Pelbagai Alternatif Untuk Berubat | My Ameer Yang Batuk Teruk
Masa Ameer menginjak usia 2 bulan..
Betul2 lepas hari yang beliau kena jab/cucuk untuk 2 bulan..
My Ameer kena selesema dan batuk yang agak teruk :(
So ai pun buat beberapa kajian mengenai cara rawatan tradisi, ini kerana ai memang nak mengelak mengambil ubatan dari hospital. Sebab ai pernah baca dari "somewhere" yang kita apatah lagi bayi jangan diberikan ubatan hospital takut terlalu bergantung...nanti sampai ke tua bergantung kepada ubatan terutama antibiotik..
So antara cara tradisi saya amalkan..
1. Lumurkan kapur bersama daun kaduk di dada My Ameer....Dah memang macam kuih tepung gomak dah ghupanya... 3-4 hari ai amalkan setiap hari siang dan malam..
2. Ai letakkan bawang putih yang ditumbuk lumat digaul bersama minyak olive di dada Ameer. Takde improvement, seminggu saya cuba sampai satu bilik lekat dengan bau bawang putih huhuhu...
3. Remedi cara 3 ni agak stress jugak, ai rebus air bawang putih. Lepas tu stim ke mulut Ameer..ala-ala neb cara tradisional. Ok, yang ni baguihhnya lepas stim, beliau akan kuarkan angin dan buang air besar. So, ai cam rasa mungkin kuman/lendir batuk akan turut keluar dengan najis..
Pada masa yang sama, ai cuba ubat hamopathi. Kena makan 2 jam sekali..dalam 6 jenis ubat....
2 minggu batuk my Ameer makin teruk...
Ai terus bawa pergi Klinik Paedetrik Adek Shah Alam. Klinik ini sangat pamos (uolls try gugel), disebabkan Dr. Hamdan yang merawat tu memang pakar dan juga persekitaran dalam klinik yang juga mesra kanak-kanak, Klinik dibuka seawal 9 pagi, tapi pukul 8.30 pagi ramai dah beratur nak jumpa doktor. Ada satu masa tu, ada ibubapa dari Ipoh bawa anak mereka ke sini untuk bertemu dengan Dr. Hamdan. Kebetulan masa menerima rawatan ramai pesakit kanak2 baya Ameer yang juga mengalami batuk dan selsema.
Memang setiap pesakit bila jumpa dengan doktor ni akan mengambil masa 20 minit ke atas. Ikut kes. Kadang2 lama juga. Macam My Ameer ni, doktor kata. kahak dier agak terkumpul di sebelah kanan paru-paru. So, Doc ada mengesyorkan kepada ai kalau nak buat sendiri die akan beri pinjam mesin dan ai hanya banyak kos ubat. Dan rawatan ini adalah sama sepertimana di hospital. Neb setiap 3 atau 4 jam, 3 hari berturut-turut. Memandangkan My Ameer tak demam jadi ai bersetuju untuk hanya neb Ameer secara konsisten di rumah
Neb 3 hari berturut-turut diikuti ubat yang disyorkan. Dan kini my Ameer pulih sepenuhnya.
Peringatan buat diri juga ni...kalau sakit terutama bayi memang makan masa untuk pulih. Memang kena sabar. Walaupun ramai yang syorkan pelbagai remedi tradisi, ai akan cuba tapi kalau ianya tak berkesan ke atas anak memang ai kena tukar opt yang lain.
Sebaik-baiknya kita kena elakkan ubat yang ada "drug" :(
Kesimpulannya "mencegah lebih baik daripada mengubati"..
So start dari hari my Ameer batuk, ai dan Ameer dah tak tido dalam bilik berhawa dingin lagik...
Anak sakit ibubapa mana yang tak susah hatikan? huhuhu
Pelbagai Alternatif Untuk Berubat | My Ameer Yang Batuk Teruk
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 09, 2014
Rating:
Alahai, kesian Ameer.. Tapi Alhamdulillah, Ameer dah sihat.. ^^,
ReplyDeleteRosmiza Ali Official Blog™
tq auntie rosmiza
ReplyDelete