Ketahui Kelebihan Soya Yang Menakjubkan
Apa yang anda inginkan
dalam setiap gelas? Adakah gabungan khasiat protein, serat, kalsium, vitamin,
mineral, asid lemak yang diperlukan, serta dapat merendahkan kolestrol dan
bahan anti oksida? Kini kesemua khasiat tersebut oleh anda dapatkan dalam Susu
Kacang Soya F&N NutriSoy dengan tambahan kalsium serta rasa yang lebih
lazat.
Dengan mengekalkan keenakan asli susu kacang soya, F&N NutriSoy yang baru dilancarkan ini ditambahbaik
dengan sembilan kali lebih kalsium berbanding susu kacang soya biasa1.
Minuman ini juga diperkaya dengan Vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dan
menjamin kesihatan dan menambah kekuatan tulang. Protein soya turut membantu
membina dan menggalakkan pertumbuhan tisu.
Susu kacang soya bukan
sekadar minuman enak yang diminum bersama makanan atau untuk dinikmati pada
waktu santai. Setiap gelas susu kacang soya yang diminum boleh menjadi asas
kesihatan kita,” kata Jenny Wong, Ketua Pembangunan Jenama Serantau (Minuman).
“Susu Kacang Soya
F&N NutriSoy dengan Kalsium yang baru ini memberi anda rasa yang enak, serta ditambah kalsium, Vitamin D, dan nutrisi lain yang memberi
tenaga agar anda berupaya untuk melakukan segalanya dengan hebat,” tambah Wong.
Selain daripada rasa yang enak, Susu Kacang Soya F&N NutriSoy
juga tidak mengandungi laktosa. Jadi ia merupakan alternatif terbaik bagi
menggantikan susu lembu, yang diketahui ramai mengandungi laktosa tinggi, dan kurang
sesuai untuk kebanyakan orang. 90 peratus orang Asia adalah laktosa intoleran2
(ketidakmampuan tubuh untuk mencerna susu kerana kekurangan enzim laktase).
Maka tidak hairanlah
pihak Food and Drug Association (FDA)
Amerika Syarikat mengesyorkan protein soya sebanyak 25g dalam hidangan harian
kita boleh mengurangkan kolesterol serta risiko penyakit jantung.
Kacang soya berasal
daripada Benua Asia, di mana ia mula ditanam seawal 11 B.C. di negara China, diikuti
dengan Jepun, India dan Asia Tenggara pada kurun ketujuh. Selepas itu ia mula ditemui
di Eropah dan semakin banyak didapati menjelang kurun ke18. Namun, hanya pada
kurun ke-20 barulah khasiat kacang soya diketahui dan dihargai oleh penduduk
Amerika.
“Melalui hasil tanaman
dan penyelidikan turun-temurun, hari ini kita dapat menikmati sepenuhnya faedah
tanaman yang berkhasiat ini. Untuk menghayati kebaikan kacang soya, Susu Kacang
Soya F&N NutriSoy dengan Kalsium ini dihasilkan daripada kacang soya bukan
GMO (kacang tanpa diubahsuai secara genetik). Ini membolehkan kami menghasilkan dan
mengekalkan kesegaran serta rasa asli minuman kacang soya,” jelas Wong.
F&N begitu komited
memastikan usaha berterusan dalam menghasilkan minuman soya tinggi khasiat ini yang
akan membantu pengguna menikmati kehidupan yang lebih gembira dan sihat.
“Susu Kacang Soya F&N
NutriSoy dengan Kalsium yang baharu ini ialah hasil daripada usaha berterusan kami.
Minuman ini tidak mengandungi kolesterol dan laktosa serta kurang manis,
menjadikannya pilihan yang terbaik untuk mereka yang ingin menikmati gaya hidup
yang sihat untuk diri sendiri dan orang tersayang,” kata Wong.
Secara ringkasnya, Susu Kacang
Soya F&N NutriSoy dengan Kalsium dilengkapi dengan sembilan kebaikan utama
untuk anda dan keluarga. Antaranya:
1) memiliki sembilan kali lebih kalsium berbanding susu soya
biasa1
2) mengandungi Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang lebih
baik.
3) membantu mengurangkan kolesterol.
4) rendah lemak.
5) sumber protein yang mengandungi asid amino yang
diperlukan oleh badan
6) makanan tanpa laktosa.
7) diperbuat daripada kacang soya bukan GMO (tanpa diubahsuai
secara genetik)
8) tiada pengawet, pewarna dan perisa tambahan.
1) kurang manis dengan 25% kandungan gula lebih rendah
berbanding susu kacang soya biasa.
Dengan pek yang sedia diminum
dan senang disejukkan, Susu Kacang Soya F&N NutriSoy dengan Kalsium
membolehkan warga Malaysia menikmati minuman yang menyegarkan pada bila-bila
masa.
Minumlah segelas bagi
merasai keenakan dan kebaikan Susu Kacang Soya F&N NutriSoy dengan Kalsium.
Susu Kacang Soya F&N NutriSoy dengan Kalsium kini didapati di semua kedai
utama seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook F&N NutriSoy
di https://www.facebook.com/NutriSoy.MY
Ketahui Kelebihan Soya Yang Menakjubkan
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 20, 2014
Rating:
orang pantang sila pantang dengan blog sekali hikhik
ReplyDeletei tak minum soya tp my hubby sukaaaa soya ;)
ReplyDelete