Entri Tatapan Buat Mak Ayah: Pelancaran Katalog Terbaru Bloom & Grow Sempena Ulangtahun Yang Ke 10!

 
10 tahun rupanya, produk Bloom & Grow sudah berada di pasaran!

Untuk pengetahuan uolls...

Bloom & Grow, antara pengedar terkemuka terbaik bagi jenama barangan bayi, kanak-kanak dan kehamilan di seluruh rantau Asia Pasifik dan China. Dan buat julung kalinya Bloom & Grow telah mengadakan pelancaran katalog tahunan yang pertama sempena menyambut ulang tahun ke-10.



Pelancaran lebih meriah dengan kehadirian selebriti yang telah bergelar ibu, Ning Baizura dan bayinya Ryan, Nana Mahazan bersama anaknya, Aaqib, blogger,Cheesie dan Illy Ariffin dengan anak masing-masing.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Bloom & Grow Group, Alexandra Dickson Leach.

"Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik buat anak-anak kita supaya mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang optimum. Selama sepuluh tahun, kami telah melabur secara berterusan bagi mendapatkan produk yang paling inovatif untuk ibu bapa masa kini. Sebahagian besar produk kami mempunyai reka bentuk menarik supaya dapat melalui saat-saat indah bergelar ibu bapa dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Setiap jenama membawa sesuatu yang unik kepada pasaran. Terima kasih kepada pelanggan yang menyokong serta pasukan kami yang berpengalaman. Kepada pelanggan, kami sentiasa memastikan produk ini terbaik, paling selamat, berkualiti tinggi dan memenangi anugerah nurseri dan kehamilan"
 
Majlis pelancaran ini akan menampilkan rangkaian koleksi Bloom & Grow dengan mengadakan majlis peragaan fesyen oleh ibu yang bergaya serta si kecil untuk memperagakan produk trend terkini untuk para ibubapa khususnya. Turut hadir memberi sokongan ialah Pengarah Jualan Antarabangsa dari Ergobaby, David S. Sullivan  dan Pengurus Pembangunan Jualan Antarabangsa dari The Gro Company, Catina Filardo turut mengadakan demostrasi produk terbaru mereka.

Bloom & Grow mempunyai lebih dari 500 produk daripada 32 jenama terkemuka seluruh dunia. Bloom & Grow memperkenalkan beberapa tambahan rangkaian produk baru yang menarik. Di samping memperkenalkan jenama baru iaitu Orbit Baby dan Krooom, Bloom & Grow turut mempamerkan pelbagai rangkaian berkaitan dan rekaan baru buat jenama sedia ada paling laris seperti Skip Hop, Gro, Oxo Tot, Trunki, Storksak dan FertileMind.

Antara produk-produk yang dipertengahkan dalam katalog Ulang Tahun ke 10:

Orbit Bayi
Daripada bayi yang baru lahir sehingga anak bertatih, Orbit Baby G3 premium adalah sistem fleksibel pilihan buat anda seisi keluarga anda. Orbit Bayi G3 adalah kereta sorong pertama dunia yang boleh berpusing sehingga 360 darjah yang berputar yang membolehkan anak anda menghadap anda  dan membelakangkan anda dengan satu gerakan yang mudah. Barisan produk G3 membolehkan ibu bapa untuk memilih dari kereta keselamatan bayi, tempat duduk kereta sorong bati, bassinets, pilihan penyimpanan, pelbagai pilihan warna, dan berupayaan untuk menukar kereta sorong tunggal menjadi kereta sorong berganda. Ibu bapa boleh memilih yang sesuai dengan membuat dan menyesuaikan sistem perjalanan peribadi modular supaya memberikan keselesaan kepada bayi dan memudahkan perjalanan pelancongan yang anda seisi keluarga.



Harga:      G3 Stroller Base                           RM2,599
G3 Stroller Seat                           RM1,299
G3 Group Seat                             RM2,299
G3 Stroller Sunshade                  RM365
Cargo Basket                RM365

Boleh didapati di Mothercare, Bebehaus, BebeTotz, Poppies

Ok...ai nak kongsi keterujaan melihat stroller terbaru ini...



 
Ianya yang terbaru dan yang menariknya jika kita mempunyai bayi dan anak kecil yang masih memerlukan stroller :)

Ada dua seat yang berbeza..
Nampak begitu selesa..
  
Paling praktikal ianya mudah dipasang dan ditanggalkan..
Dipusingkan samada kerusi mahu berhadapan antara satu sama lain...

Dan seiring zaman teknologi ini...
Kanak-kanak juga boleh bermain atau menonton siri kegemaran kartun mereka di ipad!

Bestkannnnnnnnnnnnnnnnn




The Gro Company
The Gro Company merupakan syarikat British yang memperkenalkan jenama produk untuk bayi tidur lebih selamat. Ia dilancarkan dengan koleksi grobag dengan rekaan corak dan warna yang ceria. Grobag menyediakan penyelesaian ruang tidur yang selamat dan selesa untuk bayi. Rangkaian produk baru termasuk kerjasama reka bentuk eksklusif dan didatangkan dengan reka bentuk British Anorak.


 Ok, nanti ai nak buat review produk ni..jangan lupa cikedaut ya uolls dalam blog picisan ai hehehe



Harga: RM219 – RM249
Boleh didapati di: E TinyToes Concept



Trunki

Baru-baru ini, jenama Trunki memperluaskan rangkaian yang ada. Tampil dengan rangkaian produk tambahan  terbaru Trunki yang comel dan ceria iaitu  Rosie Trunki dan George Trunki. Ia sememangnya ringan didatangkan dengan fungsi 3-in-1 iaitu sebagai beg bagasi, permainan menunggang dan menjadi penangkutan kecil buat anak anda. Pastinya percutian anda seisi keluarga memberikan pengalaman yang menarik  buat anak anda.

Harga: RM219

Boleh didapati di: Poppies

  

BoostApak, 2-in-1 booster seat, memastikan anak anda selamat dan selesa semasa  perjalanan dengan kereta. Trunki memperkenalkan produk baru Hello Kitty Boostapak dan Lotus Boostapak. Produk baru ini, Hello Kitty Boostapak direka khas untuk puteri kecil anda manakala Lotus BoostApak khusus dibuat untuk memberikan anak lelaki anda merasai seakan memandu Grand Prix sebenar.


 Uollls bayangkan, dari ala-ala rupa beg..


Boleh bertukar menjadi tempat duduk yang selamat dan selesa di dalam kereta :)  

Harga: RM449          
Boleh didapati di: Bebe Totz
               

Skip Hop
Skip Hop adalah produk yang boleh dibawa ke mana-mana sama ada waktu makan, waktu mandi, waktu bermain dan menjadi hiasan nurseri. Skip Hop memperluas rangkaian dengan reka bentuk yang inovatif untuk membuat ibu bapa lebih gembira.
Untuk para ibu bapa, beg lampin serbaguna Duo Signature yang telah dipebaharui ke peringkat seterusnya dengang fungsi dan gaya yang menarik.


Harga: RM284.00
Boleh didapati di: Bayi Dots, Babyland, Moms Touch



Pengguna produk Skip Hop akan turut menyukai  produk yang mempunyai pelbagai fungsi tambahan produk makanan bergaya dan produk untuk bermain bagi rangkaian Zoo.  Tambahannya termasuk payung kecil, baju hujan, bekas tahan panas, bekas set makan tengah hari dan cawan snek.

Harga:     Payung                                             RM74.90
                Baju hujan                                        RM199

                Bekas tahan panas                          RM89

                Set makanan tengah hari                RM54.90

                Cawan snek                                     RM39.90


Boleh didapati di : Cotton Candies, Littlewhiz, Bebetotz, Papa Mama Online
  
Grohush, bantuan tidur inovatif yang baru dilancarkan merupakan alat bantu yang menenangkan bayi anda apabila mereka meragam atau menangis. Grohush direka cipta untuk menenangkan bayi anda bagi menyediakan ruang persekitaran yang selesa dan tenang apabila setiap kali anda membantu anak anda untuk tidur.

See, Illy dan baby Sofea...comelkan....


Produk adalah seperti gambar di atas ini (secara dekat)

Harga: RM199

 
Tangan kecil juga boleh tetap aktif dengan watak-watak yang berwarna-warni seperti Bandana Buddies, Rattle & Play dan banyak lagi mainan yang menyeronokkan.

Harga: RM89
Boleh didapati di: Camomile Spring

Dan lain-lain...




Tebal uolls katalog ini...erkkk 208 mukasurat!

VIPs, selebriti jemputan dan model :)


 
Model dihati mummy, heheheh

Untuk pengetahuan uolls, di Malaysia, antara peruncit Bloom & Grow adalah Mothercare, Bebehaus, Fabulous Moms, Happikiddo, Baby Loft, One Baby World, Poppies, Happy Mums dan kedai ibu dan bayi terkemuka di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bloom & Grow, sila layari www.bloomandgrowasia.com atau laman sosial Facebook www.facebook.com/bloomandgrowasia dan www.facebook.com/smartmumasia yang menyediakan pelbagai maklumat dan info keibubapaan. 

Tq Bloom & Grow atas jemputan...

Entri Tatapan Buat Mak Ayah: Pelancaran Katalog Terbaru Bloom & Grow Sempena Ulangtahun Yang Ke 10! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 30, 2014 Rating: 5

4 comments:

  1. Boleh la start shopping 1 tahun lagi kot.. hehehehehhe

    ReplyDelete
  2. Shopping memang sangat menyenangkan

    ReplyDelete
  3. tengah google2 jumpa plak entri ni :) hehee bole tahan lama gak tak jumpa n borak2 haha <3

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.