Buat Cik Gorjes EXORA, Silalah Jangan Buat Perangai!

Bulan ni 2 kali dah My Cik Gorjes Exora buat perangai...

First time depan umah... Mengada2...
Nak start keta... Tak boleh hidup... 
Tak menyala segala mak nenek lampu...
Hasil analisis My Anaqi... bateri keta takder..
Aishhh... Dahlah time tu Dedet out station...
Dengan Alongku yang jauh dari Kelate datang bertandang...
Nak kuarkan lagi satu kereta... tak boleh...
Sebab Exora dah block kat luar pagar... Adeh...
Lepas tu gugel... mencari perkhidmatan penukaran bateri kereta ke rumah...
Dari agen "Century Battery"...
Tak sampai 1 jam... Sampai dah kat umah gue..
Dia check dulu, kondisi bateri samada memang betul2 kena tukar atau tidak...
Yang kelakarnya...
Ada satu part... yang mana technician ni try nak explain kat saya tentang status bateri.
Tech: Kak, bateri ni "leave" dia tinggal 23% jer...
Saya: Ohhhh... (terkebil2 apa ke benda leave tu? Hahaha)
Tech: Memang boleh dah tukar... sebab "Leave" tu dah kurang.
Saya: Oo... K... memang dah kurang ya? Erkkk adik, leave tu apa ke benda?
Terus My Anaqi menyampuk;
Anaqi: Bukan "leave" lah mummy... tapi "LIFE". (Anaqi cakap sambil nak tergelak)
Saya: Ohh "LIFE" ke? Hahahahah...

Adoihai... Cakap jer dalam bahasa Melayu dik oi...
"Hayat"... leave... leave, hahah
Tukar... 300 hengget hanggus... Hmmm...

Minggu lepas...
Saya perasan My Gorjes Cik Exora...
Dia ada kuarkan bunyi yang sangat kuat masa brek...
Ala2 datangnya dari brek tayar kat belakang...
So gi pusat servis proton Isnin lepas...

Rupa-rupanya...
Ada problem dengan "brake calipers"
Dan mekanik dari Proton Servis kata first time die hadapi kereta Exora ada problem dengan "Brake Calipers".
Hamik... Gue tadahkan My Exora, korunk kejekanlah ya...
So, orang Proton kasi saya pakai keta blue ni... Persona Ehh...
Hari ni dah masuk 2 hari, gue lenjan keta biru ni. Pagi ni ada masalah blink2 lampu merah kat dashboard keta. Walaupun boleh jalan, tapi saya tengok temperature naik begitulah tinggi. Saya call, orang Proton...
Dowang tak terkezut langsung. Sebab keta tu memang ada probelema dengan "apa ke benda heater"...
Dah repair sebelum ni... Ni kes kena balik... Lepas tu suh saya gi bertukun balik kat Proton.

Oiii lah... ingat ai surirumah tangga bertenggek kat tangga sepanjang masa ke? Stress kot... Report bersusun menanti nak disiapkan...

Psst: Dalam kekusutan ni, ai duk membayangkan Alphard jaaaa...

Buat Cik Gorjes EXORA, Silalah Jangan Buat Perangai! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 25, 2014 Rating: 5

3 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.