Ayam Goreng Berempah Kasih Sayang Bersama Scott
Tuala Scott® Calorie Light telah diuji
oleh sebuah badan bebas, dan terbukti mengurangkan pengambilan kalori daripada
lemak sebanyak purata 25%* hanya dengan menggunakan 3 helai tuala Scott® Calorie Light untuk
menyerap lebihan minyak dari makanan seperti ayam goreng sebelum ianya
dihidangkan. Ia diperbuat dengan teknologi Fiber-Tech terkini dan 100% serat
asli, lebih tebal untuk membantu penyerapan minyak terbaik. Tuala ini juga disenduh
dengan ekstrak teh hijau, satu ramuan
yang lama dikenali dan digunakan untuk pengurangan lemak
Tidak dinafikan menjamu selera adalah kegemaran rakyat Malaysia. Paling terbaik jika kita dapat menikmati sajian yang kurang berkalori! Dan kini Tuala Scott® Calorie Light premium baru diperkenalkan yang mana ianya direka khas untuk penyerapan minyak yang tiada tandingan. Ini bagi menangani kerisauan utama rakyat Malaysia iaitu pengambilan kalori yang berlebihan.
Produk ini dapat menyerap minyak dengan mudah dan berkesan, terutamanya lebihan minyak dari permukaan makanan, supaya kita boleh menikmati juadah enak dengan kurang kalori sehingga 25%*!
Dari
ayam goreng ke pisang goreng, ketahui pelbagai cara tuala Scott® Calorie Light dapat
membantu mengurangkan kalori dalam makanan harian!
Untuk pengetahuan uollls...
Tuala Scott®
Calorie Light premium baru boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya
besar, pasar mini dan kedai terpilih di seluruh negara pada harga runcit RM6.20
untuk 2 gulung dan RM14.90 untuk pek 6 gulung (Semenanjung Malaysia) dan RM6.80
untuk 2 gulung dan RM16.40 untuk pek 6 gulung (Sabah dan Sarawak)
Untuk maklumat lanjut tentang tuala Scott®
Calorie Light premium, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan Kimberly-Clark di
1-800-82-1188 (bebas-tol) pada hari bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Ok, meh saya kongsikan resepi kegemaran keluarga saya :)
Mudah sahaja uollls...
Nama resepi, ahem ahem...
AYAM BEREMPAH KASIH SAYANG bersama SCOTT
Ayam yang dimasak agak mudah,
Cuma pelukan beberapa rempah.
Rahsia saya, ayam diperap dengan susu,
Untuk dapatkan tekstur yang lebih gebu.
#susu berlebihan (selepas ditos) boleh dimasukkan dalam masakan, kari, kurma dan yang sesuai dengannya :)
Bahan yang diperlukan seperti gambar di atas,
Ada kunyit, halia, ketumbar dan jintan,
Garam, cili kering juga diperlukan,
Cukup rasa memang sedap bila dimakan.
Kisar halus semua bahan,
Terutama kunyit, warna kuning memainkan peranan.
Gaul semua bahan bersama ayam,
Perapkan seketika memberikan lebih keenakkan.
Minyak dipanaskan bersama bunga lawang dan kayu manis,
Cukup panas, masukkan ayam goreng sampai warna kuning habis.
Tidak dinafikan ketika masak pasti ada minyak terpercik,
Gunakan Scott, lapkan segera agar dapur anda kekal cantik.
Mudah dan cepat,
Minyak-nyah dari tempat :)
Begitu juga dinding yang berdekatan,
Lapkan juga bersama tuala Scott, jangan segan-segan.
Ayam dimasak segera ditoskan,
Akan nampak lebihan minyak dipinggan.
Scott ternyata menyerap minyak dengan berkesan,
Makanan yang dimasak bebas kalori dari minyak masakan.
Siap sudah Ayam Goreng Berempah Kasih Sayang,
Memang enak di makan panas-panas dengan kulitnya yang garing.
Mujur ada tuala Scott menjadikan ayam goreng nampak lebih berseri,
Tanpa adanya minyak hidangan ternyata bebas kalori.
Anak berasa teruja untuk mencuba,
Apatah lagi, ini adalah hidangan kesukaan mereka!
Ternyata tuala Scott memang sangat berguna,Buat ibu dan sesiapa sahaja di luar sana,
Membantu dalam masakan penyerapan minyak segera,
Dapur juga mudah dibersihkan sentiasa.
Bagi Amani si manja yang ceria,
Tuala Scott kualitinya dipercayai,
Tidak tipis atau tebal, ianya sederhana,
Produk terbaik sememangnya diperlukan di setiap dapur masyarakat Malaysia!
Lembutnya :)
Lap mulut pun boleh juga...
Akhir kata, pesanan penaja ya...
“Sebagai jenama barangan harian yang lama dipercayai rakyat
Malaysia, Scott® berbangga kerana telah mengambil langkah untuk membantu rakyat
Malaysia menjaga keluarga mereka dengan cara yang mudah dan berkesan dengan
Scott® Calorie Light. Tuala dapur baru ini adalah satu-satunya tuala dapur yang
direka khas untuk penyerapan minyak terbaik untuk menangani cabaran terbesar
dalam dapur rakyat Malaysia. Ia bukan saja menyerap minyak secara berkesan pada
permukaan dapur yang melekit tetapi juga dari makanan, oleh itu pengguna boleh
menikmati makanan lazat yang kurang kalori dengan cara yang mudah.”
* Berdasarkan kalori
dari pembacaan lemak (Kcal/100g) ujian makmal yang dijalankan oleh pihak ke-3
makmal antarabangsa dengan menggunakan 3 helai tuala Scott® Calorie Light pada
ayam goreng
**data
dari 2005-2007
Mengenai Scott®
Tuala dapur Scott® pertama kali diperkenalkan pada
tahun 1907 dan menjelang 1931, Scott® membekalkan tuala kertas sebagai
penyelesai masalah kebersihan dapur yang memudahkan. Sejurus selepas itu Scott®
memperkenalkan napkin kertas yang pertama dan pada tahun 1939, ia menjadi
jenama paling laris di Amerika Syarikat. Kini, setelah hampir satu abad,
pembeli yang arif telah mempercayai Scott® kerana produk-produknya yang tidak
pernah berkompromi dalam keselesaan keluarga dengan harga yang berpatutan.
Tuala dapur Scott® menampilkan rabung unik yang menyerap kotoran dengan cepat
dan berkesan serta menbuatkan permukaan bersih dan kering. Anda dan keluarga
anda tidak perlu ragu tentang Tuala Dapur Scott® kerana ia menberikan
keseimbangan nilai dan prestasi. Produk Scott® untuk menyelesaikan masalah
kebersihan rumah anda termasuk tisu muka Scott®, dan tisu mandi Scott®. Scott® untuk prestasi
terbaik bebas masalah.
Mengenai Kimberly-Clark
Kimberly-Clark dan jenama globalnya adalah produk yang tidak dapat
dipisahkan dalam kehidupan masyarakat di lebih dari 175 negara. Setiap hari,
berbilion orang di seluruh dunia – hampir satu perempat populasi dunia -
memilih jenama Kimberly-Clark dan penyelesaian yang dibekalkan untuk
meningkatkan kesihatan, kebersihan dan kesejahteraan. Dengan jenama seperti
Kleenex®, Scott®, Huggies®, Kotex® dan Poise®, Kimberly-Clark kini “meneraju
dunia dalam produk asasi untuk kehidupan yang lebih baik”. Untuk mengikuti
perkembangan Kimberly-Clark yang terkini dan mempelajari lebih lanjut tentang
sejarah inovasi 140 tahun syarikat ini, sila layari
http://www.kimberly-Clark.com
Jom... memasak Ayam Goreng Berempah Kasih Sayang Bersama Scott!
Silalah cuba resepi mudah saya ya :)
Ayam Goreng Berempah Kasih Sayang Bersama Scott
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 01, 2014
Rating:
wah cam sedap jer...:)
ReplyDeletei suka scott ni..cuma tak de rezeki dgn apa2 contest under KC so far :p
ReplyDelete