Return To Zero! Filem Penuh Emosi ~ Kehilangan dan Kebangkitan
Cerita ini adalah hasil garapan pengarah Sean Hanish. Yang mana ianya adalah berdasarkan kisah benar yang dilalui oleh beliau dan isteri. Jika dilihat pada tajuk filem ini sendiri ianya memberi gambaran tentang perjalanan yang sudah bermula, namun harus berpatah balik dan mulakan falsafah serta keazaman hidup yang baru.
Ianya mengenai pasangan suami isteri yang bahagia Maggie (Minnie Driver) dan Aaron (Paul Adelstein) yang sedang menanti kelahiran anak pertama mereka. Apatah lagi bila diketahui ianya bayi lelaki. Pelbagai persiapan dilakukan untuk menerima kehadiran ahli bari dalam keluarga mereka.Namun kegembiraan mereka diragut sekelip mata. Bayi yang dikandung meninggal dalam perut beberapa minggu tiba waktu kelahiran. Tertekan, trauma dan rasa kesal dengan kejadian menyebabkan hubungan pasangan bahagia ini mula goyah.
Apatah si somi Aaron yang begitu terikat dengan pelbagai tugasan di pejabat. Isterinya Maggie, pula sering berperang dengan perasaan. Komunikasi antara mereka menjadi kurang dan hubungan menjadi hambar. Pada peringkat ini beberapa lagi insiden yang menguji dan mengungat rumahtangga mereka. Dengan kehadiran orang ketiga dalam perkahwinan yang mana Aaron mempunyai hubungan sulit dengan rakan kerja.
Cerita ini semenagnya sangat menyentuh perasaan untuk seorang ibu, bakal ibu atau mereka yang teringin untuk menjadi ibu. Bagaimana bertarung dengan emosi kehilangan anak dan kepercayaan suami. Namun, berkat sokongan keluarga dan rakan yang baik mampu memberi kekuatan kepada mereka yang mengalami masalah kemurungan seperti Maggie...
Adakah bahagia tetap menyebelahi mereka. Adakah tindakan Aaron meninggalkan Maggie sendirian untuk memberi ruang mampu memulih perhubungan mereka...
Nak tahu cerita selanjutnya...kena tonton sendiri ya :)
Cerita yang sarat dengan pengajaran..
Bermain dengan emosi...
Kisah realiti yang dikongsi..
Agar mampu memberi pengajaran pada semua...
Pesanan saya pada sesiapa yang nak menonton silalah sediakan tisu ya....
Premier RETURN TO ZERO telah berlangsung pada hari Selasa 20 May 20144 8 malam..
Namun bagi yang terlepas menontonnya... boleh menyaksikan pada..
25 May Ahad, 9 malam dan 31 May Sabtu 4 petang
di siaran Astro saluran 709 (LIFETIME)
:)
Return To Zero! Filem Penuh Emosi ~ Kehilangan dan Kebangkitan
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 22, 2014
Rating:
wahhh menarik jln citernya..
ReplyDeleteemm..mesti best nie.tq for info..nak tgk..cita kat lifetime nie..banyak yg best2..kan?
ReplyDeleteMacam sgt menarik cite ni. Pandai kak ayu promo, rasa nk tgk terus. Lama xlayan tv/ movie huhu
ReplyDelete