Bali : Minum Kopi Bervariasi

Kalau ke Bali,
Tak pekena kopi,
Orang kata rugi,
Kalau dah pekena sekali,
Pasti nak repeat lagi..

Eh eh eh, erkkkk
Ai ke sini uollls....
Semata nak tengok beberapa ekor ayam kampung, tengok anak musang dan cicak genko (adake, ke ai yang buat cerita) hahahahahahhaha
Macam biasa My Ameer akan buat muka kagum kuasa dua..
Bila tengok haiwan jinak yang dibela di sini...

Takde maknanya jinak kalau diletakkan dalam sangkar kan, kahkahkahakah

Cuma yang ini jer yang jinak :p


Ada aku kesah?
Hahahahaha
Yang bagusnya di sini, kami boleh mencuba segala teh atau kopi yang ada dijual..
Lepas dah cuba boleh decide samada nak beli atau nak minum secawan free tanpa rasa bersalah, haha..

My MIL, cam biasa pergi mana-mana jadi pamos
Sebab ramah dan suka berkongsi cerita..


My Amani pulak suka membuat eksperimen sendiri..
Mencuba pelbagai kopi yang dicampur dengan susu, gula dan digaul sebati..

Sekali lagi My Ameer buat muka kagum kat situ...

Oiii ai paling suka Lemon Grass Tea...
Selalu dapat minum tea ni lepas sesi urutan atau berSPA...
Memang benar-benar mampu menenangkan dari kekusutan fikiran..

Kenalkan tea dan Kopi mengikut nama memasing..

Rosela Tea rasanya agak masam2 sikit...
Coconut Tea rasanya berlemak sikit...
Ai pun rasa sikit-sikit..

Yang ni sedaplah juga...
Air koko bebudak suka lah jugak

Lepas tu my Anaqi request nak minum kopi Luwak..
Ya arrr..My Ameer memang buat muka terkagum + terkedu pabila mendengat permintaan abangnya ittew...

Kopi Luwak ni ramai yang kata dari najis musang...
Hmmmmmm...
Memang pun, tapi menurut Pak Apa Ntah Namanya yang menjual kopi di sini, -- kopi yang diproses oleh anak musang tu adalah berlapis-lapis kulitnya..so tak kotor
Katanya lagi ianya juga disahkan HALAL oleh pihak bidang keislaman Indonesia...
Prosesnya seperti di atas...

Meleleh air liuq My Ameer...
Tengok kopi Luwak yang diproses..
Hanya My Anaqi dan My Yana yang cuba..
Kitaorang mampu pandang jer..

Tapi dowang kata...SEDAP...
aishhh

Jumpa pekerja tetap dan antara yang lama di sini...

Lupa nak tanya nama..
Sebab mak cik ni senyap jer buat kerja..
Tengok kamera pun malu-malu...aishhh

Ni biji kopi yang telah digoreng...

Ni adalah biji koko sebelum diproses..

Antara rempah ratus asli yang dijual...

Ai nak sangat batang vanilla ni..
Agak rare nak carik kat Malaysia..
Tapi harganya agak mahal jugak...
Sebab buat kek, muffin tu sebulan sekali pun belum tentu membakarnya, my hubby kata tak yah ngada-ngada nak beli untuk dijadikan perhiasan di dapur semata, kahkahkah


Ni lah musang yang menghasilkan bji kopi luwak....

Erkkk..uolls berani minum tak???

Bali : Minum Kopi Bervariasi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 17, 2014 Rating: 5

4 comments:

  1. ok sajo minum.. janji tak tau itu kopi luwak kan hehhehehehe

    ReplyDelete
  2. kite dh penah smp sini..bestttt..minum kopi sedappp..tp bile dh tau kopi ape terus stop minum..hehehe

    ReplyDelete
  3. i tak minum kopi tp sgt suka minum tea ;)

    ReplyDelete
  4. http://tokoone.com/ekstrak-vanili-bean-halal-untuk-pengharum-kue/

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.