Youth United Festival 2014
Halloha!!
Youth United Festival 2014 kali ini telah diadakan di Stadium Melawati Shah Alam. Yang mana terdapat pelbagai aktiviti menraik yang disediakan seperti kehadiran selebriti terkemuka membuat persembahan, celebriti bazaar, seni, muzik sukan dan banyak lagi.
Antara selebriti yang hadir seperti Azza Elite, Zul Yahya dan Intan Ladyana.
Makanan yang besh-besh juga ada dijual di "food truck" , antaranya seperti Sangkaya Creameries, BurgerGilerPower, Cowboys Food Truck, Baden2 On Wheels, dan La Famiglia. Makanan tempatan pula seperti pisang keju, babarittos, Cheesy Heart, Sandwich Boys Bar dan banyak lagi.
Ada juga persembahan drift dari "Prince of Drift", Tengku Djan Ley,dan pasukan PROTON R3. Kumpulan FISE juga telah menarik ramai penonton dengan menunjukkan aksi cemerlang mereka dengan basikal BMX.
Untuk pengetahuan uolls, terdapat lebih RM100,000 hadiah yang ditawarkan kepada para pelajar sepanjang acara Youth United Festival 2014 ini berlangsung.
Pertandingan futsal Intervarsity diadakan dibawah anjuran Shell Advance Motorcycle Oil dengan tajaan bersama Revive Isotonic. Yang mana pemenang juara UM B dari University Malaya hadiah kemenangan merupakan wang tunai RM 5,000 dan trofi. Tempat kedua Farmala Udarifrom Asia Pacific University memenangi wang tunai RM 2,000 dan medal. Setiap peserta juga menerima goodie bag yang ditaja oleh Shell Advance Motorcycle Oils. Kumpulan futsal selebriti juga ada menyertai perlawanan ini, yang melibatkan Fahrin Ahmad, Roy Azman, Azrul Raja Lawak, Aidil Aziz, Farid dari kumpulan 30 Cent, dan Fiq.
"Battle Of The Bands"juga menarik perhatian pengunjung dengan pertandingan band diantara pelajar yang mengambil bahagian. Setiap band mempertaruhkan 2 lagu dari pilihan mereka sendiri. Band Heart A-Tack yang mewakili gabungan MSU Universiti Selangor dan Universiti Teknologi MARA, memenangi sesi rakaman RM 20,000 dan wang tunai RM 5,000. Dan tempat kedua dimenangi oleh SKY MC yang mewakili Aswara, memenangi sesi rakaman RM 15,000 dan wang tunai RM3,000. Tempat kedua dimenangi oleh Modescape, yang mewakili Universiti Teknologi MARA, membawa pulang sesi rakaman RM 10,000 dan wang tunai RM 2,000.
Acara paling meriah dengan adanya mobile game yang dikenali Asphalt 8 oleh Honor 6. Antara pemenang utanmanya adalah Sivaneswaran Rajoo dari INTI College, Mohd Rahimi d dan Afif B. Mohd Razali dari Universiti Tenaga Nasional, dan Ahmad Fathi Bin Mat Nashim dari Universiti Selangor, M. Hafiz M. Jainom dari Universiti Sains Malaysia, setiap seorang dari mereka memenangi Honor 6 smartphones. Hadiah saguhati pula memenangi 7 Honor tablets, pemenangnya adalah Tan Si Yuan, Lim Shi Teen, Tan Sze Kar, Kak Han Chong, Lim Ann Yue dan Jason Yap Han Ling dan ramai lagi.
Terdapat juga pertandingan hasi seni yang dipertaruhkan. Memang hebat-hebat karya seni yang dihasilkan :)
Antara booth-booth yang mengambil bahagian..
Booth dari Harian Metro :)
Membeli sambil menderma uolls...
Ada juga booth yang menawarkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan instagram...
Dan lain-lain...
Di acara kemuncak, beberapa artis tempatan turut mengambil bahagian membuat persembahan antaranya seperti Bunkface!, Kyoto Protocol, Hyper Act, IamNeeta dan ramai lagi.
Selain dari persembahan pentas, para pengunjung juga berpeluang membeli pelbagai barangan dan makanan yang dijual di tapak karnival.
Youth United Festival 2014
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 22, 2014
Rating:
No comments:
Sharing is caring...