Bila PENDIDIK tak mampu untuk MENDIDIK...
Uolls ada baca berita ni tak???
Murid Tahun 5 Dakwa Guru Sepak Dan Pijak Kepala
17 Apr 2014, 09:00pm by Rodhiah Abu Yazid
Disepak dan kepalanya dipijak sehingga pengsan oleh guru yang didakwa mengalami masalah mental.
Itu yang berlaku ke atas seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan, Chendering, Kuala Terengganu, sehingga dikejarkan ke unit kecemasan, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Kejadian berlaku jam 1.20 petang semalam di surau Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan, Chendering.
Guru berkenaan didakwa naik angin gara-gara pelajar berkenaan bergaduh dengan rakan sekelasnya berhampiran surau ketika mereka mahu menunaikan solat Zohor.
Guru berkenaan dikatakan menyepak kepala mangsa dan sebaik terjatuh kepala mangsa dipijak berulang kali.
Mangsa dikatakan pengsan lalu diangkat ke bilik guru besar.
Pihak sekolah didakwa mahu menyembunyikan perkara itu, namun ia terbongkar apabila seorang pelajar melaporkan kejadian itu kepada bapa mangsa.
Bapa mangsa Wan Omar Wan Mohammad, 43 tahun yang bergegas ke sekolah terus membawa mangsa ke hospital sebelum satu laporan polis dibuat.Mangsa dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah dan dibenarkan pulang jam 12.00 tengahari tadi.
- See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/TAJUK_UTAMA_6_1397725150.html#sthash.071fGEws.dpuf
Saya dapat tahu berita ini dari status my BFF Ezz kat FB dier..
Terkejut juga bila seorang manusia yang bernama PENDIDIK sanggup berkelakuan sebegitu...
Memijak anak orang lain... Tapi bila saya baca berita ni balik rupanya PENDIDIK ini dikatakan mempunyai masalah mental :(
Berita tentang PENDIDIK sebenarnya ada sedikit memberi kesan kepada saya...
Sebab saya juga seorang pendidik... Cuma golongan umur anak yang dididik saya lebih dewasa dan matang. Jadi cara saya mendidik agak berlainan dari PENDIDIK untuk umur bawah 18 tahun. Yang mana peringkat ini mereka masih bersekolah di peringkat rendah dan menengah...
Mengajar di IPTA... kita ajar... student follow, tak follow dorang sendiri akan menanggung keputusan yang bakal dihadapi. Mak tak akan hadir ke universiti dan argue... "Why my son got C not A?"... Even ada kes paper English, yang kununnya anak dowang dulu duk kat bumi obersea lebih 7 tahun, kiranya cakap berhabuks english, cakap malay pun tak reti. Bila mak pak datang komplen. Lecturer akan terus jer tunjuk kertas exam anak kat mak pak depa "Layak ke dapat A?"... Confirm mak pak tu yang akan termalu sendiri...
Ok... saya bukan nak membebel pasal kertas English...
Oh my bad... selalu diskus kuar dari topik perbincangan, hahahahaha
Ok... saya bukan nak membebel pasal kertas English...
Oh my bad... selalu diskus kuar dari topik perbincangan, hahahahaha
Tak nafikan sebagai PENDIDIK walaupun orang kata profesion ni macam nampak sangat tak stress dan banyak masa. Tapi sebenarnya tidak ya. Tanyalah pada mana-mana profesion guru. Semua akan mengeluh "Sejak sistem baru ni, kerja sekarang ni makin stress". Dan sebenarnya kerja-kerja apapun stress. My laki yang kerja duk kejar projek lagi stress... begitu dengan profesion lain... doktor ke... peguam ke, pengimpal logam ke... Even kalau bekerja sendiri ada masanya dowang akan rasa STRESS...
Cuma PENDIDIK kan, die bukan hanya profesion yang di pandang masyarakat malah masyarakat juga meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada mereka ini untuk sama-sama membantu mendidik anak mereka. Didik dengan ilmu duniawi /syurgawi dan juga peri tingkahlaku. Maknanya kalau anak kita salah, silalah beri tunjuk ajaran-->sepatutnyalah, kan?
Tapi bila ajaran tu melampau batasan sampai kaedah memijak kepala diaplikasikan... Ini adalah satu kesilapan. So, kita kena tengok personaliti PENDIDIK itu sendiri, adakah die ni jenis seorang yang baran?
Ataupun beliau sendiri tidak dapat mengawal kemarahan? Sehingga mampu bertindak luar batasan... sehingga hilang sifat kemanusiaan.
Saya sendiri bila berhadapan dengan anak kandung saya sendiri...
Dengan karenah yang mengada-ngada (hahaha), dengan perangai demanding mereka, dengan berperang adik-beradik kadang-kadang hanya kerana sebatang pen... boleh membuatkan saya berangin satu badan. Apatah lagi bila saya tegur ada yang berani mempersoalkan...
OK, bila mak dier tegur dipersoalakan, terus ai bagi ceramah kalah cara penyampaian UAI berjam-jam. Tahanlah telinga kemerahan... Buat muka jer, terus kena cubit kat tangan. Tapi saya ni jenis kalau marah sangat... saya akan menangis... So anak2 akan otomatik jadi tacing terus berkelakuan baik (cam sandiwara di TV3)...
Tapi peracayalah... Bukan senang nak didik anak..
Apatah lagi anak orang. Kalau kita buat tak tahu, nanti orang kata kita tak bertanggungjawab. Bila amik tahu sehingga menguji kesabaran terus perangai kita akan jadi ala2 Hang Jebat...
Nasihat saya, PENDIDIK hari ini perlu ada ilmu kaunseling yang perlu "dikemas-kini" dari semasa ke semasa. Guru besar ke, Pejabat Pendidikan ke, perlu hantar pendidik bukan hanya ke Program Peningkatan Prestasi Pelajar semata-mata. Hantar jugaklah ke kem motivasi sahsiah, kelas terapi guru ke, kursus teknik mengawal kemarahan ke...
Bukannya apa... Mendidik generasi hari ni tak sama cara mendidik generasi dulu...
Kalau dulu nampak cikgu disiplin lalu, semu dah senyap macam tikus. Ni belum die lalu sambil bergaya dengan rotan. Memang kalau dulu nampak cikgu dengan rotan kita akan rasa takut cam hamster (lebih kecik dari saiz tikus jalanan).
Tapi pelajar la ni... berbeza. Walaupun tak semua ya... Ada setengah pelajar bila kena marah dengan cikgu. Sebelum cikgu tu balik umah mungkinlah ada (contohnya) "tayar yang dipancitkan", takpun di tingkap keta cikgu yang berhabuk tertulis "Cikgu Bodooo". Tak pun tertulis di mana2 tembok dinding sekolah "an apple a day can keep Cikgu bla-bla away". Paling best bila dapat sms dari mak pak "I want to see u urgently, apa salah anak saya!"
So, PENDIDIK semua... Silalah bersabar...
Ingat, niat kita nak jadi PENDIDIK sebab nak mendidik...
Kalau rasa tak boleh mendidik... generasi hari ini...
Cuba-cubalah bawak berbincang dengan orang atasan.
Buat sesuatu yang boleh menguruskan stress dalam badan.. Hmmm...
Bila PENDIDIK tak mampu untuk MENDIDIK...
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 18, 2014
Rating:
Pijak kepala anak org itu salah walau macamana gangster pun sebab kita besar pada dia yg masih kecil. Kira kita menganiaya mereka yang tidak berupaya. Kes ni budak darjah 5. Cikgu ni mental atau guru nak tutup kes sebab kalau mental buat gitu x salah sebab dia mental problem.
ReplyDeleteKat sekolah anak i, i tegur satu cikgu sebab tampar murid kat muka sebab hanya tak dapat jawab soalan.....Apa Itu Komputer?. Terus pang sebijik kat muka budak tu. Bukan kelas Dania je yang cakap tapi 2 murid dari 2 kelas yang lain nampak jugak. I tegur then ada perubahan. Tapi cikgu HEM yang i complain tu cakap tampar sebab tak siap kerja sekolah ke?. Lepas tu i cakap even tak siap kerja sekolah pun, boleh tampar muka ke? Kalau tersilap tampar terkena saraf telinga mungkin akan menyebabkan hilang pendengaran sebab pernah ada kes budak kurang pendengaran lepas kena tampar dengan cikgu kat paper (Bukan kat sekolah Dania) so i bebel....even dalam Islam pun rasullullah SAW pun tak tampar kat muka. Maka senyap la guru tersebut. Ko ingat senang nak tampo anak orang?? Wait and see if you dare tampar anak i (if tanya soalan tak boleh jawab). I cakap i tak kisah dihukum kalau buat salah, tapi jangan tampar muka. I sangat GARANG bab bab ini.
tampar sebab budak takleh jawb soalan...memang agak melampau juga tindakan...
ReplyDeletedie jadikan macam tu sebab die tak sabar nak dengar jawapan budak tu...dak takleh kawal kemarahan bila hakikatnya pelajar tu tak tahu jwpn... so cikgu mcm ni mmg kena rujuk pada pihak atasan...
Ayu,
ReplyDeleteSaya bukanlah seorang pendidik, tapi saya kagum dengan Ayu kerana menjadi seorang pendidik, yang mana segala ilmu yang Ayu ajarkan akan menjadi ilmu yang bermanafaat selagi mana anak2 didik Ayu menggunakannya. Bab2 tu, mungkin tiada dalam kerjaya2 yang lain, jadi semoga kerjaya Ayu dapat menyumbangkan banyak pahala yang mengalir buat Ayu. :).
Saya teringin jugak nak jadi pendidik..tapi taraf kesabaran tu tipis lah pulok..hehe.
~Aisyah, silent reader :)~
teringat kata2 slh sorg kawan yg bergelar guru. "cikgu2 zmn skrg ni bkn cerdik sngt. Dorg pilih kerjaya guru sebab dah xde pilihan nk cari kerja lain. dek kerana tu xsemua perangai dorg pn ada etika seorg guru"
ReplyDeletei bukan nak judge la, but tgk dlm FB memasing pun dah cukup untuk mencerminkan how professional you are in ur line. so, sesiapa terasa, please... do something. Masa belum terlewat utk berubah. And for us as parents, kita juga bertanggungjawab sama-sama ke arah pembentukan sahsiah anak-anak kita.if both of us can work together, Insya-Allah kita dpt melahirkan generasi yang terbilang bak lagu keunggulan terbilang UTM.. sempat lagi promote.. hehehhehe
ReplyDelete~~saya yg banyak masa free utk mengomen di sini~~
cikgu ini mungkin jadi cikgu sebab tak de keje lain.. tak tau lah, tapi kalau i sendiri, i memang sangat menyanjung kerjaya cikgu.. sebab apa yang cikgu ajar, ada bende yang i tak dapat nak ajar anak i.. and i really appreciate teacher-teacher anak i..
ReplyDeletei tak kisah kalau cikgu nak marah anak i, kalau dia salah, patut dimarah, please go on.. butt.. no matter what reason it is.. i takkan benarkan cikgu2 sentuh anak i.. apatah lagi bab-bab menampar atau sewaktu dengannya. if that happen to my son.. trust me, i will go wild! :)
cikgu ini mungkin jadi cikgu sebab tak de keje lain.. tak tau lah, tapi kalau i sendiri, i memang sangat menyanjung kerjaya cikgu.. sebab apa yang cikgu ajar, ada bende yang i tak dapat nak ajar anak i.. and i really appreciate teacher-teacher anak i..
ReplyDeletei tak kisah kalau cikgu nak marah anak i, kalau dia salah, patut dimarah, please go on.. butt.. no matter what reason it is.. i takkan benarkan cikgu2 sentuh anak i.. apatah lagi bab-bab menampar atau sewaktu dengannya. if that happen to my son.. trust me, i will go wild! :)
fyi, ada segelintir cikgu mmg mengalami masalah mental. perkara ni sendiri diberitahu oleh seorang bakal pesara guru besar sekolah rendah yang ditugaskan untuk memantau perilaku cikgu di beberapa buah sekolah. hasilnya, memang ada cikgu yg over stressed sampai mengalami masalah mental.
ReplyDeletesaya tak kesah cikgu nak rotan anak asalkan mempunyai sebab munasabah. rotan pun ada caranya. menampar tu sangat melampau! kalau rotan di tapak tangan dengan perlahan, bagi saya tu takde masalah. saya pun pernah kena rotan. tapi kalau anak sampai kena sebat, kena tampar, kena pijak.. that is way too much!