Tentang Kematian... Sekadar Renungan...

 
Status saya semalam yang menjadi tanda tanya sebilangan kecil rakan FB saya...
Masa saya lontarkan di paparan sosial media ketika itu...
Saya cuma sampaikan rasa hati... jer :)

Cuma tak sampai hati bila ada rakan tanya...
"r u ok"...
"do u want to see me, kopi-kopi?"
Wah serius jer bunyi cam saya dah nak mati dah, hahahah

Tapi bercakap pasal kematian...
Semalam malam sahaja bila saya on9 FB sekejap, berderet status...
Takziah... Al-fatihah...
Kehilangan seseorang yang kita kenali, apatah lagi kita kenal hati-budi memang meresap dalam diri.

Bila melihat status sedemikan...
Saya juga mempersoalkan...
Andailah katanya satu hari...
Ada juga status dari sahabat2 yang saya kasihi. Mengucapkan salam takziah kepada keluarga saya dan menghulurkan sepotong Al-Fatihah buat saya di sana... (uools dapat imagine tak perkara ni terjadi?).

Adakah saya sudah cukup besedia meninggalkan semua yang saya perolehi di dunia...

Mengingatkan kematian diri kita tidak salah...

Cuma kadang2 saya selalu terfikir...
Kalaulah kita tahu hayat kita di dunia sampai bila...
Bagaimana agaknya persiapan kita ya?

Kalau uolls pernah baca ada cerita tentang anaknya menyenaraikan 10 perkara yang hendak dilangsaikan sebelum hayatnya tiada. Kita yang membaca pasti berjujuran air mata. Ini kerana dier tahu, saatnya tidak lama...

Saya ini orang yang jiwanya agak sensitif...
Riak muka susah nak sorokkan samada saya suka, marah, sedih, kecewa...
Susah saya nak control ekspresi muka saya...
Biarpun depan suami, anak, ibu, rakan dan semuanya...

Rakan yang rapat dengan saya boleh baca pemikiran saya...
Hanya kerana ekspresi muka semata-mata...
Namun, dalam berkata-kata...
Saya sering berhati-hati..

Sebabnya saya ni jenis kadang2 berkata mengikut emosi...
Jadi adalah baik saya berdiam diri...
Walaupun kata yang dilemparkan kepada saya menyakitkan dan menyelar hati...

Memang mudah kalau nak sakitkan hati orang lain.
Die sakit hati dengan perlakuan dan perbuatan dari kita tanpa sedari...
Bila sakit hati sampai tahap kronik akan mula ada perasaan benci...

Tapi harus ingat dengan kata-kata yang dilontarkan penuh emosi adalah lebih tajam dari mata pedang besi.
Ianya menghunus jauh ke dalam hati, membawa separuh jiwa itu pergi...
Makan diri sebenarnya...
Dia akan ganggu emosi dan spritual...
Sebab itu "bila berkata-kata, meluahkan dalam keadaan marah dan tegang... kena fikir... mana tahu amarah kita pada orang tersebut menyebabkan orang itu kecewa dan bersedih hati.... dan jika tiba2 orang itu sudah tiada... die akan bawa segala kesedihan kerna kita bersama-samanya..."

Perlu ingat... Memaafkan dan dimaafkan perkara nombor 2...

Saya selalu bila rasa marah pada seseorang...
Saya akan duduk sendirian dan fikir... tentang kebaikan yang pernah beliau lakukan...
Sebab tiada manusia itu lahir sempurna dan hebat...
Namapun manusia...
Kesilapan sama sering berulang kali dilakukan...
Berjanji untuk memperbaiki, tapi adakalanya berulang kembali...

Saya juga sedar tentang realiti... 
Yang kita akan mula menyedari...
Kesilapan yang sering dilakukan itu akan berhenti...
Satu hari nanti... Bila...
Ketika dia tiada lagi di sini... di atas bumi ini...

Sorilah uools...
Entri serius di pagi hari...
Sejak menghampiri bulan Julai tak lama lagi...
Heheheheh...

Sejak saya berdialog dengan my gynae tempohari...
Betapa banyak perkara yang saya fikirkan...
Meneruskan kehidupan dan cuba memberi sebanyak nilai kepada orang lain...
Dan jika ditakdirkan... Berlakunya sesuatu yang tidak diinginkan...
Sekurang-kurang 5 errk 6 anak saya punyai ayah yang hebat dan mampu menguruskan.

Dengan kehidupan somi saya sekarang...
Saya yakin beliau mencari pengganti saya lebih hebat dan sempurna membesarkan anak-anak saya dengan penuh kasih-sayang...

**Nota kaki: Luahan jer, tak perlu beremosi lebih... Tak salah mengingatkan diri tentang kematian. Apatah lagi jika kita pergi dengan syahid kecil yang diidamkan :)

Tentang Kematian... Sekadar Renungan... Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 19, 2014 Rating: 5

3 comments:

  1. betul kak, klau ingt psl kematian, tbe2 cam seram pulak sbb amalan xckup lgi...sob sob

    smlm sheeda pon cmtu, tbe2 terckp kt suami, 'klau sy xde, sekian sekian sekian jatuh ke sape'

    pstu tdetik, knpe kite ckp cmtu...
    ya allah...

    ReplyDelete
  2. hamboih sesuka ati je suruh org cari ganti... takde maknanya, akan ku korek kubuq tu suruh bangun balik mai jaga anak2... haishhh

    ReplyDelete
  3. mmg dituntut selalu mengingati mati..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.