Pilih dan Teka Gaun Mempesona, Yang digaya Duta Jenama LUX Nur Fazura, Berpeluang Menang Myvi Percuma! Memang Ohsem!

Lux telah mengeluarkan produk kecantikan sejak 1925, apabila ia melancarkan sabun kecantikan pertama di dunia untuk pasaran besar-besaran, ”made like the costliest French soap” ("diperbuat seperti sabun Perancis yang paling mahal"). Sejak itu, ia dikaitkan dengan lebih daripada 400 pelakon paling glamor di dunia, daripada Elizabeth Taylor dan Marilyn Monroe sehinggalah Aishwarya Rai dan Shu Qi, untuk menjadikannya sabun paling laris di dunia, yang menggembirakan wanita di lebih100 negara setiap hari.

Di Malaysia, duta jenama Lux termasuklah bintang seperti Amy Mastura, Sheila Majid, Fauziah Latiff, Erra Fazira dan paling terkini, Nur Fazura.


Turut sama menghadiri pelancaran peraduan terbaru dari LUX ialah Siti Suhaila Abd Hamid, Pengurus Jenama, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd dan Nur Fazura duta bintang LUX.

Berucap pada majlis pelancaran, Siti Suhaila Abd Hamid, Pengurus Jenama, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd. berkata, 

“Kami mahu setiap orang menikmati pengalaman mandian yang hebat dan indah menerusi rangkaian Koleksi Klasik Lux Yang Baru Dengan Wangian Eksklusif, yang diadun dengan nota haruman bunga-bungaan yang indah dan SilkEssence™ yang melembutkan. Di samping itu, kami juga mahu menggalakkan para pengguna kami untuk mencuba rangkaian sabun klasik dan mandian badan yang diperbaharui menerusi peraduan ini. Mereka boleh memilih sama ada untuk menyertainya menerusi halaman Lux Facebook kami atau menggunakan borang penyertaan yang boleh didapati di kedai terpilih berhampiran.”

Berita baik unuk semu peminat jenama kecantikan ikonik Lux! Uolls berpeluang untuk memenangi sebuah Perodua Myvi atau salah sebuah daripada lima Vespa selain daripada beberapa hadiah lain menerusi peraduan Lux Fabulous yang sedang diadakan di seluruh negara. Memang besh uolls!!

Pertamanya, uolls kena beli produk Lux sekurang-kurangnya RM20, layari https://www.facebook.com/LuxMalaysia..

DAn uolls kena memilih dan menyusun gaun Fazura yang begitu cantik dan mempesona mengikut turutan berdasarkan apa yang dirasakan paling popular. Penyertaan yang sepadan dengan turutan paling tepat berserta catatan mengenai detik haruman yang paling hebat akan berpeluang untuk memenangi Perodua Myvi dan hadiah-hadiah lain seperti gambar diatas :=)

Apabila semua keputusan sudah diperoleh dan dikira, para peserta dengan padanan paling hampir kepada keputusan keseluruhan dan mempunyai jawapan paling unik dan kreatif tentang detik haruman yang paling hebat akan memenangi hadiah utama iaitu sebuah Perodua Myvi yang baru! Pemenang hadiah pertama pula akan memenangi salah sebuah daripada lima Vespa, manakala tempat kedua berpeluang untuk menonton tayangan filem ‘Manisnya Cinta’ bersama Nur Fazura, yang dijadualkan ditayangkan pada 11 Disember 2014. Akhir sekali, 50 pemenang tempat ketiga akan membawa pulang bekalan produk Lux selama setahun-->>pehh uolls akan wangi sepanjang tahun, hiks

Ok, uolls ai dah join satu entri.....
(Berdoalah untuk vespa pink itewww, heheheh)
Koleksi Klasik Lux Yang Baru Dengan Wangian Eksklusif telah dilancarkan pada awal tahun ini dan kini boleh didapati di semua rangkaian kedai utama. Lux 950ml berharga RM17.90 dan 220ml berharga  RM6.00 manakala pek isian semula 600ml berharga RM8.90.
Untuk pengetahuan uolls, jenama Lux sentiasa percaya bahawa kecantikan bukanlah semata-mata melibatkan kerja keras tetapi ia juga mengenai kenikmatan – perasaan hebat yang dihasilkan dari saat anda melangkah ke bilik mandian, sehinggalah keseronokan apabila menjadi perhatian. Lux sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam aspek kecantikan yang mampu dimiliki setiap wanita di dunia – dengan menyediakan nikmat yang luar biasa menerusi pengalaman mandian dan penjagaan diri serta mencetuskan inspirasi kepadanya untuk berasa menawan dan yakin dengan kulitnya sendiri setiap hari! Rangkaian penjagaan kulit Lux dirumuskan untuk membelai, apatah lagi digabungkan dengan haruman menawan dihasilkan oleh pakar haruman terbaik di dunia, ianya akan membangkitkan deria rasa dan membuatkan anda tidak ternilai dan sungguh berharga setiap hari. 

Tidak hairanlah melihat penampilan Fazura sendiri, ai dapat lihat betapa Fazura mempunyai aura tersendiri, penampilan menarik serta sentiasa bersemangat!

Untuk maklumat lanjut, layari halaman Lux Facebook www.facebook.com/LuxMalaysia.
Pilih dan Teka Gaun Mempesona, Yang digaya Duta Jenama LUX Nur Fazura, Berpeluang Menang Myvi Percuma! Memang Ohsem! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 27, 2014 Rating: 5

6 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.