Bercuti, Beramal Bersama Pelayaran Islamik, Bukan Sekadar Pelayaran Biasa!
Sekejap sungguh masa berlalu. 2014 pergi meninggalkan kita dan kini 2015 datang menjelma. Setiap tahun saya pasti kita tidak lari merangkakan pelbagai harapan dengan semangat untuk menjadi manusia yang lebih baik dari semalam.
Kita juga pasti merencanakan impian untuk merehatkan diri seperti pergi bercuti ke destinasi tertentu. Ianya seperti bonus buat diri dan juga terapi sementelaah manusia perlu mempunyai kehidupan yang seimbang -bekerja-beribadat-beramal-berehat :)
Dan di entri ini, suka saya nak kongsikan kepada semua tentang satu percutian yang pasti memberi manfaat, bukan sahaja kita semua dapat berehat bahkan, dapat mendalami ilmu agama dari mereka yang hebat dalam dunia dakwah. Bahkan kita dapat memperbaiki diri terutama dalam ibadat sambil-sambil menyusuri lautan dalam melihat kebesaran Allah mencipta alam, dan berpeluang juga untuk melancong ke luar negara iaitu Krabi dan Phuket.
Ahem..
Pernah dengar mengenai Pelayaran Islamik 3.0?
Untuk pengetahuan semua, Pelayaran Islamik merupakan pelayaran pertama di dunia yang menawarkan sepenuhnya program-program islamik sepanjang pelayaran.
Antaranya seperti ceramah agama, qiyamulail, zikir dan selawat, belajar tentang cara solat Jama' dan qasar, sesi soal jawab bersama ustaz, ada program ziarah dan juga jamuan kesyukuran bersama. Tokoh agama terlibat antara lain seperti gambar di atas.Menariknya dalam pelayaran ini, kita juga boleh belajar bagaimana hendak ketahui kedudukan kiblat!
Kita juga pasti merencanakan impian untuk merehatkan diri seperti pergi bercuti ke destinasi tertentu. Ianya seperti bonus buat diri dan juga terapi sementelaah manusia perlu mempunyai kehidupan yang seimbang -bekerja-beribadat-beramal-berehat :)
Dan di entri ini, suka saya nak kongsikan kepada semua tentang satu percutian yang pasti memberi manfaat, bukan sahaja kita semua dapat berehat bahkan, dapat mendalami ilmu agama dari mereka yang hebat dalam dunia dakwah. Bahkan kita dapat memperbaiki diri terutama dalam ibadat sambil-sambil menyusuri lautan dalam melihat kebesaran Allah mencipta alam, dan berpeluang juga untuk melancong ke luar negara iaitu Krabi dan Phuket.
Ahem..
Pernah dengar mengenai Pelayaran Islamik 3.0?
Untuk pengetahuan semua, Pelayaran Islamik merupakan pelayaran pertama di dunia yang menawarkan sepenuhnya program-program islamik sepanjang pelayaran.
Cuba bayangkan kia mampu berjemaah beramai-ramai dalam kapal dengan dikelilingi lautan yang luas dan cahaya bulan yang menerangi. Subhanallah!
Berqiyamulail beramai-ramai di atas kapal.
Tak dapat digambarkan dek perasaan, pastinya ianya sesuatu moment yang indah dalam jiwa. Hanya mereka yang pernah merasainya pasti tidak dapat melupakan pengalaman indah ini.
Betapa imarahnya sebuah majlis agama itu, apabila dapat berkumpul tidak kira usia, lelaki dan perempuan mendengar setiap ceramah serta kuliah yang disampaikan oleh mereka yang begitu arif dan menjadi tempat rujukan dalam hukum-hakam Islam.
Majlis ini, bukan hanya kita boleh mendengar, bahkan sesi soal jawab dan berdialog, yang mana kita juga boleh mengutarakan segala persoalan yang berkaitan dengan topik yang diperbincangkan.
Bertambah menarik kehadiran finalis Pencetus Ummah program yang mendapat perhatian masyarakat islam di kaca TV, memeriahkan percutian pelayaran yang disertai.
Ok, sedikit perkongsian mengenai kapal pelayaran ini ya..
Untuk pengetahuan semua kapal SuperStar Libra adalah direka bagi memenuhi perubahan keperluan penumpang, dengan membuat perubahan model konvensional dalam menyediakan keperluan pelayaran iaitu pelayaran penuh gaya resort yang lebih santai, lengkap dengan fleksibiliti dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.
Pastinya kapal SuperStar Libra ibarat resort bertaraf dunia eksklusif terapung di laut lepas yang menawarkan satu pameran menarik kemudahan, hiburan, aktiviti rekreasi dan perkhidmatan dengan layanan mesra.
So, jika uolls berminat bolehlah mendaftar di link ini https://pelayaranislamik.com/daftar/3/step1.php terdapat lebih kurang 9 jenis kabin yang boleh dipilih. Dan kekosongan kabin adalah bergantung kepada konsep "SIAPA CEPAT DIA DAPAT".
Sedikit informasi untuk uolls semua ya, sebahagian dari harga pakej yang uolls bayar akan disalurkan kepada rumah anak-anak yatim, pusat tahfiz dan fakir miskin :)
Cepat uollls kalau berminat dapat segera ya! Ini kerana Pelayaran Islamik Penang-Phuket-Krabi adalah dari 1 Februari sehingga 4 Februari 2015.
keterangan lanjut mengenai pelayaran boleh layari https://www.pelayaranislamik.com/index.php/laman-utama
bercuti-belayar-beribadat-beramal-berehat!
Bercuti, Beramal Bersama Pelayaran Islamik, Bukan Sekadar Pelayaran Biasa!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 01, 2015
Rating:
teringin..cuma lom ada bajet
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteinsyaAllah ada bajet kita join.... :)
Percutian paling penuh pengisian dan makna buat peserta kerana dapat belajar dengan ustaz2 yg pakar dan arif...
ReplyDelete