Serlahkan Bakat Anak Anda Dalam Dugrostar!

Memiliki anak adalah satu anugerah...
Mendidik anak itu adalah amanah...

Dalam membesarkan anak pelbagai cara ibu-bapa usahakan...
Dengan memastikan anak mendapat cukup keperluan makanan, berjaya dalam pelajaran dan seimbang dalam semua perkara. Cuma dalam mendidik anak saya gemar melakukan pelbagai cara. Antaranya memotivasikan mereka dengan melibatkan mereka dengan aktiviti kanak-kanak dan dunia luar. Ini bagi membantu anak berani menunjukkan potensi, lebih berdikari dan punya yakin diri.

Atas keprihatinan dan sokongan kepada ibubapa Malaysia, DUGRO jenama susu formula untuk kanak-kanak membesar telah menganjurkan pencarian Dugrostar™. Pertandingan ini bertujuan untuk mendorong kanak-kanak mencungkil potensi diri mereka sepenuhnya dan mempamerkan bakat mereka kepada seluruh negara!

Misi Dugrostar™ yang mana setiap kanak-kanak berpeluang menjadi bintang! 

Peluang ini terbuka kepada kanak-kanak dalam dua kategori berasaskan umur: 
1. Tiga hingga enam tahun. 
2. Enam tahun lebih hingga 10 tahun. 

Peserta dalam setiap kategori umur boleh menyertai dalam tiga segmen ini – menyanyi, menari, bermain alat muzik atau gabungan kesemua bakat ini, serta membuat persembahan secara individu atau berkumpulan sehingga seramai enam orang.

Dan uolls boleh menghantar banyak penyertaan. Ini kerana untuk menyertai  Dugrostar™ tidak memerlukan bukti pembelian, PERCUMA uolls. 

Bahkan kanak-kanak juga boleh menikmati koleksi eksklusif barangan Dugrostar™ dengan sebarang pembelian Dugro® bungkusan 900g dalam tempoh kempen, seperti beg piano atau gitar, jaket eksklusif dan jam tangan, serta banyak lagi!

Dan saya bersama anak telah dijemput oleh pihak DUGRO untuk bersama merasai keseronokan Pencarian DUGROSTAR!
Untuk menjadi bintang, berhias perlulah seperti bintang.
Dengan tatarias cantik, ternyata kanak-kanak perempuan terutamanya memang teruja...
Saya pula lebih teruja melihat set mekap yang "oiii mai banyaknyer".
Muka dah cantik, rambut juga perlu didandan menarik :)
Gaya K-Pop cam biasa menjadi minat my Afiq.
Wawawa my Amani digulung2 rambutnya... beralun cantek gitew!
Done bertatarias haruslah dipotretkan buat kenangan...
Sebelum pertunjukan, kanak-kanak yang terlibat ada sesi latihan bersama guru tari.
Step dier mudah dan kanak-kanak mudah untuk faham dan mengikut ajaran yang diberi.

Ok, acara rasmi dimulakan...
Dengan beberapa babak pertunjukan dari kanak-kanak...
Memang bergaya sungguh!
Kami juga teruja menonton contoh video yang dihantar, memang berbakat :)
Sembang-sembang dan bertukar pendapat bersama pakar dalam slot talkshow!
Antara lain ahli panel yang terlibat seperti (dari kiri) Mr. Zaid, Mr Az'farr Baginda, Ms Elaine Yang, Ms Ruth Liew, Mas Monique Suryokusumo (Marketing Director, Danone Dumex Malaysia) dan PIC Dugrostar.
Saat yang dinantikan telah pun tiba...
Persembahan anak-anak bloggers!
Mak Pak yang excited tengok anak beraksi atas stage, hehehe.
 See see my Akid n Afiq :)
Ai tengok Emir anak Mira dah macam penari profesional dah kat atas stage tu, hahaha.
He really enjoy very much :)

So, uolls... kalau nak sertai ada 3 cara ya:-

1. Dengan memuat naik video persembahan anak di www.dugro.com.my 
2. Mengunjungi siri jelajah terpilih di seluruh negara di mana rakaman langsung boleh dibuat di Gerai Rakaman Dugrostar™; 
3. Menyerahkan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi bersama rakaman persembahan anak mereka dan menghantarkannya ke alamat yang dinyatakan pada borang pendaftaran. Borang boleh didapati di pasaraya atau hypermarket yang terdekat.

Seramai dua ratus lapan puluh (280) finalis muda akan disenarai pendek untuk peringkat seterusnya yang melibatkan persembahan langsung di tujuh pusat membeli-belah di seluruh Malaysia yang akan diadakan dari 24 Oktober hingga 16 November. 

Di setiap lokasi, pemenang Hadiah Pertama (RM5,000), Kedua (RM3,000) dan Ketiga (RM1,000) bagi setiap kategori umur dan kesemua finalis akan menerima hadiah menarik sebagai tanda penghargaan di atas hasil usaha mereka!

Jom serlahkan bakat anak anda!!!

Serlahkan Bakat Anak Anda Dalam Dugrostar! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 20, 2014 Rating: 5

8 comments:

  1. alaaaa..mek tembun xcukup umur lagi..hehe

    ReplyDelete
  2. Wah dah siap dah entry Ayu... Ayu yg ni lum mula lagi

    ReplyDelete
  3. wow copatnya cik kak ni.. i m inggu depan baru nak up. minggu ni den tak sempat dah.. nanti i pinjam gambar emir yer..

    ReplyDelete
  4. Waaa..best2..lame xketemu nih ..windu dh nk join event blogger

    ReplyDelete
  5. Wahhh sis ade juga ye malam tu...
    Ade hantar ke video? ehehehhe seronok tgk depa kan..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.