi. Contohnya seperti saya dan famili yang gemar menikmati F&N Seasons NutriSoy bersama…
Mee Wantan Kicap
yang enak. Cukup mengenyangkan dengan hanya sepinggan mee dan setin F&N
Seasons NutriSoy kurang manis.
Ubi rebus yang kaya dengan serat bersama F&N
Seasons NutriSoy. Yummmyyyyyy… Hidangan ringkas tetap mengenyangkan..
Roti putih bersama mentega kacang dilengkapkan dengan F&N
Seasons NutriSoy kurang manis. Sesuai bagi ibu yang sibuk seperti saya J
Yang ni paling ringkas dan mengenyangkan.
Biskut oat yang ranggup bersama F&N Seasons NutriSoy. Jika tidak sempat
bersarapan di rumah, hidangan ini juga boleh dimakan semasa dalam perjalanan ke
tempat kerja atau sekolah. Anak-anak saya begitu menggemarinya!!!
**************
Tidak dinafikan mempunyai anak seramai 5
orang memang macam-macam karenah. Masing-masing ada citarasa sendiri. So, kita
sebagai ibu kadang-kadang perlu kreatif dalam menyediakan hidangan terutama ketika
waktu sarapan. Ini kerana sarapan sangat penting, ianya perlu berkhasiat dan
memenuhi keperluan nutrien seharian.
Ok, saya nak share satu resepi #BreakfastLove bersama #NutriSoyMY
mudah sesangat buat ibu-ibu semua. Saya namakan resepi ini “Roti Gulung Nutrisi F&N Seasons
NutriSoy”
Bahan-bahan yang diperlukan adalah…
1. F&N Seasons NutriSoy (less sugar) –
saya guna setengah cawan.
2. Sosej – saya guna 2, terpulang pada
uolls nak letak byk mana sosej
3. Roti
4. Kentang sebiji (dikupas kulit)
5. Sayur (saya guna kobis). Terpulang pada
sayur kesukaan anak2.
6. Sedikit lada hitam
7. Sedikit garam (bahan perasa, tak nak
letak pun takpe)
Cara nak membuatnya…
Kentang dipotong dadu, rebus sehingga empuk.
Lenyek-lenyekkan kentang (tak nak lenyek
pun takpe). Masukkan sosej (dipotong dadu), lada hitam, sedikit garam dan
paling penting F&N Seasons NutriSoy. Gaul rata.
Potong sayur kecil-kecil.
Campurkan sayur serta bahan yang telah
digaul dan letakkan secara kemas di atas roti. Gulung roti, pastikan inti tidak
terlalu tebal (banyak). Saya tidak menggunakan telur atau bancuhan tepung untuk
meutup gulungan roti. Ini kerana bahan adunan yang digaul agak lembab
disebabkan susu soya jadi ianya mudah digulung tanpa terbuka.
Masukkan dalam ketuhar. Sekejap ajer
bakarnya. Hanya untuk memanaskan roti gulung.
Tadaaaaaaaaaaaa…
Kalau nak lebih berseri, boleh sapu
sedikit telur di atas permukaan roti.
Terpulang pada citarasa masing-masing.
See pakej hidangan sarapan yang lengkap –
ada daging (sosej), telur, roti (karbohidrat) + sayur + susu soya!
Cuba try, anak anda pasti senyum sambil
makan seperti My Yana, hahahahaha
Saya juga suka menggunakan susu soya F&N
Seasons NutriSoy untuk membuat kari. Bukan sahaja rasanya lebih sedap tapi
ternyata ianya lebih khasiat kerana rendah lemak.
Cuma teknik saya gunakan untuk memberi rasa
lebih “kaw”. Susu soya dituangkan sedikit dalam cawan dan diperahkan dengan air
limau purut. Kemudian dicampurkan dalam kari di dalam periuk yang sedang masak
di atas dapur! Sedapp uollls
Jadi uollss… jangan lupa menyediakan
sarapan bersama F&N Seasons NutriSoy.
Ini kerana F&N Seasons NutriSoy
mengandungi pelbagai khasiat seperti:
i. Sumber
protein yang baik untuk tubuh badan kita
ii. Tidak
mengandungi kolesterol dan laktosa.
iii. Rendah
lemak (bagus untuk diet ni)
iv. Tidak
ada bahan pengawet, pewarna dan perasa (phewww!!)
v. Paling
best, protein Soya F&N Seasons NutriSoy boleh membantu mengurangkan
kolestrol
Ternyata #BreakfastLove bersama #NutriSoyMY menjadikan kita (ibu) lebih
kreatif dan sentiasa mahukan yang terbaik buat keluarga tercinta.
Untuk keterangan lanjut mengenai
produk F&N Seasons NutriSoy boleh layari and LIKE Facebook
F&N NutriSoy di www.facebook.com/NutriSoyMY
Bersarapan Bersama F&N Seasons NutriSoy Setiap Hari Ternyata Pilihan Bijak Dan Terbaik Buat Famili
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 22, 2014
Rating:
nampak yummy!
ReplyDeletebtw, u memang betul2 letak soya dalam kari ganti santan?
ReplyDeleteterbaekkk!!!!
ReplyDeletemira- yup, i ltk cuma perah air limau kt soya tu...
ReplyDeletekari? aduiyai ni yang mesti kene cuba ni
ReplyDeletefuyoh..cubaan hebat ganti soya dgn santan ni..zt besenye ltk susu cair je ganti santan..mmg sodap
ReplyDelete