Pilih dan Teka Gaun Mempesona, Yang digaya Duta Jenama LUX Nur Fazura, Berpeluang Menang Myvi Percuma! Memang Ohsem!
Lux telah mengeluarkan produk kecantikan
sejak 1925, apabila ia melancarkan sabun kecantikan pertama di dunia untuk
pasaran besar-besaran, ”made like the
costliest French soap” ("diperbuat seperti
sabun Perancis yang paling mahal"). Sejak itu, ia dikaitkan dengan lebih daripada 400 pelakon paling
glamor di dunia, daripada Elizabeth Taylor dan Marilyn Monroe sehinggalah
Aishwarya Rai dan Shu Qi, untuk menjadikannya sabun paling laris di dunia, yang
menggembirakan wanita di lebih100 negara setiap hari.
Di Malaysia, duta jenama Lux termasuklah
bintang seperti Amy Mastura, Sheila Majid, Fauziah Latiff, Erra Fazira dan paling
terkini, Nur Fazura.
Turut sama menghadiri pelancaran peraduan terbaru dari LUX ialah Siti Suhaila Abd Hamid, Pengurus Jenama, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd dan Nur Fazura duta bintang LUX.
Berucap pada majlis pelancaran, Siti Suhaila
Abd Hamid, Pengurus Jenama, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd. berkata,
“Kami mahu
setiap orang menikmati pengalaman mandian yang hebat dan indah menerusi
rangkaian Koleksi Klasik Lux Yang Baru Dengan Wangian Eksklusif, yang diadun
dengan nota haruman bunga-bungaan yang indah dan SilkEssence™ yang melembutkan.
Di samping itu, kami juga mahu menggalakkan para pengguna kami untuk mencuba
rangkaian sabun klasik dan mandian badan yang diperbaharui menerusi peraduan
ini. Mereka boleh memilih sama ada untuk menyertainya menerusi halaman Lux
Facebook kami atau menggunakan borang penyertaan yang boleh didapati di kedai
terpilih berhampiran.”
Berita baik unuk semu peminat jenama kecantikan ikonik Lux! Uolls berpeluang untuk memenangi sebuah Perodua
Myvi atau salah sebuah daripada lima Vespa selain daripada beberapa hadiah lain
menerusi peraduan Lux
Fabulous yang sedang diadakan di seluruh negara. Memang besh uolls!!
Pertamanya, uolls kena beli produk Lux sekurang-kurangnya RM20, layari https://www.facebook.com/LuxMalaysia..
DAn uolls kena memilih
dan menyusun gaun Fazura yang begitu cantik dan mempesona mengikut turutan
berdasarkan apa yang dirasakan paling popular. Penyertaan yang sepadan dengan
turutan paling tepat berserta catatan mengenai detik haruman yang paling hebat
akan berpeluang untuk memenangi Perodua Myvi dan hadiah-hadiah lain seperti gambar diatas :=)
Apabila
semua keputusan sudah diperoleh dan dikira, para peserta dengan padanan paling
hampir kepada keputusan keseluruhan dan mempunyai jawapan paling unik dan
kreatif tentang detik haruman yang paling hebat akan memenangi hadiah utama
iaitu sebuah Perodua Myvi yang baru! Pemenang hadiah pertama pula akan
memenangi salah sebuah daripada lima Vespa, manakala tempat kedua berpeluang
untuk menonton tayangan filem ‘Manisnya Cinta’ bersama Nur Fazura, yang
dijadualkan ditayangkan pada 11 Disember 2014. Akhir sekali, 50 pemenang tempat
ketiga akan membawa pulang bekalan produk Lux selama setahun-->>pehh uolls akan wangi sepanjang tahun, hiks
Ok, uolls ai dah join satu entri.....
(Berdoalah untuk vespa pink itewww, heheheh)
Koleksi Klasik Lux Yang Baru Dengan Wangian
Eksklusif telah dilancarkan pada awal tahun ini dan kini boleh
didapati di semua rangkaian kedai utama. Lux 950ml berharga RM17.90 dan 220ml
berharga RM6.00 manakala pek isian
semula 600ml berharga RM8.90.
Untuk pengetahuan uolls, jenama Lux sentiasa percaya bahawa kecantikan bukanlah
semata-mata melibatkan kerja keras tetapi ia juga mengenai kenikmatan –
perasaan hebat yang dihasilkan dari saat anda melangkah ke bilik mandian,
sehinggalah keseronokan apabila menjadi perhatian. Lux sentiasa berusaha untuk
memberikan yang terbaik dalam aspek kecantikan yang mampu dimiliki setiap
wanita di dunia – dengan menyediakan nikmat yang luar biasa menerusi pengalaman
mandian dan penjagaan diri serta mencetuskan inspirasi kepadanya untuk berasa
menawan dan yakin dengan kulitnya sendiri setiap hari! Rangkaian penjagaan
kulit Lux dirumuskan untuk membelai, apatah lagi digabungkan dengan haruman menawan dihasilkan oleh
pakar haruman terbaik di dunia, ianya akan membangkitkan deria rasa dan membuatkan
anda tidak ternilai dan sungguh berharga setiap hari.
Tidak hairanlah melihat penampilan Fazura sendiri, ai dapat lihat betapa Fazura mempunyai aura tersendiri, penampilan menarik serta sentiasa bersemangat!
Pilih dan Teka Gaun Mempesona, Yang digaya Duta Jenama LUX Nur Fazura, Berpeluang Menang Myvi Percuma! Memang Ohsem!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 27, 2014
Rating:
fazura gorgoeus
ReplyDeletedua dua pun gorgeous....
ReplyDeleteharap one day boleh buat winning entry contest ni ... er, join nya pun tak, baru terkedek-kedek nak baca
ReplyDeletenak join tp lom beli pop hehhehe
ReplyDeletevespa pink tu menggoda
ReplyDeletecantik pic black n white :D
ReplyDelete