Pertarungan Hebat Merebut "Malaysia's Best Home Chef" Di Cabaran Akhir Simplot Award 2014

Finally...
Acara kemuncak "Simplot Award: Malaysia's Best Home Chef Award" berlangsung jua setelah 2 minggu semua pengguna-pengguna Simplot mencuba nasib mempertaruhkan resepi mereka dengan menggunakan produk Simplot.
Hadiah yang ditawarkan not bad uollls...
Jumlah keseluruhan hadiah cash dan barangan elektrik jenama Phillips bernilai RM20,000
Hoi, kalau menang memang mak cik kayo!
Tapi masalahnya mak cik tak terpilih, hahahahahah
So, awal2 lagi dah kalah sebelum bertanding... :p 

Kali ini...
Saya dapati ada kelainan sikit dari segi cabaran...
Setiap peserta yang terpilih menggunakan produk Simplot dalam hidangan tradisi masyarakat Malaysia... tapi hidangan diberikan suntikan "fusion" - menarik dan mencabar, kan?

Antara peserta yang berentap di cabaran akhir:
Faiz Faizal - Simplot Mini Hashbrowns Nyonya's Otak-Otak dish
Falihin Jasmin - Bingka Hashbrown dish (cayalah dik Lihin!)
Jameela Noor - Chicken Pepper Fry with Simplot Hashbrown dish
Poongavanammal Sinnarajoo - Hashbrown Tosai and Hashbrown Curry Dhal dish
Sidney Kan - Simplot Hashbrown Pancake Top with Basil Chicken dish
Vivianne Loo - Stir-Fried Ketupat and Simplot Hashbrown dish
Wen Qi Wong - Simplot Hashbrown Taro cake
Zareena Omar - Simplot Seafood Chowder dish

Seawal 10 pagi para peserta akhir sudah berkumpul untuk memulakan misi.
Memula shopping dulu... 20 minit masa diberikan ya.
FOC hokeh... tapi ada limit ler. Tak leh lebih RM88 (kalau tak silap).
See Dik Lihin tengah mencari telur ayam Grade A, hahahaha
Tengok cara peserta ni, kita sudah tahu... Beliau sangat hebat memilih bahan untuk memasak :)

Ok, it's show time!!!
Dalam masa 60 minit semua peserta dikehendaki menyediakan hidangan berdasarkan resepi yang dipertaruhkan.
 Vivianne Loo, kagum saya beliau boleh memikirkan resepi yang ada ketupat... 1 Malaysia!!!
Aunty Poongavanammal Sinnarajoo, first time saya jumpa live!
Selalu nampak gambar beliau kat contest2 di FB :)
Bila saya tengok resepi Dik Lihin... buat bingka...
Saya hanya membayangkan bingka yang selalu saya beli kat kedai.
Rupa-rupanya perghhhh... memang diluar imaginasi saya betapa kreatifnya Dik Lihin menggunakan bahan-bahan seperti Simplot, Leggo, ada kastard... dan lain-lain.
Memang jauh sangatlah skill memasak saya berbanding peserta yang antara termuda di sini.
Aksi  panel hakim yang dilantik - Chef Poobalan, Chef Wan (ketua juri ni) dan E-laine Ong (orang kuat Simplot merangkap pengacara majlis pada hari kejadian).
So, milik saperkah award-award in?
Jeng... jeng... jeng...

Sebelum tu, meh kita layan beberapa gambar masakan yang sempat saya ambil. Kebanyakan sudah dirasai oleh panel hakim. Huhuhuhu
See, walaupun gambar dari DSLR blur-blur...
Tapi memang nampak menyelerakan!!!
 
Chef Wan tegur saya...
Naper dah habis dier rasa semua masakan peserta baru nak amik gambar...
Saya senyum jer...
Seganlah ai chef...
Chef bz nak rasa, I sibuk nak berpoya-poya merakamkan hidangan peserta...
Anyway thanks Chef Wan banyak kasi tips kat semua hadirin dan hadirat yang hadir ke cabaran akhir. Terutama dalam teknik menghasilkan rasa dan persembahan terbaik hidangan.
Dan inilah pemenang-pemenang utama...
Grand Prize Utama: Falihin Jasmin - Bingka Hashbrown dish---------woot wooot
1st runner up: Wen Qi Wong - Simplot Hashbrown Taro cake (sukanya tengok kek ni!!!)
2nd runner up: Vivianne Loo - Stir-Fried Ketupat and Simplot Hashbrown dish (boleh try raya nanti ni).
Hadiah pememang utama: Cash 5K + Phillips Air Fryer + Simplot Goodie Bag
Hadiah 1st runner : Cash 3K + Phillips Induction Cooker + Simplot Goodie Bag
Hadiah 2nd runner up: Cash 2K + Phillips Table Grill + Simplot Goodie Bag
Semua pemenang saguhati turut terima hadiah ya...
Dapat Phillips Steamer dan goodie bag dari Simplot...
Ternyata rajin dan usaha menghasilkan hidangan cara kreativiti,
Mampu memberi kelainan dalam resepi,
"Simply good, it's really tasty!"
Congrats Dik Lihin for Bingka Hashbrown - uniknya resepi tradisi dikomersilkan menjadi "fusion"  dan punyai identiti tersendiri!  

#simplotaward tahun depan kita jumpa lagi!
Kredit pic to: FB Simplot Award yeahh!

Pertarungan Hebat Merebut "Malaysia's Best Home Chef" Di Cabaran Akhir Simplot Award 2014 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 19, 2014 Rating: 5

2 comments:

  1. alhamdulillah.... happy sangat kak. Thanks for the nice review, nanti tahun depan akak cuba lagi... chaiyok2!

    ReplyDelete
  2. falihin is so talented. beshnya menang cash RM5k tu!!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.