Rumah Terbuka ERA Bersama Snickers Yang Ohsemmmm

Zaman remaja saya memang membesar bersama Radio ERA, chewahhh...
Dari zaman segmen pagi yang dijuruhebahkan oleh Linda Onn dan Halim Othman.
Kemudian Kieran dan Krill... Dan seterusnya sehinggalah sekarang - Johan, Hanif dan Ray yang bila bergabong di konti memang terkenal dengan kesenggalan mereka, hahahah

Saya banyak kali dah cuba, try, test join contest kat website ERA, tapi gagal jer memanjang. So, bila SNICKERS buat contest di FB yang berkolaborasi dengan ERA... Memang ngam sudah :) Snickers my cokelat feveret + ERA lak memang radio pojaan... bersungguh lalu menyertai.

Dan bila slogan terpilih... Memang hepi sesangat...
Penat kot mereka ayat slogan dalam 5 minit, hahaha *tangan didada muka kat atas...


**********
Di hari kejadian... Anak2 memang hectic dengan jadual sekolah mereka.
Isk... musim2 raya, sekolah ada pulok buat acara sukaneka... dengan nak pergi main trempolin sebagainya.

So, bila kitaorang terjah kat umah terbuka...
Memang out lah dalam dresscode...
So, memang takde gambar kitaorang ler kat majlis...
Nak amik gambar sendiri pun segan, hahahaha

Moral of the story: Lenkali nak gi jamuan raya sila pakai baju raya, kalau tak termalu sendirik hehehe

Ok, let's pic describe everything...
Pehhh ber MINAH SALEH kooo

First to two... and so on... it's the food pics...
Ayam masak merah yang kabooom... kat sana ada daging yang sodap berkali2 my Amani menambah...

Longgokan sate yang rasanya sama hebat dengan sate Haji Samuri...
Punyalah banyak... ni kiranya ko makan sekali 3 cucuk masuk mulut pun orang tak jeling marah hahaha
Kuih tradisi... lapis cendol dengan lapis Brazil (suka hati jer kan gue panggil lapis Brazil disebabkan kalernya iteww)
Ni macam rojak... Ada goreng2 gak...
Ok... bukan itu jer makanan tapi banyak lagi...
Tapi saya malas nak tunjuk perangai kejakunan sangat bila pergi majlis makan2 "duk gigih amik gambar makanan"... so, amik gambar sipi2...

Tapi air teh tarik dier memang marvelous super imposed!!!
Bak ayat trend di FB sekarang ni "Sedap nak arwah!" --isk ...

Yang paling syoknya di majlis ini ialah...
Ada aktiviti atas pentas... dan juga lucky draw...

Serius uollls... SNICKERS taja voucher AEON Jusco banyak gilosssss...
Kalau nasib baik leh menang lucky draw samada 200 atau 150 hengget nilaian voucher.

Join aktiviti atas pentas... memang confirm 100 hengget nilaian voucher dalam tangan memang dah genggam, gitewww...
Dah lah celoteh dari DJ-DJ ERA memang happening dan kelakar...
Semuanya bergilir2 menjadi pengacara kat atas pentas... memang tak kering gusi kitaorang uolls.

Selain daripada DJ dan team ERA ada kat situ, artis2 tempatan pun ada memeriahkan sama.
Yang BESHnya, disebabkan ini adalah rumah terbuka...
So selebriti yang datang memang sporting bila diajak bergambar...
Boleh berchit-chat santai...

Tapi sayakan sebab salah pakai baju ikut tema... so gue shoot dari tempat duduk jaa...
Jenis malas nak jenjalan menayang muka gara2 sempoi sangat berpakaian ari tu, hahahah
See Dina Nazir dari ERA.fm
Adi yang comel... rajin Adi ni jenjalan setiap meja amik gambar kitaorang. Katanya nak upload dalam FB beliau, hehehe
Aril... artis dan DJ Era.fm
Ray... lama kot die lepak kat meja makan sebelah... hahahah
Black dan isteri... Cantek isteri Black ni (ai memang tujukan gambar ni kat Dyana Segodeng, yang memang meminati Black separuh mati... hahahah)
Yeszaaa Radhi OAG...
Tomok dan Faezah (kawan FB)... Tomok ni nampak remaja gitew, cam tak percaya jer die ni nak masuk anak dua dah, huhuhu
Mummy Ira yang gorjes bersama Adi dan peminat...
Awi Rafael... jika aku kaya... in da house uolls...
Maya Karin... cun melecun...
Ada juga Faizal Tahir dan ramai lagi... (mana ntah gambar ai amik, huhuhu)
Ok, yang ni memang feveret anak2 ai...
Yang kelakarnya... masa first time jumpa... dowang ni cam malu2 jer nak bergambar dengan Johan. Lepas dah amik gambar, My Amani siap tanya "Mummy, yang tadi tu Abu Hurairah kan?" Hahahahahahaha. Ni penangan tengok "Hantu Kak Limah Balik Rumah" empat puloh empat kali... Nama sebenar tak tahu tapi nama watak yang meninggalkan kesan. Minat betul my Amani dengan watak Abu Hurairah yang dilakonkan oleh Johan... :p
Selain dapat cash RM150... weeeeeeeeee
Dapat juga hamper RM400 nilainya dari Snickers...
Memang hepi taraf ke bulan, kah kah kah...
Sesi amik gambar hadiah kenang-kenangan...
Suka giler dapat t-shirt latest design dari ERA...
Bersama cenderahati2 yang laen :)
Saya angkat tangan, jawab soalan mudah... dapat voucher 100 hengget... aishhh rejeki :)
Bergambar reramai WAJIB ader...
Dengan tuan umah... tuan berkolaborasi... dan semua tetamu yang hadir...

Kemeriahan Rumah Terbuka Snickers dan ERA,
Ramai selebriti dan DJ yang turut serta,
Pelbagai hidangan enak juadah raya,
Keseronokan bersama ukhwah terbina,
Tidak kira bangsa, tua dan muda,
Meraikan lebaran dengan penuh ceria!!!

Terima kasih daun keladi...
Tahun depan jemputlah saya lagi :)

Rumah Terbuka ERA Bersama Snickers Yang Ohsemmmm Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 11, 2014 Rating: 5

5 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.