Jom Cuti-cuti Ke Macau!
MACAU destinasi pelancongan yang
sentiasa menjadi tarikan pelancong setiap tahun. Keunikan Negara MACAU sendiri
sebagai sebuah Bandar yang berkembang maju, namun masih mengekalkan ciri-ciri
estetika mampu menarik ramai pelawat untuk datang berkunjung saban tahun.
Bagi saya sendiri, apa yang menarik
minat saya untuk menjejakkan kaki di bumi MACAU atas alasan-alasan seperti berikut :)
1.
Acara dan perayaan yang unik
terdapat di MACAU
2.
Makanan tempatan yang bervariasi
3.
Disenaraikan sebagai “UNESCO WORLD
HERITAGE SITES”
4.
Keseronokan tanpa batasan (persembahan
dan aktiviti penuh cabaran)
5.
Kepelbagaian aksesibiliti
Cikedaut!
Acara
dan perayaan yang unik terdapat di MACAU
Acara dan perayaan yang unik terdapat
di MACAU antara lain seperti “Dragon Boat Festival” yang mana acara ini
dijalankan di Tasik Nam Van. Acara sukan dijalankan adalah seperti “Valleyball Grand Prix’,
“Macau Gand Prix”, “Macau International Marathon dan Macau International Half
Marathon” dan banyak lagi.Paling menarik disini “Mid-Autumn Festival”! Biarpun di Malaysia juga ada meraikan perayaan ini, namun di Macau ini antara acara festival yang sememangnya sangat meriah dan ditunggu oleh penuduk tempatan negara itu. Kanak-kanak akan meraikan dengan bermain “lantern” yang pelbagai rupa bentuk dan juga kek bulan yang diperbuat daripada biji teratai antara yang menjadi popular di karnival ini.
Makanan
tempatan yang bervariasi
Menurut rujukan saya dari laman web.
Di Macau terdapat pelbagai jenis makanan tempatan yang popular. Namun yang paling popular ialah “Portugese Egg
Tart”. Kuih tradisional ini sangat mudah untuk dijumpai di Macau. Dan ianya
sememangnya kuih yang akan dicari oleh pelaawat-pelawat yang datang ke Macau.
Bagi peminat “steamboat”, di Macau
uolls akan merasai sendiri kemeriahan makanan ini terutama di sekitar Jalan
Chinese Street. Pelbagai bentuk uolls, semuanya menarik. Ianya dimerupakan snek ikan, variasi jenis tauhu dan macam-macam lagi.
Antara hidangan yang menjadi feveret pelancong yang gemarkan makanan yang mudah
dan enak.
Disenaraikan
sebagai “UNESCO WORLD HERITAGE SITES”
Sejarah Negara Macau sendiri bila
kita pelajari terdapat berlakunya pertembungan budaya sejak dari pemerintahan Portugis yang
bermula pertengahan Abad ke-16 sehingga tahun 1999. Secara tidak langsung terdapat
2 budaya iaitu masyarakat Cina (penduduk tempatan asal) dan juga budaya
Portugis. Ini jelas kelihatan melalui makanan, kebudayaan dan juga
bangunan-bangunan lama yang masih dikekalkan di Macau.Rekaan bangunan lama yang masih klasik dengan warna-warna pastel dan cerah menjelaskan betapa uniknya lestari sejarah yang pernah dilakarkan di Macau.
Keseronokan
tanpa batasan (persembahan dan aktiviti penuh cabaran)
Pelancong yang melawat Macau
tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman menaiki
gondola sterusnya menyusuri laluan air Hotel Resort Venetian Macau. Dengan keindahan
rupa bina hotel yang klasik serta beberapa kedai di sini menjadikan suasana
pelayaran begitu romantis dapat dirasai. Terasa di Venice pun ia juga!Masyarakat Cina tidak kira di mana bumi mereka berada, tidak pernah lari dengan tarian tradisional masyarakat yang diwarisi sejak zaman-berzaman. Dan apa yang menarik di Macau, disebabkan pertembungan budaya Cina dan Portugis. Kebanyakan tarian mereka mempunyai elemen dua buadaya ini. Menarik bukan?
Selain itu, “Bungee Jump” dari “Macau Tower” juga menjadi tarikan pelancong terutama bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan penuh cabaran. Sangat ekstrem uolls… Tapi berpeluang merasai terjunan dari antara menara tertinggi di dunia memang satu pengalaman yang begitu mengujakan dan tidak mampu untuk dilupakan.
Kecantikan Bandar Macau pada waktu malam yang begitu mempersonakan. Betapa kepesatan pembangunan dengan
masih mengekalkan kebudayaan yang unik dan juga peninggalan sejarah yang
berharga menjadikan Macau antara destinasi yang menjadi tumpuan ramai pelancong
luar Negara termasuklah rakyat Malaysia.
Paling besh! Untuk ke Macau
kepelbagaian aksesibiliti pengangkutan ada ditawarkan. Samada melalui perjalanan
udara, dan untuk pengetahuan uolls dari Kuala Lumpur ke Macau sahaja sudah mempunyai 17 penerbangan setiap
minggu. Dan jika anda sukakan percutian pelayaran, Macau juga antara destinasi
yang boleh dituju!
Di sini ada berita baik untuk
uollss..
Yep uollls teristimewa buat Nuffies
semua. Macau Government Tourist
Office (MGTO)
dengan kerjasama Nuffnang telah
berbesar hati menganjurkan peraduan percutian ke Macau!
Ini adalah serius uolls, sekiranya uolls
ingin memenangi trip ditaja penuh ke Macau 3Hari 2Malam, uolls boleh sertai dengan menulis di blog dan laman web
memasing…
- Kenapa uollls nak pergi sesangat ke
Macau (tulis biar bagi feel sikit, ahaks) atau/dan
- Uolls masukkan dalam entri 3 antara elemen yang
disenaraikan di bawah, untuk menjelaskan betapa pelbagai aktiviti dan tempat
menarik di Macau.
·
Acara dan festival
·
Makanan
·
UNESCO Heritage Sites (nil eh uolls
gugel)
·
Produk pelancongan
·
Hiburan
Jika uools pernah ke Macau, uools juga
boleh tulis entri yang menarik di Macau dan seterusnya mengajak pembaca uollls
untuk join sama.
Selain dari ditaja sepenuhnya
(kecuali duit shopping uools), bagi warganegara Malaysia (kita-kita semua) tidak
perlu membuat visa ya! Perlu diingatkan juga di dalam entri uolls nanti, adalah tidak digalakkan untuk
berkongsi tentang kasino, perbandingan Negara lain contohnya seperti Hong Kong,
China secara keterlaluan dan perkara-perkara yang sensitif dan negatif mengenai
Macau :p. Please be very positif uolls, hiks
Setiap pemenang perlu menulis entri
mengenai trip mereka ke Macau dan berkongsi di laman sosial masing-masing.
Peraduan ini bermula dari 20 Oktober dan berakhir 23 November 2014.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
Macau boleh klik-> Macau Government Tourist
Office (MGTO) http://www.macautourism.gov.mo/ atau FB https://www.facebook.com/MY.Macau
Untuk keterangan lanjut
serta entri terbaik mengenai MACAU uools boleh dihantar ke link ini http://blog.nuffnang.com.my/2014/10/20/macau-your-way-to-an-experience-of-a-lifetime/
Yuk, ke MACAU kita!
Jom Cuti-cuti Ke Macau!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 03, 2014
Rating:
Macam boleh join je contest ni madam.. hehe .. untuk kaki travel especially. huhuhu
ReplyDeleteNina...silalah join ya hahaha
ReplyDeletekalau creative blog entries..pyh nak celen eggyolk
ReplyDeleteCantiknya waktu malam di Macau..kelass sangat. Kalau ada unsur-unsur Portugis, tariannya macam org Portugis kat Melaka la sikit2 agaknya kan
ReplyDeleteBest kannn... tak try tak tahu.... All the best dear Ayu!!!!
ReplyDeleteIndah,,tempat yang pantas untuk dikunjungi.
ReplyDelete