Setiap Tilam Mempunyai Cerita Tersendiri
Dengan kehidupan seharian yang sibuk, kebanyakan rakyat Malaysia
jarang mengambil masa untuk meluahkan perasaan kepada pasangan masing-masing.
Menceritakan tentang perasaan mereka kepada orang yang tersayang diabaikan
kerana keutamaan diberikan kepada pelbagai perkara lain. Untuk mencipta
permulaan baru dan dengan Tahun Baru yang bakal tiba, Dunlopillo telah
memulakan misi untuk mengingatkan pasangan-pasangan di Malaysia tentang
kepentingan meluahkan rasa cinta melalui kempen yang diberi nama “Every
Mattress Has A Story” dan menjemput rakyat Malaysia berkongsi #MYDunlopilloMoments
mereka di laman Facebook Dunlopillo.
Setiap kenangan bersama Dunlopillo pasi ada momen indah yang ditinggalkan..Empuk dan selesa..
Dunlopillo percaya bahawa tilam bukan sekadar objek yang digunakan
untuk tidur. Dengan keselesaan yang diberikan oleh tilam, anda bebas untuk
mengalami dan mendalami fikiran serta emosi anda.
Dan tidak dinafikan, pembelian tilam sering dikaitkan
dengan episod baru di dalam kehidupan seseorang, sebagai simbol permulaan untuk
suatu perjalanan yang akan dilalui bersama.
Tilam melalui pelbagai perkara bersama
pasangan tersebut, sama ada malam pertama sebagai suami isteri, mendapat anak
pertama, menonton TV di atas katil bersama anak-anak, atau berbincang mengenai
perkara yang serius, semuanya berlaku di atas tilam yang memberikan keselesaan
dan keselamatan. Pada Tahun Baru ini,
Dunlopillo berhasrat untuk meraikan
saat-saat istimewa dan memori-memori baru anda yang pastinya akan berkekalan.
“Inspirasinya datang daripada slogan jenama kami, ‘Meraikan
saat-saat istimewa’ yang dapat dilihat melalui nilai-nilai jenama kami iaitu minat
pelanggan, membentuk gaya hidup, kecemerlangan dan menjadi perintis. Di
Dunlopillo, kami percaya bahawa tilam bukan sekadar tempat tidur – ia juga
tempat untuk mencipta memori-memori intim dan istimewa serta berkongsi impian
dan harapan,” jelas Ignatio Pastor, Naib Presiden Dunlopillo Malaysia.
“Untuk Tahun Baru ini, kami berharap dapat membantu rakyat Malaysia
menghangatkan kembali hubungan mereka dan mencipta permulaan baru melalui
saat-saat baru dan pelbagai memori indah bersama,” tambah Pastor.
Rakan usaha sama kempen ini iaitu Elaine Daly yang akan memulakan
episod baru di dalam kehidupannya bersetuju bahawa tilam sangat penting dalam
perkembangan sesebuah hubungan.
“Ia adalah perjalanan menarik yang akan saya mulakan tidak lama lagi
sebagai isteri – dan mungkin juga sebagai ibu suatu hari nanti,” kata Elaine
dengan gembira.
“Berpindah ke rumah baru, kami memerlukan satu tempat untuk
menikmati masa bersama dan membina ikatan kepercayaan dan sokongan yang kuat
serta berkongsi masalah dan kejayaan masing-masing. Apa yang membuatkannya
lebih istimewa adalah kami akan meraikan Hari Krismas dan Tahun Baru kali ini
sebagai suami isteri,” tambah Elaine lagi.
Para responden kaji selidik tersebut kemudiannya
diminta menceritakan memori indah yang tercipta di atas tilam yang digunakan.
Mesej-mesej ini disulam ke atas bantal-bantal Dunlopillo untuk dihadiahkan
sebagai kejutan kepada pasangan masing-masing. Dunlopillo turut hadir untuk
merakamkan #MYDunllopilloMoments mereka apabila mesej-mesej tersebut diterima. Saksikan
#MYDunllopilloMoments mereka di http://on.fb.me/1rSRmVi
Tahun baru akan tiba dan pelbagai saat-saat indah dan memori akan
tercipta. Apakah #MYDunlopilloMoments anda? Kongsikan bersama kami di laman
Facebook Dunlopillo di facebook.com/DunlopilloWorld . Contohnya seperti gambar saya kat atas. So, uolls sila bagi 1 LIKE jika sudi, hehehe.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lawati pameran Dunlopillo di bilik
pameran kami di Sunway Pyramid setiap hujung minggu bermula 22 November 2014.
Setiap Tilam Mempunyai Cerita Tersendiri
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 14, 2014
Rating:
sweetnya pic amani tido tu
ReplyDelete