Tarikan Terbaru di i-city, Taman Tema Pilihan Terbaik Seisi Famili!
Dikenali sebagai "City of Digital Lights", taman tema hiburan i-City yang berkeluasan 25 ekar sememangnya sentiasa menjadi pilihan pengunjung yang datang berlibur bersama keluarga. Mula diperkenalkan pada tahun 2013 antara taman tema yang mempunyai tarikan terutama pada waktu malam. Pembukaan WaterWorld@i-city secara tidak langsung menarik lebih ramai ramai berkunjung pada waktu siang.
Dan terkini i-city memperkenalkan 3 tarikan permainan terbaru yang menggabungkan elemen pendidikan dan keseronokan di taman tema FunWorld ~ Itsy Bitsy, Jungle Adventure dan Fun Drive!
Cikedau uollls!
Fun Drive
Satu bandar mini direkabentuk bagi membolehkan kanak-kanak mengenali kenderaan dan peraturan lalu-lintas. Di sini kanak-kanak akan mengendalikan kenderaaan mereka sendiri (dengan membawa kereta mini yang comel) sambil mematuhi beberapa peraturan lalu-lintas yang telah ditetapkan.
Sebelum kanak-kanak memulakan pengambaraan mereka bersama kereta yang akan dipandu sendiri. Mereka perlulah belajar dan mengenali beberapa peraturan lalu-lintas melalui papan interaktif yang disediakan di situ. Ianya penting uolls, bukan hanya kita perlu berseronok sahaja ketika pemanduan kereta bahkan kita juga perlu tahu apa yang perlu dibuat semasa di jalan raya.
Apa yang menarik didalam FunDrive i-city, bukan hanya terdapat banyak papan tanda keselamatan, lampu isyarat, laluan ejalan kaki dan sebagainya. Terdapat juga beberapa monumen yang kiut seperti "candy shop", "bank", "stesen minyak", "bengkel kereta" dan banyak lagi.
Yang menarik disini, permainan ini dapat mendidik anak saya untuk belajar mengikut peraturan sambil merasai keseronokan. See my Afiq, begitu serius dalam pemanduan, tersilap memasuki laluan sebelah dengan segera memperbaiki kesalahan. Sekaligus membantu membentuk peribadi kanak-kanak itu sendiri untuk menghormati pengguna lain :)
Di sini juga kita akan mendidik kanak-kanak untuk lebih bersabar ketika berada di jalan raya, hahahaha. Oh ya uolls, kereta ini juga boleh dinaiki oleh orang dewasa. So kalau uolss mempunyai anak yang kecil, dun worry ya! Uolls boleh join sekaki menemani si kecil uolls..
Jungle Adventure
Di sini anak-anak serta ibu-bapa boleh merasai keseronokan "Jungle Rider", yang mana mereka boleh menerokai alam hutan jadian dengan bertemu dengan "Encik Harimau" dan "3 beruang" yang peramah. *Ianya dalam ilustrasi patung sahaja ya bukannya haiwan sebenar :p
Paling menyeronokkan, saya bersama rakan bloggers lain dapat bermain kereta langgar-langgar. Yeszaaaa..it's bumper cars time! Siyeslah, menjerit-jerit keseronokan kitaorang dalam ni. Sambil terkeluar air mata saya kerana permainan ini agak lucu walaupun ada sedikit menakutkan kerana ianya bergerak laju. Dan jika anda tidak cekap mengendalikan kereta ini maka anda berpeluang merempuh kereta rakan anda. Memang seronok!!
Itsy Bitsy
Taman tema magik yang menginspirasikan kenangan zaman kanak-kanak terutama bagi mereka yang sudah dewasa (ibubapa). Di taman ini terdapat lebih 5 jenis permainan yang menyeronokkan dan boleh dimain seisi keluarga.
Antara permainan yang mendapat perhatian disini "Rocking Chaise Car". Dengan kerlipan lampu yang cantik, pemanduan berdua mengendalikan objek ini untuk terus berjalan menjadikan ianya bertambah menarik.
My anaks Akid dan Afiq memang suka permainan lasak dan agak mecabar ini, Fitness JR.Permainan ini mampu menguji tahap stamina yang dimiliki oleh si cilik.
Menguji daya saing yang dimiliki anak-anak. Selain daripada membentuk sikap positif dan berani didalam diri mereka. Bagi anak-anak yang sukakan cabaran, permainan ini memang sangat sesuai. Mencakupi segala bentuk alatan yang mencabar seperi "wall climbing" dan sebagainya, saya boleh katakan ianya seperti permainan di "sky trek" yang agak popular untuk anak-anak dewasa.
Beberapa monumen menarik yang boleh dijadikan props untuk bergambar disini. Contohnya di sini koloni semut :=)
"The Jumping Frog"!Choooo choooo train yang santai buat kanak-kanak.
Ni ala2 cawan terbang!!
Ada Mini Ship Pirates dan banyak lagi permainan kat sini uolls.
So, kalau uolls nak tahu lagi permainan apa lagi yang ada, haruslah uolls semua terjah ke i-city, ~wink wink.
Di bersebelahan taman itsy bitsy, selain daripada hotel i-city, terdapat juga kedai kopitiam dan 5D Cinema yang juga menarik untuk dikunjungi.
Antara Tempat Menarik di i-city
Ada "Space Walk", terletak berhampiran dengan kawasan "Mist Fountain". Yang mana pengunjung boleh mengayuh sendiri sambil mengelilingi kawasan "Water Dancing" dan "Mist Fountain".
Inilah "Mist Fountain", resapan ais berkabus mengelilingi kawasan ini. Terasa benar-benar nyaman ketika berada di kawasan ini. Bagi saya selain ianya cantik pada padangan manusia, ianya juga salah satu tempat yang boleh membantu terapi minda.
"Dancing water", sesuai dengan nama yangg diberi, tarikan kepada gerakan air yang menari-menari mengikut alunan dan rentak muzik. Sememangnya sangat menghiburkan :=)
Snowalk! Biarpun Malaysia tidak mengalami musim salji, namun kita masih boleh merasai kehadiran salji di sini. Aktiviti yang biasanya dilakukan disini seperti snowman-making, ice-sliding dan "tobogganing".
Sepanjang menyusuri di kawasan i-city kita akan dapat lihat banyak pokok-pokok rimbunan yang dihiasi dengan lampu pelbagai warna. Turut terdapat disini seperti monumen kuda, dinasour dan banyak lagi.
Sesuai dengan taman tema di waktu malam, kebanyakan monumen di sini mempunyai lampu yang bercahaya sekaligus menjadikannya sangat menarik dan cantik.
Saya dan keluarga sudah merasai keseronokan di i-city, so uollls bila lagi?
"i-city - Perfect Getaway For Family!"
Tarikan Terbaru di i-city, Taman Tema Pilihan Terbaik Seisi Famili!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 22, 2014
Rating:
pantasnya update....yang kat jungle tu main langgar2 pastu i pening lalat sikit. Hehehe....
ReplyDeleteBestnyeeeee..tingin nak gie tp tunggu la mek tembun kite tuh dh boleh jalan..baru sonok nak bawak..hehe
ReplyDeletenampak mcm cosmo indoor theme park..yg penting besh tu!!
ReplyDeleteAwesome..... Nak pergi red carpet.....huhuhu.
ReplyDeleteTak tau plk i city dh jd besh gini. Kena pegi ni. Tq tq bg info :)
ReplyDelete