Bila KeSABARan Tu Hilang Sekelip Mata...

Salam hari Jumaat uollls...

Hari ni saya nak berkongsi rasa, tentang satu perkara yang saya rasa sudah lama saya BERSABAR sepenuh jiwa. Yang mana sifat keSABARan kita akan diuji dengan rasa marah yang membara-bara gara-gara berurusan dengan manusia yang buat keje dengan lewa.

Dipendekkan...
Saya ada berurusan dengan individu yang agak penting dalam satu syarikat yang agak tersohor bukan sahaja di Malaysia tapi juga di Asia Tenggara. Untuk proses pengambilan hadiah sejak bermula dari awal tahun lagi. Sekarang dah masuk bulan 5... so prosesnya dah beberapa bulan panjangnya. Sedangkan kalau kita tengok mekanisme die sangat mudah. Buat tuntutan, buat pilihan, dalam 2 minggu produk akan sampai ke tangan.

Yang buat saya hangin... Janji yang dicapati bukan ditepati!
Contoh: "Ok Puan dalam next week saya akan hubungi Puan semula."

Hokeh mati hidup semula biarpun 4 minggu berlalu tak akan ada panggilan semula...

Lepas tu kita yang terhegeh2 minta update status hadiah.
Ayat default PIC : "Ok Puan, esok saya kan telefon semula. Kalau saya telefon sebelum lunch hour boleh?" Maka tunggulah sehingga keesokan, tulat dan hari seterusnya sebelum lunch hour tak akan ada telefon dari pihak yang berkenaan.

Dan semalam merupakan panggilan membuat tuntutan dari saya masuk yang ke-10 kali. E-mail pertanyaan sudah dihantar 2 kali. Namun respon yang diberikan adalah sama...

Cuma kenapa saya masih bersabar???

Sebab saya sentiasa menganggap ini adalah cubaan dan ujian buat saya dan lebih terapi lagi statement dari hati saya sendiri "Ini hadiah free, so saya akan tetap berkomporomi". Apatah lagi saya berurusan dengan perempuan melayu. So, saya memang cakap agak berlapik walaupun tegas. Ntah mengapa semalam, ketika saya menefon PIC yang berkenaan saya agak teremosi... sampai air mata saya bergenang, siyes! Cam buat drama lak. Dan saya dapat rasakan PIC yang saya hubungi juga rasa amat bersalah sangat... "Sebabnya janji sentiasa tak boleh dipakai..."

********************************

Citer pasal SABAR dan hadiah free...

Saya nak kongsikan lagi satu citer... ketika saya tolong seorang kawan untuk mengambil hadiah di sebuah pejabat yang berdekatan dengan opis saya.

Ketika saya sampai ada seorang lelaki sedang membuat tuntutan hadiah. Dan keadaan di situ agak tegang. Cam biasa bila amik hadiah kat majalah, biasanya tukang amik akan amik hadiah lebih dari 1. Ni kes samada tolong kawan (cam saya) takpun diri tu sendiri guna banyak nama sebagai proxy. Kesnya, salah satu hadiah yang dituntut sudah habis stok. Dan pihak majalah suruh pemenang datang semula ke pejabat setelah hadiah itu "ready for collection". Agak marah jugaklah tukang amik hadiah tu. Sebab bukan main jauh die datang, tiba2 hadiah yang dijanjikan untuk diambil takde.

So bila kita dah panas hati... memang sikap sabar dalam diri tu akan hilang. Sore pun naik pitch octa paling lantang... dan silapnya kat situ PIC juga tak nak mengalah, yang boleh tak tahan tu dengan statement PIC "I am so sorry, bla bla bla... .it's just a small gift & by the way u should appreciate you won this..." Lepas tu ada sesi menembak2 lawan kata... termasuklah recep kat situ menyokong sama. Terkedu saya...

Bagi saya dua-dua pun salah... Kita mungkin marah... Tapi sebagai pemenang die ada hak juga untuk mendapat hak dier. Dan sebagai organizer, kena terima kesilapan... walaupun perkara tu luar kawalan tapi sebagai orang yang berhemah kita kena akui kesilapan kita dan cuba betulkan. Bukannya hentam balik....

Kebetulan hadiah dimenangi dan yang hendak diambil sangat banyak. So, pemenang tersebut mintalah plastik bag atau bag kertas dari PIC tersebut. Kena marah jugak uolls... Die siap kata lenkali tahu nak amik hadiah banyak, bawaklah beg sendiri. Isk :(

Sejurus lelaki itu pergi... dan dan tu jugak PIC tu dan recep bergossip... "Dah lah dapat barang free, banyak songeh pulak... kurang ajor betul". Tersentap saya kat situ, walapun ianya bukan ditujukan pada saya... Tapi saya saksi kejadian... Saya nampak saper yang bersalah sebenarnya :(

Yang tak tahan tu...
Siap PIC amik segala mak nenek butiran pememang tadi... katanya "I nak sebarkan jangan pilih nama2 ni sebagai winner kita lagik..."

See... sungguh tak profesional. Boleh beremo macam tu pulak, kan?

********************************

Kes ni pernah terjadi kat saya...
Saya kena hadir sekian2 hari amik hadiah HP dan perfume...
Bila saya datang PIC emergency, amik MC...
Takde sorang pun tahu kat mana PIC tu letak hadiah...
Hati saya memang berangin sangat time tu.
Sebab nak sampai ke lokasi pejabat PIC tu kena tempuh jammed!! Dan parking sangat susah...
Tapi saya solute giler kat recep tu....
Bukan sahaja die mmg tolong saya abis. Die coolkan saya kat situ...
Siap die minta maaf beria2 dan muka memang nampak bersalah giler. Sampai sy pulak tak sampai hati. Isk orang lain punya salah, rakan opis pulak yang beria2 minta maaf :(
Siap offer nak antar barang tu kat saya by hand. Ok ni recep ya bukan PIC...

Sebenarnya kalau ikutkan kita memang marah dan tegang...
Memang tahap keSABARan tu hilang...
Tapi bila pihak yang bersalah pandai diplomasi dan cuba memperbaiki servis.
Mengakui kesilapan...

Sebagai manusia..kita akan lembut hati...
Ia idok?

Untuk spesis cam saya lah ya :)

Bila KeSABARan Tu Hilang Sekelip Mata... Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 09, 2014 Rating: 5

5 comments:

  1. kes 1 :
    mmg tak patut.. dekat 5 bulan kot! apa yg susahnya pic tu sampai kena amik masa lebih 3-4 bulan ni ye nak sediakan hadiah? klu btul xde hadiah, bgtau je la kot takyah la buat org lain tertunggu-tunggu. mmg la brg tu free tp kita pun ada hak jugak sbg pemenang & pemilik hadiah tu. harap kak ayu cepat-cepat dpt hadiahnya..geram plak saya huhu

    kes 2 :
    sangat sangat sangat tak patut! camtu plak gaya pic tu ye. sblm pemenang dtg collect hadiah, mesti la dia ada call dulu kan? kata nak dtg sekian sekian hari. sepatutnya pic inform la masa tu yg hadiah dah ready / ada yg out of stock. so that pemenang akan arrange hari lain utk dtg. klu cam kes ni, dah 2-3 kali plak kene dtg amik adiah. kene marah lagi. bila dah blah, kene ngumpat plak lg. sangat tak patut..! tak suka btul dgn org camni. ilng respek saya pd dorg

    kes 3 :
    saaaaangat bagus. salute pd org yg ada sikap camni

    ReplyDelete
  2. ntah2 sbb ni la da lama xmenang online cnts hahaha... selalunya mnta suami yg amik hadiah.

    ReplyDelete
  3. ye memang free tapi tau ke caman efford kita?

    ReplyDelete
  4. hmmm. I ada sent wang pos minta courier service fr amagazine, dah 3 bulan hadiah tak sampai-sampai, semua calls pun unreturned, email tak balas, I give up, anggap sedekah the courier charge :(

    ReplyDelete
  5. u nampak je macho.. tapi hati u lagi lembut pada i.. kalau i sure dah akan dimark "jangan pilih minah ni lagi" huhu..

    tapi iyer lah kadang tu orang akan cakap.. dapat hadiah free pun banyak songeh.. apalah nasib kan..

    tapi kadang-kadang tu jugak, dua dua salah, yang menerima pun salah, yang memberi pun salah. yang menerima tu mungkin tak call dulu sebelum datang.. yang memberi pulak, mungkin si penerima tu call-call tapi tak diangkat phonenya..

    wallahualam

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.