Bali : Sana-Sini Di Pekan Kecil Kuta dan Black Magic!

Pekan Kuta ni selain daripada tumpuan pelancong yang suka menginap di hotel area sini, ianya juga pekan yang berlambakan kedai yang menjual pelbagai jenis cenderamata dan kraftangan dari Bali.
Kedai-kedai antik yang menawarkan hampir barangan yang sama. Terdapat juga kedai SPA yang menawarkan pelbagai rawatan dengan harga yang sangat berpatutan. Tapi ai takdelah berani nak mengurut kat sini, huhuhu..
Terdapat juga kuil-kuil kecil yang unik bersebelahan dengan kedai-kedai kecil di sini...
Ini namanya jalan tikus...
Kecil ajer jalannya, muat-muat untuk sebuah motor jer lalu...
Kedai runcit dan kedai makanan...
Di Bali saya perhatikan selain SPA yang berlambakan, kedai TATTOO juga mendapat perhatian pelancong barat :)
Ok, ai jumpa pembinaan GUARDIAN versi BAli, heheheeh
Mode jakun is activate time ni...
Ok, BALI juga terkenal dengan hasil ukiran, pertukangan dan juga lukisan. Ai takdelah berhenti tanya untuk membandingkan harga. Tapi saya dipahamkan karya seni kanvas di Bali kita boleh dapat harga jauh lebih berbaloi jika dibeli dari Malaysia.
My anaks... Dowang memang berkenan dengan permainan yang kreatif seperti ini. Diperbuat dari aluminium. Kapal ini mampu bergerak dengan menggunakan minyak kelapa. Menarik bukan? Harga RM6 kalau ai tak nyanyuk lagi.
Ni minyak yang digunakan saja ai nak tunjuk, hiks.

Peringatan untuk uolls yang datang bercuti ke Bali...
Jangan sesekali!! Tukar duit di Money Changer di kawasan kedai-kedai kecik seperti di kawasan Kuta. Kalau nak tukar biarlah di money changer yang besar dan ada lesen. 

Kesnya dedet, pergi tukar duit kat salah satu money changer di situ. 
Siap kira beberapa kali depan Dedet, jumlah tukaran adalah betul...
Keluar jer pintu kedai, Dedet kira semula...
Ianya salah, kurang sangat dengan jumlah yang perlu dibagi...
Masuk balik kira depan manusia menipu tu (2 orang), betul...
Pusing belakang, kira salah... Dedet pergi kaunter balik, kira depan dia, betol...
Dia pun siap tolong kira satu2... pun betoi jugak...
Dedet kuar, kira... tak cukup pulak (kurang 500k Rupiah)...
Last Dedet malas argue lagi, sebab tahu beratus kali kira depan diorang mesti betul..
Dah tahu diorang pukau... Something ada kat kaunter tu... 

Last2 fed up kitaorang balik hotel...
Dan receptinonist kat hotel memang citer "Memang selalu macam itu ibu, depan cukup, belakang beda, ianya magik..."

Magik korokmu... huhuhu

Hmmm...kitaorang tak pergi pun lawat kawasan pantai Kuta...
Ditakuti menyimpang akidah, hahahahahahaha
Ai anak lelaki 4 orang hokeh... ngan bapak dowang jadi 5...
So Pantai Kuta adalah kawasan larangan sama sekali!

No entri untuk Pantai Kuta, hiks...

Bali : Sana-Sini Di Pekan Kecil Kuta dan Black Magic! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 23, 2014 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.