Bermotorbot Di hujung Minggu
Selain dari kehidupan hujung minggu saya dengan aktiviti mengemas rumah dan berbelanja dapur. Saya suka juga membawa anak beraktiviti dengan persekitaran. Budget memang ciput jer, hehehehhe. Apatah lagi sepanjang beraktiviti bawa bekal dari rumah :p
Kali ni saya bawa anak2 pergi Tasik Shah Alam (pntu Timur). Anyway Tasik Shah Alam sangat besar. Kalau tengok kawasan Tasik yang paling luas yang berhadapan dengan Wet Land Shah Alam.
Kawasan sini, agak terpencil. Ada juga kelibat beberapa famili datang bersiar. Ada juga pengunjung taman yang datang berjogging.
Cam kitaorang datang sini sebab nak main motorbot!
Terusan air yang tenang. Tapi still kena berjaga-jaga ya uolls.
Kelajuan motorbot ni takdelah laju sangat. Tapi bolehlah melayari tasik, takde masalah dengan isu tenggelam ataupun pelanggaran dengan mana-mana objek dalam tasik.
Ekceli masa main motorbot takdelah duduk dekat cenggini. Sebab ianya menggunakan alat kawalan jauh. So jarak pemain dengan motorbot dalam tasik agak jauh. Bahaya main tepi tasik. Kalau tergelincir boleh jadi tragedi lain pulok.
Main dalam 2 jam. Puas hati terus angkut anak dan motorbot balik.
Aktiviti santai di hujung minggu bersama keluarga memang best!!
Bermotorbot Di hujung Minggu
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 07, 2014
Rating:
besh tu :)
ReplyDelete