Kisah "Party of The Century" di Empire City...

 Dijemput untuk menghadiri majlis gilang gemilang sempena pembukaan pusat komersial Empire City merupakan satu kenangan yang sangat manis sepanjang saya bergelar seorang blogger. Majlis bertemakan fesyen era 1920-an ini bertambah menarik dengan kehadiran beberapa artis antarabangsa dan negara yang turut diundang memeriahkan suasana.

Pelbagai props era 1920-an menjadi tarikan tetamu bergambar dan saya memang teruja dengan kehadiran kereta-kereta mewah klasik yang ada di sini.

Memang kerlasss!!!


Seolah berada di dalam majlis penganugerahan, penganjur berjaya menampilkan kegemilangan dalam majlis esklusif dengan pencahayaan yang cantik dan keluasan yang luas dan selesa.

Dalam majlis ini jamuan secara buffet untuk semua tetamu disediakan. Konsep "light and easy" :) Pelbagai makanan terhidang kita hanya perlu pilih dan makan. Heheheh. Makan sampai kenyang..

Antara hidangan makanan yang menarik hati, mata dan perut saya...cikedaut...
Terdapat juga Sate, ayam goreng dan macam-macam lagi....

Makan banyak lepas tu pekena dengan minuman "ice lemon tea" atau Coke memang thorbaek..

Geng2 mengjemah sepanjang majlis....
Kih kih...
Ada lagi, tapi dowang BZ berphotoG...
We all BZ makan...melayan perut...


Selesai makan...
Masa yang ditunggu...
Kemunculan selebriti-selebriti yang diundang..

Paris Hilton in da house uollls...
Sosialit yang berusia 33 tahun hadir ke karpet merah memukau para hadirin dengan gaun pendek berwarna perak. Cantek sangatttttt...

Karektor Paris yang bersahaja, ceria dan mesra menyerlahkan lagi keanggunannya pada malam itu.


Kumpulan 2AM yang dianggotai 4 jejaka tampan iaitu Jo Kwon, Jinwoon, Seulong dang Changmin turut mencuri perhatian :)


Biarpun kehadirannya tidak bersama anggota kumpulannya yang lain seperti Fergie dan Will.i.am, kemunculan Taboo dari Black Eye Peas memang dinantikan oleh peminat-peminat dari Malaysia.

 Artis Hong Kong...

 Dan ramai lagi uollls....

Ni antara gambar yang sempat dirakamkan di red carpet (kredit pic: Ziema Aziz)

Setelah ucapan pembukaan acara, majlis esklusif ini diteruskan lagi dengan persembahan daripada artis-atis yang dijemput.

Kumpulan 2AM mendendangkan 3 bulah lagu, "With or Without You, Can't Let You Go Even If I Die dan juga You Wouldn't Answer My Call. Begitu harmoni suara mereka berempat uolls. Ekceli first time juga saya layan lagu 2AM, not bad  lagu2 hits dowang ni :)


Pernah dinobatkan sebagai DJ Wanita terbaik tahun 2014, Paris Hilton menghiburkan tetamu selama 20 minit dengan memutarkan 2 single "Nothing In This World" dan "Stars are Blind". Dengan diiringi penari kemudiannya, Paris meneruskan persembahan dengan "miixing" lagu-lagu hits seperti Sky Full Of Stars (coldplay), Heroes (Alesso ft Tove Lo), Love ME Again (John Newman) dan lagu hits "Shake It Off (Taylor Swift).

Begitu juga penyanyi rap Taboo Black Eyes Peas yang menyampaikan lagu hitsnya iaitu Don't Stop The Party, I Gotta Feelinh dan Where Is The Love.

Paling menarik hati saya dengan persembahan mempersonakan dari penyanyi kelahiran Australia Mark Vincent dengan bertenaga menyampaikan lagu You Raise Me up dan Halo. Serius, suara memang mantap....opera bertenaga gitewww.,....

Antara lain.. 
Kemunculan persembahan akrobatik (aerial dancers) yang luar biasa..

Paluang gendang begitu bertenaga..
dan juga kemunculan 2 speed painters yang membuat persembahan melukis dengan pantas dan mengujakan.

Selain daripada persembahan artis, majlis turut dimeriahkan dengan tayangan klip video perkembangan terkini pusat komersial Empire City yang mempunyai keluasan 232,000 meter persegi.. 

Beberapa artis tempatan seperti, Siti Saleha, Nazim Othman, Erin Malik, Jaclyn Victor dan ramai lagi hadir memeriahkan majlis. Dan i'olls dan geng menjemah bergambar dengan Jac yang sporting!

Saya dan Nannie Isa yang bukan main meletp bergaya pada malam itewww.., kihkih

Me, myself....

Dan sememangnya saya sangat menantikan pembukaan Empire City kepada orang ramai untuk bersama-sama menyaksikan sendiri pusat komersial "city in the city" ini yang bukan sahaja menyediakan ruang untuk membeli-belah, tempat makan-makan bahkan terdapat juga suite pejabat, 3 hotel bertaraf 5 bintang, panggung wayang dan gelanggang ais bersaiz olimpik..

Ianya pasti mengujakan!!!
#team50MY
#potc
#partyofthecentury

Psttt: thanks Sidney
Kisah "Party of The Century" di Empire City... Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 27, 2015 Rating: 5

8 comments:

  1. xnak komen yg lain.. nk komen pasal akak..
    kecantikan luar biasa! :)

    ReplyDelete
  2. SuPeRB!!!! TQ madam for the credit!!!

    ReplyDelete
  3. vouge ayu..best dpt peluang p event camni

    ReplyDelete
  4. akak ..serius akak glam sangat..sopan tapi stil verstile...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Waaaaaa lawa n sungguh glam akak malam ni....

    ReplyDelete
  7. lawanya ayu.glam! macam nice party..takde jemputan kalau tak boleh join..hehehe..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.