Pertarungan Memasak Blogger dan Fitness First Bersama Air Fryer Philips

Hi uolllls...
Sebelum ai nak share pengalaman bertarung memasak, meh-meh kita baca dulu tentang jenama dari perkakasan memasak sepanjang pertarungan iaitu Philips..

Cikedaut!

Philips
Philips antara jenama peralatan elektronik yang sememangnya gah di pasaran. Bukan sahaja terkenal dengan teknologi termaju bahkan Philips juga sentiasa mengekalkan ciri-ciri "user-friendly" dalam setiap keluaran produknya Produk inovasi Philips mengcakupi hampir setiap keperluan isi rumah. Dari barangan bayi, pembersihan, lampu serta kelengkapan sehingga ke perkakasan dapur. Rentetan itu tidak hairanlah Philips antara jenama pilihan setiap rumah di Malaysia.
Avent antara siri koleksi dari Philips memenuhi kelengkapan bayi seawal usia 1 bulan. Ini termasuklah botol susu, puting dan sebagainya.
Barangan Hot Item Philips tentulah air fryer. Yang membantu memudahkan memasak secara sihat uollls. Bukan sahaja kurang menggunakan minyak bahkan pemanasan secara menyeluruh menjadikan kerja memasak itu mudah dan ringkas. Dan kebetulan Philips ada prmosi Air Fryer pada hari berkenaan. Ikut harga asal 1K + tapi  sebab ada promosi jatuh harga dalam RM849..Pembelian sangat berbaloi uollls!!
Coffee maker in da house. I love coffee, seriously...Apatah lagi ianya diperbuat dari buah kopi yang mempunyai wangi yang cukup sentimental buat peminat kopi seperti saya. Menusuk jiwa. Segelas kecil pun sudah cukup buat terapi. Harga coffee maker ni kalau promosi RM8188..*huhu, lap air mata :p
Ni antara gadjet masakan impian saya. Milikinya satu, confirm tiap minggu rumah saya akan ada bau kek, heheheh.

Bukan ini sahaja produk Philips uollls.. Terlalu banyak untuk diceritakan. Nak ketahui lebih lanjut mengenai Pihilips boleh layari https://www.facebook.com/PhilipsHomeLiving.my.

Cabaran Bermula
Kita cerita pasal cabaran di hari kejadian pula ya. Dap dup dap dup..
Sebenarnya saya memang menunggu dipelawa untuk menyertai cabaran seperti ini. Ngeee..
Sebab saya memang sukakan cabaran. Saya sukakan persaingan sihat. Sebab tu saya terlibat dalam dunia "comper" dan "blogger". Setiap orang mempunyai skil terbaik dalam diri masing-masing. Tak tahu masak bila suruh masak biarpun pertama kali masak, sebab ianya cabaran, hidangan yang dimasak menjadi jugak. Saya memanglah tahu memasak, heheh. Anak 6 orang kot, HARUSlah memasak setiap hari. Antara hebat dan tak hebat ajer. Ok, saya kategorikan diri saya "Tahu masak, tapi tak sehebat mana", gitewwww.
Cabaran bermula 2.15 petang di Subang Empire Shopping Gallery. Tapi seawal pukul 1pm semua peserta cabaran baik bloggers manupun wakil dari Fitness Malaysia sudah berada di lokasi kejadian. Cabutan nombor hidangan apa yang hendak dimasak bersama pilihan rakan sekerja di stesen sudah dikenalpasti waktu ini. Dan di pentas utama, Philips membawakan juri pertandingan iaitu Chef Zam bagi menunjukkan cara memasak brownies dan masakan melayu yang sangat simple menggunakan air fryer dan beberapa lagi perkakasan dapur dari Philips.

Ni partner saya dalam memasak. Mr Anand dari Fitness First Subang Empire. Kitaorang kena masak "Kek"...Adeeeeehh itu perkataan pertama yang keluar dari mulut saya ketika itu. Hahahaha. Anand ni walaupun menurut beliau bukanlah kaki masak tapi beliau suka makan. So, bagi saya dari segi skill "tester" dan idea nak masak tentu Anand hebat :)

Yang bagusnya..kitaorang positif. Walaupun dalam hati tuhan ajer yang tahu "Habislah aku"..
First time nak guna air fryer buat kek..berpeluhhhh..
Ok nak buat kek, takde teknik campak-campak yang biasanya ai praktikkan dalam masakan di rumah..
Sukatan kena betul..
Silap sikit.."bentat" hokeh..


Tapi berkat menggunakan teknologi inovasi tinggi Philips..ecececec
Semuanya berjalan dengan baik..

Kitaorang buat kek mudah jer uolls..
Memandangkan kitaorang memang nak gunakan segala bahan apa yang ada disediakan oleh pihak penganjur.

Resepi Kek Butter AA -Ayu dan Anand (hahaha)
250g tepung naik sendiri
250g butter
250g gula (ni nak kurangkan pun boleh)
4 biji telur
esen vanilla (sedikit)
Sebab ai kreatip time tu..Ai parut skit kulit lemon--bagi ada rasa zesttttt sikit..

Toping..
Ada guna sikit coklat masakan
Cream cheese bersama whipped cream (putar_--ni memang sedap!!
Strawberry segar dari ladang, erkkk
Belum masak dah nampak gebus...
:p

Bakar kek guna air fryer. Senang sangat uolls..
Suhu dalam 170 degree dalam 15 minit bakarnya..
Ala-ala macam masak nasi, huhuhu

Hasil Hidangan Peserta 10 Kumpulan Memang Owesomeeeee
Macam tak percaya jer 45 minit kitaorang mampu harungi cabaran memasak. Ai dan teamate siap boleh bakar kek 3 kali, hehehehehehe. 

Sebab hasil hidangan sendiri..
2 gambar ai kasi up, heheheh

Ni namanya Kek Butter A&A Super Fit, ngeeeeeeee

Ayam masak masam manis dari Nanie and partner.

Ayam Fitness First Careno...
Katanya sesedap ayam Kenny Rogers, pehhh'

Tiramisu in da house :)

Salmon gril :)

Ayam Ranggup Maveles Ruby.dot.my.... :)

Ni cara membuat ala hidangan "quiche". Ni nak buat memang kena skil. Rasanya hidangan ini mendapat tempat kedua..

Salmon with mashed potatoes dari Ellie Toh dan partner.

Udang bersama somtan (ai pun tak sure)..Hidangan dari Roth dan partner

Hidangan ayam yang disertakan 2 sos yang berbeza, Paling sedap dan menambat hati juri. Hidangan ini meraih tempat pertama.

Corat-coret Kenangan Manis Yang Sempat Dirakamkan
Banyak yang saya belajar dari cabaran ini.
Pertamanya tentulah saya lebih mengenali hampir semua perkakasan elektrik dapur dari Philips. " Keduanya mengenai "positif" dalam hidup. Bila pertama kali sifu Sidney Kan mengajak saya untuk menyertai cabaran ini. Saya terus menyatakan persetujuan tanpa mengetahui apakah hadiah yang ditawarkan dan mekanisme yang perlu saya lalui. Sebab bagi saya memasak itu satu keseronokan. Walaupun tidak hebat tapi bila dicabar untuk bertarung "why not, bring it on", huhu.

Berada dalam kelompok blogger yang tidak lokek ilmu dan peramah menjadikan saya berasa sangat seronok, apatah lagi bersama grup fitness first (siap ada grup penyokong) memotivasikan saya dan Anand untuk memberikan yang terbaik. Tq to Nick dan Diana dari Fitness First atas idea dan resepi yang dicadangkan : ). Oh ya saya ngan Diana siap nak gather2 lagi lepas ni :p

Nasihat dan tips dari Chef Zam, Puan Marina dan Sidney Kan sendiri banyak membantu saya dan menambah ilmu didada dalam dunia pertarungan memasak. Teknik campuran bahan, suhu yang digunakan serta platting!! Memang amat berguna dan membantu.

Antara momen yang indah dapat bertemu dengan Chef Zam :)

Bersama Puan Marina. Biarpun ini bukan pertama kali saya bertemu berjumpa dengan Puan Marina saya tetap mahu merakamkan momen ini bersama beliau. Bagi saya Puan Marina antara idola masakan saya. Seorang ibu yang rajin ke dapur dan sentiasa kreatif menghasilkan masakan berkhasiat buat keluarganya.

Ketika menunggu keputusan akhir dari penganjur. Ada beberapa acara disediakan, antaranya ada hadiah percuma buat mereka yang mempunyai nombor 30 di kad pengenalan, bersempena dengan tarikh hari pertarungan adalah 30 hb Ogos 2014. Dan ini semua pemilik nombor 30.

Setelah semua pemenang saguhati dipanggil Yess pemenang saguhati menerima hadiah merupakan cake mixer RM1099. Tinggal 3 kumpulan sahaja. Dan kumpulan saya antaranya. Tak disangka kumpulan saya berjaya meraih tempat keTIGA. YAhooooooooooo..Jerit dalam hati ya uolls time tu. Ai still naik atas pentas dengan penuh kesopanan malu-maluan..hehehe Cam tak cayo ajer!

Dan ini adalah JUARAnya!!!!!!
Tahniah diucapkan, hepi for her, hepi for everyone..
Sebab berjaya menyiapkan misi memasak menggunakan air fryer dengan masa yang diberikan selama 45 minit. Fuhhhhhhhhhhhh..

Hepi.Hepi.
Semua perserta bersama juri dan pihak dari Philips.

Hadiah ai :)

Pengalaman memasak dengan Air Fryer Philips memang menakjubkan.
Nantikan entri masakan ai dari Air Fryer Philips dalam entri akan datang ya..

Anyway..
TQ to Sidney Kan, Philips, bloggers, Fitness First dan semua atas peluang dan sokongan yang diberikan.

Arigato :)
Pertarungan Memasak Blogger dan Fitness First Bersama Air Fryer Philips Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 01, 2014 Rating: 5

20 comments:

  1. Wah! Hebat2 semua hidangan.. Kite kalau bab nak masuk bertanding cenggini memang out of confident langsung la.. Huhu.. Btw, congratz sebab berjaya atasi rasa kurang confident dalam diri.. ^__^
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq... Mmg kena cuba dulu hehe mmg klh mng perkara no 2

      Delete
  2. congratss dear ayu!! memang terer memasak my bff ni :)

    ReplyDelete
  3. even cmni mmg seronok.
    tgk je pun dah seronok :)
    thniah dpt 3rd place..mesti xsngka kan kak..org kata..belom cuba belom tau
    :))

    ReplyDelete
  4. Mmg enjoy event ni wpun mula2 rs mcm nak lari balik.. neves giler.... hahaha...

    ReplyDelete
  5. tahniah ayu...adiah dr philips mmg best

    ReplyDelete
  6. looks like so much fun.... best betul...... harap lain kali boleh join macam tu jugak

    ReplyDelete
  7. miera, inayaalah one fine day mestii ada peluang join ;)

    ReplyDelete
  8. Air fryer i kena beli sendiri...hihi

    ReplyDelete
  9. Fried turkey tastes delicious, so it's understandable that in recent years propane turkey fryers have become increasingly popular. But at what price? healthy fryer

    ReplyDelete
  10. Pertarungan Memasak Blogger dan Fitness First Bersama Air Fryer noichienkhongdau.xyz Philips

    ReplyDelete
  11. A popular brand of the hot air cooker that uses the cooking basket is the Philips hot air fryer. There are 2 models available in the United States, the manual HD9220/26 hot air cooker and HD9230/26 digital version. best air fryer for a family of 5

    ReplyDelete
  12. Assuming you do think about buying an air fryer, you should investigate the components of the fryer that you are buying.
    the best air fryer toaster ovens

    ReplyDelete
  13. I am interested in such topics so I will address page where it is cool described. Read more

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.