Pertandingan Doodle Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan oleh Antabax
Aktiviti mencoret atau doodling kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dan Antabax, rangkaian penjagaan diri antibakteria yang dipercayai dan inovatif, tampil mempopularkan bentuk karya artistik ini dengan menganjurkan Pertandingan Doodle Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan Pertama Kalinya dengan sokongan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Doodle adalah lukisan spontan yang boleh mempunyai pelbagai bentuk daripada corak atau reka bentuk abstrak hingga kepada imej objek, landskap, manusia dan wajah. Sesetengah orang doodle dengan menyurih balik perkataan atau huruf.
Mulanya dipandang rendah dan dianggap membuang masa, kajian-kajian terbaru dalam sains saraf, psikologi dan reka bentuk bagaimanapun mendapati aktiviti doodle boleh membantu dalam memfokus, memahami konsep baru dan menyimpan maklumat.
Pertandingan Doodle Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan Antabax berlangsung dari 1 September hingga 19 Oktober 2014 dan telah menerima lebih daripada 2,000 penyertaan daripada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi dari seluruh pelosok Malaysia yang bersaing bagi merebut wang tunai berjumlahRM22,500.
Bagi menggalakkan lagi peserta untuk berkarya, satu pameran 60 lakaran, 20 daripada setiap kategori, telah diadakan di Balai Seni Visual Negara, dan telah dihadiri oleh peserta finalis serta ahli keluarga, sahabat handai dan guru-guru yang datang dari seluruh pelosok negara bagi memberi sokongan.
Pemenang tempat pertama dalam kategori masing-masing adalah Louis Fong Jin, 12 tahun, dari Help International School (sekolah rendah), Siti Balkis Mahd Salled Masari, 17 tahun, dari SMK Puncak Alam, Selangor (sekolah menengah) dan Mohammad Nur Syafiq Bin Azhar, 22 tahun, dari Universiti Teknologi Mara Bandaraya Melaka (kategori pengajian tinggi). Setiap daripada mereka menerima hadiah RM3,000 dan hamper produk Antabax untuk kreativiti dan kemahiran mereka.
Sekolah Kebangsaan Assunta Satu dari Petaling Jaya muncul sekolah dengan penyertaan terbanyak dengan lebih daripada 399 pelajarnya menghantar penyertaan. Sekolah tersebut menerima wang tunai RM3,000 kerana usaha mereka.
Menurut Pengurus Produk Kumpulan, Isi rumah dan Penjagaan Diri, Bahagian Pemasaran, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Cik Angeline Sim, Pertandingan Mencoret Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan Antabax ini lahir daripada sesi perah otak yang tentu sahaja melibatkan banyak lakaran.
“Ketika sedang merancang program kami yang seterusnya, kami menyedari beberapa orang daripada kami sedang doodling ketika mesyuarat. Kami segera mengkaji dengan lebih lanjut aktiviti doodling dan mendapati ia ada kaitan dengan kesihatan dan kebersihan, terutamanya kebersihan tangan kerana kebanyakan daripada kita menggunakan tangan untukdoodling. Manfaat kognitif dan kreatif aktiviti mencoret pula amat besar. Maka lahirlah Pertandingan Doodle Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan Antabax,” kata Cik Sim.
“Ini merupakan aktiviti yang boleh dilakukan oleh semua orang dan dilakukan mana sahaja kerana ia tidak memerlukan perkakasan khas selain daripada kertas, pen atau pensel. Ia membantu anda melahirkan idea, buah fikiran dan emosi. Kajian menunjukkan bahawa doodle memberi manfaat kepada minda kerana ia membantu menguatkan ingatan bagi mengingat maklumat. Doodle membawa manfaat kepada semua kerana ia membantu menguatkan lagi kaitannya dengan kebersihan tangan,” tambah beliau.
Senarai pemenang:-
Kategori Sekolah Rendah
Pemenang
|
Louis Fong Jin
|
Help International School
|
RM3, 000
|
Kedua
|
Juni Umairah Bt Mohd Afandi
|
SK Bandar Tun Hussein Onn
|
RM2, 000
|
Ketiga
|
Choong Bee Yee
|
SJK (C) Chung Kwok
|
RM1,000
|
Sagu Hati
|
Lim Wei Lyn
|
SK Assunta Satu
|
RM250
|
Sagu Hati
|
Hoh Yi Kang
|
SJK (C) Damansara
|
RM250
|
Kategori Sekolah Menengah:-
Pemenang
|
Siti Balkis Bt Mahd Salleh Masari
|
SMK Puncak Alam
|
RM3, 000
|
Kedua
|
Sia Siew Fong
|
SMK Bandar Sibu
|
RM2, 000
|
ketiga
|
Mohd Imran Bin Mohamad Hasni
|
SMK Bukit Selambau
|
RM1,000
|
Sagu Hati
|
Emily Wee Siao Yin
|
SMK Bandar Sibu
|
RM250
|
Sagu Hati
|
Lau Sing Yi
|
SMK Bandar Sibu
|
RM250
|
Kategori Pengajian Tinggi:-
Pemenang
|
Muhammad Nur Syafiq Bin Azhar
|
Universiti Teknologi Mara
|
RM3, 000
|
Kedua
|
Muhammad Syahmi Bin Shahrom
|
Universiti Teknologi Mara
|
RM2, 000
|
Ketiga
|
Nurul Hanim Bt Muhammad Khairuddin
|
Universiti Malaya
|
RM1,000
|
Sagu Hati
|
Mohammad Fadzli Bin Mohammad Darus
|
Universiti Malaya
|
RM250
|
Sagu Hati
|
Nur Aina Fatini Bt Azaman
|
Universiti Malaya
|
RM250
|
Kategori Penyertaan terbanyak:-
Pemenang
|
Sekolah Kebangsaan Assunta Satu
|
RM3,000
|
Antara karya doodling yang telah memenangi hati juri :)
Untuk maklumat lanjut mengenai Pertandingan Mencoret Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan Antabax, layari www.facebook/NewAntabax.
Pertandingan Doodle Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan oleh Antabax
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 06, 2014
Rating:
hebat-hebat sunguh entry yg menang,mak memang angkat bendera putih awal-awal la
ReplyDelete