Beberapa Hidangan Menarik di Checkers Cafe di Dorsett Regency Kuala Lumpur
Kali ini saya nak share pengalaman saya makan-makan bersama rakan bloggers lain + my anaks di Cafe Checkers di Dorsett Regency Jalan Imbi Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan uolls, lokasi hotel ini begitu dekat dengan pusat bandar Kuala Lumpur. Jarak dari bangunan Pavilion tidak sampai 5 minit jika menggunakan kenderaan.
Entry ini bukanlah review hidangan secara lengkap ya. Cuma saya suka hendak kongsikan hidangan (menerusi gambar semata) apa yang terbaik buat pengunjung Checkers Cafe di Dorsett KL.
Food tester terbaik dari kalangan keluarga saya, hehehe :)
Antara hidangan yang menarik perhatian saya di Checkers Cafe, cikedaut!
Kek sebagai pencuci mulut, jelly n cheese memang mengiurkan. Apatah lagi dihiasi dengan buahan pic dan strawberryPemanis mulut, Lebih kepada rasa coklat, I like :)
Gril Salmon. Antara yang menjadi pilihan pengunjung yang sukakan kelainan dalam hidangan.
Creamy soup. Ada rasa lime disini.
Ala-ala puding gula hangus, tapi dipersembahkan dalam bentuk lebih menarik :) didalam gelas!
Mee Sup, bahan utama adalah daging dan perut!
Spagehtti bersama salmon. Asfaragus pelengkap sayuran bagi hidangan ini.
Ini adalah "Four Course Italian Set". Yang menariknya ianyanya dihidangan dalam konsep "all in one"- Slow roasted Lamb Shank on Polenta, white bean and sautéed vegetables; served with antipasto, appetizer and dessert.
Ni ala-ala pai Singapura. Ibu saya memang menggemarinya terutama bila dimakan bersama sos cili.
Hidangan ayam, sesuai untuk makan tengahari dan malam pastinya. Dimasak bersama sayuran dengan variasi jenis kicap yang digunakan.
Ni ala "otak-otak" tapi versi spicy. Sangat sedap uollls..
Pemanis mulut, penutup tirai hidangan. Memang sedap
Sup petola dan tauhu. Sangat jarang melihat petola dicampur dengan tauhu. Tapi kombinasi sayuran ini menjadi apatah lagi digunakan dengan rencah yang bersesuaian.
Chef bersama dengan "signature dish" yang disediakan.
Antara orang kuat dapur Cafe Checkers Dorsett Regency Kuala Lumpur.
Thorbaik!!
Apa yang menarik bagi saya tentang Cafe ini, antara lain mengenai susunatur dan rekaan dalaman di dalam cafe. Sangat santai dan selesa. Cara perletakan hidangan juga memudahkan pengunjung meninjau sendiri jenis hidangan yang disediakan,
Bagi peminat salad, stesen in pasti mendapat perhatian. Bukan sahaja pilihan sayuran yang pelbagai, sos juga divariasikan mengikut selera.
Gegitu juga di bahagian pencuci mulut. Pilihan kek dn puding begitu menambat hati saya.
Acar dan segalanya.
Selain ini, terdapat juga stesen yang menyediakan hidangan jepun seperti sushi, nasi arab, maskaan barat seperti spaghetti, hidangan melayu seperti sate, mee dan juga menu untuk hidangan makan malam-mee goreng mamak, nasi beriani, ikan masak butter, udang goreng bercili dan banyak lagi.
Ni gambar menunjukkan betapa "kenyang perut senang hati"
Heheheh
172 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
for rsvp: +603 2716 1000 ext 188
Beberapa Hidangan Menarik di Checkers Cafe di Dorsett Regency Kuala Lumpur
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 02, 2014
Rating:
Yummy
ReplyDeletemmg sedap2 suzz :)
ReplyDeleteintroduce a camera before the gambling machine, dispatch an inconclusive twists of the reels and all that's OK. Yet, players incline toward openings in view of their assortment. How To Win playing slots
ReplyDelete