Alami Semula Keyakinan Anda Dengan Orchid

Uoollllllllllss yang mementingkan penjagaan kebersihan...
Nak memperkenalkan sesuatu yang baru... Jeng jeng jeng...
Yada kenalkan ~Orchid~jenama baru dalam penjagaan bahagian intim wanita, memperkenalkan rangkaian pembersih khusus wanita yang menggabungkan ciri terbaik herba tradisional dan pH seimbang yang terbukti secara dermatologi membersihkan bahagian intim wanita dengan lembut dan efektif.

Tidak menghairankan, lebih 100 wanita berkahwin yang telah mencuba rangkaian Orchid kagum dengan pembersih tersebut. Semuanya sebulat suara bersetuju bahawa Orchid membantu meningkatkan keyakinan diri dan merasai semula keghairahan dan kemesraan berumah tangga, menjadikan setiap malam bak malam pertama.

Rangkaian Pembersih Khusus Wanita Orchid mengandungi ramuan tradisional yang suci dan menyubur seperti Manjakani, Kacip Fatimah dan Daun Sirih yang memberi bau yang segar, mencerahkan dan mengembalikan keanjalan kulit.  

Rangkaian Pembersih Khusus Wanita Orchid mempunyai pH seimbang 3.5, sesuai untuk bahagian intim, 100% bebas paraben dan diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi. Pembersih Orchid yang lembut dan berasaskan air memberikan wanita tahap kualiti dan keselamatan tertinggi dalam memenuhi keperluan penjagaan diri mereka yang paling intim. 

Formulanya yang lembut dirumus bagi meningkatkan kebersihan, keselesaan dan memberi keseimbangan, pada masa sama mengurangkan kerengsaan kulit dan ketidakselesaan yang kadangkala disebabkan oleh perubahan pH semulajadi di bahagian intim. Pehhhhh.

Ia juga mengandungi Aktif Pencerah Kulit yang membantu mencerah dan mengimbangkan tona kulit. Berikut adalah variasi Orchid yang terdapat di pasaran hari ini:
 Anggun
 Intim 
Romantik
Uollls boleh pilih mengikut kesesuaian tapi bagi saya yang telah mencuba, ternyata saya menyukai kesemuanya sekali :) 
Apa yang membuatkan pembersih feminin Orchid unik?

Manjakani digunakan secara meluas dalam rawatan tradisional. Kandungan tannin yang tinggi membantu menegangkan bahagian intim selepas melahirkan anak. Sifat antiseptik semulajadinya berupaya mencegah jangkitan bakteria, kulat dan yis (punca utama gatal-gatal dan bau kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita).

Kacip Fatimah, iaitu Tongkat Ali versi wanita, kaya dengan fitoestrogen dan mampu mengawal fisiologi wanita. Ia juga dipercayai mampu meningkatkan libido wanita untuk kebahagiaan rumah tangga secara tradisional.

Daun Sirih terkenal dengan kemampuannya menyegarkan dinding kelamin wanita, mengembalikan keanjalan dan mengurangkan cairan berlebihan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan rasa tidak menyenangkan untuk sesetengah wanita.

“Orchid telah dirumus dengan begitu teliti dengan menggabungkan kebaikan herba tradisional dan saintifik agar kaum wanita mempunyai pilihan dalam memenuhi segala keperluan penjagaan bahagian diri mereka yang intim. Ini termasuk kebersihan, mengimbangkan tona kulit dan memperbaiki tekstur dan ketegangan kulit”

Dan dari pengalaman saya sendiri, didapati produk Pembersih Khusus Wanita Orchid adalah efektif dalam membersihkan dan mengawal bau yang tidak menyenangkan. Ia memberikan bau segar yang lembut dan tahan lama uolls. Sekaligus memberikan kita rasa lebih segar dan yakin diri sepanjang hari.

Orchid didapati dalam tiga variasi iaitu Romantis, Intim dan Anggun. *Rujuk gambar di atas. Sebotol Orchid 210ml dengan rekaan bentuk feminin dijual pada harga RM4.90 dan ianya boleh didapati di seluruh negara.

Alami Semula Keyakinan Anda Dengan Orchid Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 18, 2014 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.