MATHBRAIN – BAGI KANAK-KANAK BERMAIN UNTUK BELAJAR 5 KEMAHIRAN OTAK DAN MENGUASAI MATEMATIK
Adakah anda
tahu bahawa kebolehan menguasai Matematik bukan sekadar dilahirkan dengan bakat
yang betul, atau mempunyai kemahiran ingatan hafalan yang luar biasa?
Jeng jeng jeng
Dari seawal
empat tahun, kanak-kanak boleh dilatih untuk membangunkan lima kebolehan
pembelajaran otak (lihat diatas) untuk memberikan mereka asas yang betul supaya cemerlang
dalam Matematik dan juga kemahiran hidup yang lain. Dalam erti kata lain,
Matematik boleh dikuasai dengan membangunkan MathBrain.
Program MathBrain bekerja bersama proses pembelajaran
semula jadi otak, programnya direka dengan penggunaan kurikulum Bermain untuk
Belajar Matematik Veda yang dilengkapi dengan kaedah Pembelajaran berasaskan
Otak.
Karen Kwan dan Associate
Professor Dr. Tay Choo Chuan di Pelancaran Program MathBrain
"Kanak-kanak
belajar dengan lebih berkesan apabila mereka terlibat sepenuhnya dalam subjek
berkenaan. Oleh itu, kaedah pembelajaran tradisional yang berasaskan
semata-mata pada penghafalan dan latih tubi perlu berubah untuk menggabungkan
elemen-elemen yang memperkayakan lima kebolehan otak asas - perhatian, kelajuan
pemprosesan, pemikiran logik, ingatan dan visual. Dengan penaakulan kognitif yang dipertingkatkan, ia adalah
lebih mudah untuk kanak-kanak menyerap konsep abstrak dan mengamalkan konsep
tersebut semasa menyelesaikan masalah, biarpun di dalam atau di luar bilik
darjah," Dr Caroline Kwok, Pengasas Institut MegaBrain, Hong Kong menyatakan.
Karen Kwan menerangkan dengan terperinci mengenai MathBrain.
Menurut Cik Karen Kwan, pencipta istilah MathBrain
dan kurikulumnya, kanak-kanak yang membangunkan MathBrain akan dapat mengumpul maklumat yang tepat daripada masalah
matematik, memahami hubungan antara nombor dan simbol berangka, menghuraikan
pelbagai penyelesaian kepada masalah dan menggunakan formula yang sesuai dengan
tepat dan cepat.
"Program
MathBrain membolehkan kanak-kanak mendahului dalam kehidupan dengan melatih
mereka berfikir secara holistik apabila menyelesaikan masalah. Mereka belajar
Matematik dengan cara yang menyeronokkan dan dinamik melalui pelbagai aktiviti
berasaskan permainan dan mempunyai peluang untuk bekerja dan bermain sebagai
satu pasukan sementara membina kemahiran hidup yang penting seperti kemahiran
komunikasi dan antara perorangan yang akan memanfaatkan mereka pada masa
hadapan," tambah Karen.
Media mencuba MathBrain dengan menyelesaikan 12 soalan Vedic Math kurang dari 1 minit.
Bercakap tentang kepentingan pembelajaran Matematik
dengan pendekatan yang betul, Profesor Madya Dr Tay Choo
Chuan dari Universiti Teknikal Malaysia, Melaka berkata, "Matematik
adalah subjek utama yang kanak-kanak perlu kuasai kerana ia menjadi teras
kepada banyak subjek lain yang perlu difahami apabila mereka semakin dewasa.
Sebagaimana yang ramai katakan, segalanya di sekeliling kita adalah Matematik.
Pembelajaran dengan teknik yang betul adalah penting, kerana pelajar akan kekal
bermotivasi untuk terus belajar sepanjang tempoh pendidikan formal mereka dan
selepas tempoh tersebut. Oleh itu, asas mereka adalah penting."
Karen Kwan dan Associate
Professor Dr. Tay Choo Chuan bersama team Math Monkey (Malaysia)
Program MathBrain boleh didapati di pusat
perkembangan Berteraskan Pelajar, Math Monkey Malaysia. Maklumat mengenai
program MathBrain boleh diperolehi
dari www.mathmonkey.com.my.
*****************************
Mengenai Math Monkey
Math Monkey ditubuhkan oleh pendidik kanak-kanak Amerika, Kirsten Fisch.
Francais bermula di Florida, Amerika Syarikat pada tahun 2006. Kini, terdapat
30 pusat Math Monkey di seluruh Asia termasuk Singapura, Indonesia, Thailand,
Hong Kong, Brunei dan Malaysia. Math Monkey Malaysia ditubuhkan pada tahun 2007
dan kini mempunyai 12 pusat yang terletak di pelbagai tempat di seluruh negara.
Mengenai MathBrain
Pada tahun 2012, Pengarah Math Monkey Asia yang berpusat
di Hong Kong, Cik Karen Kwan, memperkenalkan konsep MathBrain akibat daripada
hasil penyelidikan dan pembangunan yang menyeluruh dan berterusan beliau. Ini
kini merupakan strategi utama untuk membangunkan kebolehan otak kanak-kanak
dari kecil untuk menyelesaikan masalah matematik dengan mudah.
Dengan mengumpil pada proses pembelajaran semula jadi
otak, kurikulum Bermain untuk Belajar
Matematik Veda Math Monkey yang unik dan dilengkapi dengan kaedah Pembelajaran berasaskan
Otak mendorong kanak-kanak kecil belajar dan membangunkan 5 kebolehan otak
mereka – perhatian, visual, pemikiran logik, ingatan dan kelajuan pemprosesan.
MathBrain adalah kebolehan untuk mengumpul maklumat
yang tepat dari masalah matematik, memahami hubungan antara nombor dan simbol
berangka, menghuraikan pelbagai cara yang mungkin untuk menyelesaikan masalah
dan menggunakan formula yang sesuai untuk menyelesaikannya dengan tepat dan
cepat.
MATHBRAIN – BAGI KANAK-KANAK BERMAIN UNTUK BELAJAR 5 KEMAHIRAN OTAK DAN MENGUASAI MATEMATIK
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 07, 2014
Rating:
Time to count for the kids..
ReplyDeleteA blogger reward for you: http://cre8tonebabe.blogspot.com/2014/10/liebster-award.html