Setiap Tilam Mempunyai Cerita Tersendiri

Dengan kehidupan seharian yang sibuk, kebanyakan rakyat Malaysia jarang mengambil masa untuk meluahkan perasaan kepada pasangan masing-masing. Menceritakan tentang perasaan mereka kepada orang yang tersayang diabaikan kerana keutamaan diberikan kepada pelbagai perkara lain. Untuk mencipta permulaan baru dan dengan Tahun Baru yang bakal tiba, Dunlopillo telah memulakan misi untuk mengingatkan pasangan-pasangan di Malaysia tentang kepentingan meluahkan rasa cinta melalui kempen yang diberi nama “Every Mattress Has A Story” dan menjemput rakyat Malaysia berkongsi #MYDunlopilloMoments mereka di laman Facebook Dunlopillo.
Setiap kenangan bersama Dunlopillo pasi ada momen indah yang ditinggalkan..

Empuk dan selesa..

Dunlopillo percaya bahawa tilam bukan sekadar objek yang digunakan untuk tidur. Dengan keselesaan yang diberikan oleh tilam, anda bebas untuk mengalami dan mendalami fikiran serta emosi anda. 

Dan tidak dinafikan, pembelian tilam sering dikaitkan dengan episod baru di dalam kehidupan seseorang, sebagai simbol permulaan untuk suatu perjalanan yang akan dilalui bersama. 
Tilam melalui pelbagai perkara bersama pasangan tersebut, sama ada malam pertama sebagai suami isteri, mendapat anak pertama, menonton TV di atas katil bersama anak-anak, atau berbincang mengenai perkara yang serius, semuanya berlaku di atas tilam yang memberikan keselesaan dan keselamatan. Pada Tahun Baru ini, 
Dunlopillo berhasrat untuk meraikan saat-saat istimewa dan memori-memori baru anda yang pastinya akan berkekalan.
“Inspirasinya datang daripada slogan jenama kami, ‘Meraikan saat-saat istimewa’ yang dapat dilihat melalui nilai-nilai jenama kami iaitu minat pelanggan, membentuk gaya hidup, kecemerlangan dan menjadi perintis. Di Dunlopillo, kami percaya bahawa tilam bukan sekadar tempat tidur – ia juga tempat untuk mencipta memori-memori intim dan istimewa serta berkongsi impian dan harapan,” jelas Ignatio Pastor, Naib Presiden Dunlopillo Malaysia.


“Untuk Tahun Baru ini, kami berharap dapat membantu rakyat Malaysia menghangatkan kembali hubungan mereka dan mencipta permulaan baru melalui saat-saat baru dan pelbagai memori indah bersama,” tambah Pastor.


Rakan usaha sama kempen ini iaitu Elaine Daly yang akan memulakan episod baru di dalam kehidupannya bersetuju bahawa tilam sangat penting dalam perkembangan sesebuah hubungan.
“Ia adalah perjalanan menarik yang akan saya mulakan tidak lama lagi sebagai isteri – dan mungkin juga sebagai ibu suatu hari nanti,” kata Elaine dengan gembira.

“Berpindah ke rumah baru, kami memerlukan satu tempat untuk menikmati masa bersama dan membina ikatan kepercayaan dan sokongan yang kuat serta berkongsi masalah dan kejayaan masing-masing. Apa yang membuatkannya lebih istimewa adalah kami akan meraikan Hari Krismas dan Tahun Baru kali ini sebagai suami isteri,” tambah Elaine lagi.

Para responden kaji selidik tersebut kemudiannya diminta menceritakan memori indah yang tercipta di atas tilam yang digunakan. Mesej-mesej ini disulam ke atas bantal-bantal Dunlopillo untuk dihadiahkan sebagai kejutan kepada pasangan masing-masing. Dunlopillo turut hadir untuk merakamkan #MYDunllopilloMoments mereka apabila mesej-mesej tersebut diterima. Saksikan #MYDunllopilloMoments mereka di http://on.fb.me/1rSRmVi



Tahun baru akan tiba dan pelbagai saat-saat indah dan memori akan tercipta. Apakah #MYDunlopilloMoments anda? Kongsikan bersama kami di laman Facebook Dunlopillo di facebook.com/DunlopilloWorld . Contohnya seperti gambar saya kat atas. So, uolls sila bagi 1 LIKE jika sudi, hehehe. 


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lawati pameran Dunlopillo di bilik pameran kami di Sunway Pyramid setiap hujung minggu bermula 22 November 2014.

Setiap Tilam Mempunyai Cerita Tersendiri Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 14, 2014 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.