Alami Semula Keyakinan Anda Dengan Orchid
Uoollllllllllss yang mementingkan penjagaan kebersihan...
Nak memperkenalkan sesuatu yang baru... Jeng jeng jeng...
Apa yang membuatkan pembersih
feminin Orchid unik?
Nak memperkenalkan sesuatu yang baru... Jeng jeng jeng...
Yada kenalkan ~Orchid~jenama baru dalam penjagaan bahagian intim wanita, memperkenalkan rangkaian
pembersih khusus wanita yang menggabungkan ciri terbaik herba tradisional dan pH
seimbang yang terbukti secara dermatologi membersihkan bahagian intim wanita
dengan lembut dan efektif.
Tidak menghairankan, lebih 100 wanita berkahwin
yang telah mencuba rangkaian Orchid kagum dengan pembersih tersebut. Semuanya
sebulat suara bersetuju bahawa Orchid membantu meningkatkan keyakinan diri dan merasai
semula keghairahan dan kemesraan berumah tangga, menjadikan setiap malam bak
malam pertama.
Rangkaian
Pembersih Khusus Wanita Orchid mengandungi ramuan tradisional yang suci dan menyubur
seperti Manjakani, Kacip Fatimah dan
Daun Sirih yang memberi bau yang segar,
mencerahkan dan mengembalikan keanjalan kulit.
Rangkaian Pembersih Khusus Wanita Orchid mempunyai pH seimbang 3.5, sesuai untuk bahagian
intim, 100% bebas paraben dan diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi. Pembersih
Orchid yang lembut dan berasaskan air memberikan wanita tahap kualiti dan keselamatan
tertinggi dalam memenuhi keperluan penjagaan diri mereka yang paling intim.
Formulanya
yang lembut dirumus bagi meningkatkan kebersihan, keselesaan dan memberi
keseimbangan, pada masa sama mengurangkan kerengsaan kulit dan ketidakselesaan yang
kadangkala disebabkan oleh perubahan pH semulajadi di bahagian intim. Pehhhhh.
Ia juga mengandungi Aktif Pencerah Kulit yang membantu
mencerah dan mengimbangkan tona kulit. Berikut adalah variasi Orchid yang terdapat di pasaran hari ini:
Anggun
Intim
Romantik
Uollls boleh pilih mengikut kesesuaian tapi bagi saya yang telah mencuba, ternyata saya menyukai kesemuanya sekali :)
Manjakani digunakan secara meluas dalam
rawatan tradisional. Kandungan tannin
yang tinggi membantu menegangkan bahagian intim selepas melahirkan anak. Sifat
antiseptik semulajadinya berupaya mencegah jangkitan bakteria, kulat dan yis (punca
utama gatal-gatal dan bau kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita).
Kacip Fatimah, iaitu Tongkat Ali versi
wanita, kaya dengan fitoestrogen dan
mampu mengawal fisiologi wanita. Ia juga dipercayai mampu meningkatkan libido
wanita untuk kebahagiaan rumah tangga secara tradisional.
Daun Sirih terkenal dengan kemampuannya
menyegarkan dinding kelamin wanita, mengembalikan keanjalan dan mengurangkan cairan
berlebihan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan rasa tidak menyenangkan untuk
sesetengah wanita.
“Orchid telah dirumus dengan begitu teliti dengan menggabungkan
kebaikan herba tradisional dan saintifik agar kaum wanita mempunyai pilihan dalam
memenuhi segala keperluan penjagaan bahagian diri mereka yang intim. Ini termasuk
kebersihan, mengimbangkan tona kulit dan memperbaiki tekstur dan ketegangan
kulit”
Dan dari pengalaman saya sendiri, didapati produk Pembersih Khusus
Wanita Orchid adalah efektif dalam membersihkan dan mengawal bau yang tidak
menyenangkan. Ia memberikan bau segar yang lembut dan tahan lama uolls. Sekaligus memberikan kita rasa lebih segar dan yakin diri sepanjang hari.
Orchid
didapati dalam tiga variasi iaitu Romantis,
Intim dan Anggun. *Rujuk gambar di atas. Sebotol Orchid 210ml dengan rekaan bentuk feminin dijual pada
harga RM4.90 dan ianya boleh didapati di
seluruh negara.
Alami Semula Keyakinan Anda Dengan Orchid
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 18, 2014
Rating:
No comments:
Sharing is caring...