Senyum Kambing dan Luahan Rasa...
Mula-mula ai nak upkan muka sedara ni...
Sebab ai rasa stress...
Mana taknya...
Datang pepagi kat opis...
Takde elektrik...
Berlenjan dalam bilik ala2 mandi sauna waktu pagi...
Seb baik tandas opis ni ada air...
Lepas tu kunun2...
Nak start brain storming dengan berita tempatan danluar negera..
Tragedi sungguh!!!
Internet kaput..............
Berehkan keje marking..
Dalam memberehkan keje, hati berkata-kata...
"Baguih gak takde elektrik dan internet, ada gak keroje yang sepatutnya dilakukan berjalan tanpa gangguan"
Keh keh....
SETIU - Guru dan pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini gempar apabila seorang pelajar dipercayai bersalin di dalam bilik asrama sekolah berkenaan, pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kehadiran bayi lelaki itu disedari penyelia asrama kira-kira jam 8 pagi di dalam sebuah bilik asrama perempuan sekolah berkenaan.
Menurutnya, ketika melakukan pemeriksaan di dalam sebuah bilik, penyelia itu terkejut apabila mendapati seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun terbaring lesu bersama bayi yang masih bertali pusat.
“Penyelia itu segera memaklumkan kejadian berkenaan kepada pengurusan sekolah, sebelum kedua-duanya dihantar ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan.
“Ketika ditemui, bayi lelaki dalam keadaan sempurna itu masih bernyawa, tetapi mengalami kecacatan otak dan keadaannya ketika itu agak lemah sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan tiba di HSNZ kira-kira jam 1.15 petang untuk rawatan lanjut,” katanya.
Ab Rahman berkata lagi, bagaimanapun bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.40 petang kerana kecacatan tersebut.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada unsur jenayah atau kecederaan akibat dera pada bayi itu sebelum mayatnya diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.
Katanya, ibu bayi itu masih dirawat di Hospital Setiu dan pihaknya akan mengambil keterangannya sebaik pulih bagi membantu siasatan.
"Ibu bapa pelajar terbabit sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini. Buat masa ini, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit,” katanya.
Difahamkan, pelajar terbabit amat sedih dengan berita kematian anaknya selepas polis memaklumkan bayinya tidak dapat diselamatkan dan dia mengandung dipercayai hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya.
Sebabnya saya ada beberapa kali berhadapan dengan isu sebegini sewaktu saya menjadi fellow satu masa dulu. Bayangkan menjadi fellow hampir 10 tahun.Tentunya pernah ada tragedi macam ni dikalangan pelajar perempuan yang kita awasi...
Setiap kali saya berhadapan dan berurusan dalam kes ini. Saya selalu jer berdoa...
"Jauhkanlah perkara seperti ini dari keluargaku, sahabatku dan anak-didikku"..
Saya dan beberapa rakan setugas lain pernah membincangkan tentang bagaimana nak atas masalah/isu ni terutama di kalangan pelajar. Tidak kira peringkat menengah mahupun IPT. Dan setiap tahun pasti ada program berkaitan tentang sahsiah dan adab pergaulan.
Sebab kdg2 bukan nak kata... Ada juga pelajar yang datang dari keluarga yang baik2, cukup ilmu agama tentang dosa dan pahala. Tapi masih melakukan kesilapan... Bila saya berhadapan dengan pelajar ini, saya tahu mereka adalah orang yang baik2 sebenarnya. Tapi entahlah mungkin ketika berlaku, nafsu melampaui fikiran. Saya memang nampak muka rasa kekesalan. Muka kesal yang tak dapat digambarkan apatah lagi soal dosa di bicarakan...
Bila kita bersuara tentang nasab anak lagi berjujuran air mata dikeluarkan. Saya rasa tidak perlulah saya berkongsi cerita tentang BAGAIMANA MEREKA BOLEH TERLIBAT. Sebab bagi saya ianya terlalu personel dan agak peribadi..
Tapi saya masih ingat setiap kali bila saya berhadapan dengan situasi sebegini dan saya bertanggungjawab untuk memberitahu penjaga pelajar. Sukar nak dibayangkan dengan kata... Bahkan saya rasa begitu sukar nak sampaikan melalui corong telefon dan saya lebih suka mengambil pendekatan untuk bersemuka...
Apabila saya menyampaikan berita tentang aib yang telah dilakukan oleh anak mereka. Saya dapat rasakan kekecewaan dan biasanya dengan spontan ibu pelajar ini akan memeluk saya. Dan saya dapat rasakan ketakutan mereka sebagai ibu untuk mendidik mereka agar tidak terjebak dengan maksiat sejauh ini terjadi juga dalam keluarga...
Penalti...memang kena buang universiti...
Natijahnya setiap manusia pasti melakukan kesilapan..namun undang-undang manusia ada kala yang digariskan perlu dipatuhi. Cuma apabila melakukan kesilapan yang melibatkan dosa besar, mohon taubat dan minta ampun dari Pencipta. Kerana sesungguhnya hanya Dia yang mampu mengampuni...
Dan sekarang saya tidak lagi menjadi fellow...
Tapi saya masih berhubung-rapat dengan 2 orang anak didik saya yang pernah tersasar...
Perkembangannya sangat mengembirakan. Malah saya nampak mereka yang pernah buat silap yang besar ini jika kita pandu dan bantu mereka insyAllah mereka akan jadi lebih baik...
Senyum Kambing dan Luahan Rasa...
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 23, 2014
Rating:
kalau termengandung memang kena buang universiti yer ayu?
ReplyDeleteScary tgk bebudak skolah skang. Berdoa supaya benda2 mcm ni tak terjadi pada anak² kita.
ReplyDeletesekali tersilap langkah..sesalan yg berpanjangan..wal iyazubillah
ReplyDeleteMohon dijauhkan perkara-perkara sebegini kepada seluruh keluarga dan umat Islam
ReplyDelete