Kempen Sarapan Pagi Secara Sihat Bersama F&N Seasons NutriSoy – Mudah dan Menyihatkan!
Sarapan
pagi adalah penting untuk diambil setiap hari. Without fail ya! Ini kerana
setiap aktiviti perlu dimulakan dengan keadaan badan yang bertenaga. Apatah
lagi anak-anak yang sudah bersekolah. Mereka perlu mendapat khasiat secukupnya
sebelum memulakan aktiviti-aktiviti seharian mereka.
Dan
saya, tipikal ibu yang berkerjaya dan sentiasa sibuk dengan urusan kerja, namun
masih berkeinginan untuk melihat anak-anak saya bersarapan dengan makanan berkhasiat setiap hari. Diperkenalkan dengan
sarapan bersama F&N Seasons NutriSoy, memberikan saya pelbagai alternatif
menyediakan sarapan versatil yang mudah disediakan, enak dan paling penting
memang berkhasiat.
Untuk
pengetahuan para ibu di luar sana… ahem ahem…
F&N
Seasons NutriSoy mengandungi pelbagai khasiat seperti:-
i.
Sumber protein yang baik untuk
tubuh badan kita J
ii.
Tidak mengandungi kolesterol
dan laktosa.
iii.
Rendah lemak (bagus untuk diet
ni)
iv.
Tidak ada bahan pengawet, pewarna
dan perasa (phewww!!)
v.
Paling best, protein Soya F&N
Seasons NutriSoy boleh membantu mengurangkan kolestrol
Kesimpulannya,
ibu-ibu prihatin pasti sedar yang #NutriSoyMY
#BreakfastLove adalah sarapan yang ideal
melengkapkan keperluan nutrisi keluarga setiap hari!
Jemputan
dari F&N Seasons NutriSoy untuk mempelajari pelbagai resepi mudah
dalam menyediakan sarapan yang berkhasiat tidak saya lepaskan. Bertempat di
Cooking House Hartamas bermula seawal 10 pagi, saya bersama beberapa blogger
terpilih begitu “excited” untuk memulakan kelas masakan bersama Chef Kennenth yang
didatangkan khas oleh pihak #NutriSoyMY J
Jom
uolls… lihat resepi #BreakfastLove yang dipelajari pada hari tersebut;
Check
it out ~_~
Resepi
1: Mufin pisang dan
walnut bersama coklat buatan sendiri
Bahan-bahan:
250g tepung gandum
1 + 1/4 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil serbuk soda
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
50g gula
50g gula perang
110g telur (2 telur)
200g mentega (dicairkan)
460g pisang (dilenyekkan)
Segenggam walnut (dicincangkan)
200g coklat (dark chocolate) dicairkan
Ibu-ibu yang gigih menyediakan mufin
pisang bersama-sama bahan yang diperlukan...
Kaedah:
1. Panaskan ketuhar sehingga 180°C.
2. Campurkan tepung gandum, gula, serbuk
penaik, serbuk soda dan sedikit garam dalam satu mangkuk besar.
3. Dalam mangkuk yang sederhana,
campurkan pisang yang dilenyek bersama dengan telur, mentega cair dan serbuk
kayu manis. Campurkan bahan basah (pisang) dengan bahan-bahan kering sampai
campuran jadi pekat. (Jangan campur adunan dengan terlalu banyak supaya adunan
tidak terlalu keras. Adunan yang terlalu banyak bercampur akan menyebabkan mufin
keras dan kenyal.)
Kacang walnut boleh juga ditukarkan
dengan kekacang yang lain ikut kesukaan. Contohnya kacang almond,
buah kuaci, kacang tanah dan
sebagainya.
4. Masukkan adunan mufin ke dalam acuan mufin dan taburkan sedikit
walnut di atasnya.
5. Letakkan sedikit coklat cair atas aduan.
Psst… kita orang tabur kacang walnut
jer…
Model bersama mufin pisang sebelum
dimasak... ecececcece
6. Bakar mufin dalam ketuhar yang
dipanaskan selama 25 minit ataupun sampai masak.
Tadaaaaa!!!!!!!!!!!!
Resepi 2: Pankek F&N Seasons NutriSoy buatan
sendiri bersama pisang dan buah badam
Bahan-bahan:
2 cawan
tepung gandum
2 sudu besar
gula
2 sudu kecil serbuk
penaik
2 sudu kecil garam
1 cawan
minyak biji anggur
2 cawan
F&N Seasons NutriSoy
2 sudu kecil esen
vanila
3 pisang, dihiris
1/2 cawan kepingan
buah badam (dibakarkan)
Sirap maple
Kaedah:
1. Tapis
tepung gandum, campurkan gula, serbuk penaik dan garam dalam mangkuk besar.
2. Dalam
mangkuk yang lain, kacaukan minyak biji anggur, F&N Seasons NutriSoy dan esen
vanilla sampai campuran menjadi sebati.
3. Panaskan
kuali (non-stick pan) dengan api yang sederhana tinggi.
4. Tuangkan
1/3 cawan adunan di tengah-tengah kuali. Masak sehingga tepi pankek kelihatan
kering dan gelembung udara mula membentuk berhampiran dengan tengah penkek.
5. Balikkan dan masak sisi lain sehingga keemasan.
6. Keluarkan
dari kuali dan letakkan di atas pinggan hidangan.
7. Ulangi
sehingga baki adunan dihabiskan.
8. Hidangkan
pankek panas-panas bersama dengan kepingan pisang, buah badam bakar dan sirap mapel.
Resepi 3: Omelet cendawan
dengan tomato panggang
Bahan-bahan:
Cendawan
150g cendawan, dicincang
atau dihiris
1 sudu besar minyak
2 sudu besar mentega
Sedikit garam dan lada hitam dikisar (secukup rasa)
Sedikit pasli kering (secukup rasa)
Omelet
2 sudu besar mentega
4 telur, dipukul ringan
Sedikit garam dan lada hitam dikisar (secukup rasa)
Tomato
4 tomato, dipotong separuh
1 sudu besar minyak zaitun
Sedikit garam dan lada hitam dikisar (secukup rasa)
Kaedah:
1. Panaskan ketuhar sehingga
180°C
2. Letakkan tomato di atas
dulang pembakar, taburkan minyak zaitun, garam dan lada hitam. Membakar tomato
di dalam ketuhar.
*kitaorang panggang
jer… ok gak J
3. Panaskan minyak dan
mentega dalam kuali sehingga mentege berbuih. Tambahkan cendawan dan
taburkan pasli kering, garam dan lada hitam. Tumis kira-kira 4-5 minit
sehingga cendawan cukup masak. Pindahkan dari api dan letak sebelah.
4. Panaskan mentega dalam kuali lain. Apabila mentega panas, tambahkan telur dan masak untuk
kira-kira 2 minit.
5. Letakkan cendawan di
tengah-tengah omelette.
6. Masak selama beberapa
minit, lipat omelet dengan cendawan di tengah-tengah dan masak untuk 2 minit
lagi.
7. Letakkan omelet atas
pinggan hidangan perlahan-lahan. Keluarkan tomato dari ketuhar, letakkan
bersama omelet dan sedikit lebihan cendawan. Taburkan sedikit garam
dan lada hitam di atasnya.
Resepi 4 : Balutan
sarapan mil penuh dengan sayur-sayuran dan ayam panggang
Bahan-bahan:
2 keping dada
ayam
*Saya ada belajar teknik memotong
ayam. Kalau nak masak secara cepat. Ataupun ayam yang hendak disumbat dengan
bahan-bahan penyerapan. Dan beberapa bahan yang sesuai untuk jenis
pemanggangan. Contohnya kalau kita hendak panggang ayam dengan madu, suhu tidak
boleh terlalu kuat dan lama. Begitu juga dengan sos yang mempunyai rasa manis
seperti oyster sauce, perlu memilih suhu yang sederhana atau lebih rendah.
Sedikit
garam (secukup rasa)
Sedikit
lada (secukup rasa)
1/2 sudu
kecil sos Lea & Perrins
1/2 paket daun
salad campuran
4 keping tortilla
mil penuh
Sos salad mustard madu
2 sudu
besar madu
1 sudu
besar Dijon mustard
1 sudu
besar jus lemon
1 cawan
mayonis
2 sudu
besar minyak masak
Sedikit
garam (secukup rasa)
Sedikit
lada hitam (secukup rasa)
Kaedah:
1. Perap dada ayam dengan garam, lada hitam dan sos Lea & Perrins.
2. Letakkan
ayam dalam kuali panggang dan panggang sehingga kedua-dua belah masak (kira-kira 6-8 minit setiap belah). Kemudian ayam dipotong kepada
kepingan.
3. Untuk
sos salad, campurkan bahan-bahan dalam mangkuk dan pukul sehingga
bersebati.
4. Letakkan
sekeping tortilla di atas pinggan yang bersih, sapu 1 sudu besar sos salad
pada bahagian bawah tortilla. Letakkan 1/4 kepingan dada ayam dan diikuti
dengan beberapa daun salad campuran. Taburkan sedikit lagi sos salad mustard
madu di atasnya dan gulung. Teruskan langkah ini dengan tortilla selebihnya. Hidangkan serta-merta.
See... mudah, kan?
F&N Seasons NutriSoy juga enak dimakan bersama bijirin
seperti “cornflakes”, muesli serta kekacang dan buah-buahan seperti pisang dan
strawberry. Ianya sangat mudah disediakan dan rasanya tetap enak dan
mengenyangkan.
Semangkuk
bijirin di atas bersama F&N Seasons Nutrisoy memberi keperluan tenaga secukupnya sebelum pengambilan makanan
tengahari. Bermula dengan pemakanan setiap hari menjadikan kehidupan seharian
kita kekal aktif, cergas dan bertenaga.
Happy
moms with chef!
Pastinya
#BreakfastLove bersama
#NutriSoyMY menjadikan kita ibu begitu istimewa dan prihatin kepada
keluarga tercinta.
Untuk keterangan lanjut mengenai produk F&N Seasons
NutriSoy boleh layari and LIKE Facebook F&N NutriSoy di www.facebook.com/NutriSoyMY
Kempen Sarapan Pagi Secara Sihat Bersama F&N Seasons NutriSoy – Mudah dan Menyihatkan!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 09, 2014
Rating:
Dalam banyak-banyak i suke tengok pancake, nampak gebu dan sedap macam tu
ReplyDeleteDalam banyak-banyak i suke tengok pancake, nampak gebu dan sedap macam tu
ReplyDeleteEvent yang best. I pun seronok belajar hari tu.
ReplyDeleteThough sayang x dpt berkenal mesra dgn semua org :-)
Wahh..bestnya.. byk resepi nie..nnti boleh cuba one by one! :)
ReplyDeletehttp://ourlovebonding.blogspot.com/2014/04/menu-sarapan-pagi-untuk-diet.html
huhuhh seriousnya muka i buat pancakes hehe..it was nice to mee you =)
ReplyDelete