Taman Mini Jepun dan Taman Botani Bukit Tinggi
Kalau ke Bukit Tinggi harus terjah 2 tempat ni..
Taman Mini jepun dan juga Taman Botani Bukit Tinggi
Rumah Teh Jepun di Bukit Tinggi ini adalah yang pertama di dunia dalam Hujan Tropika.Agak menarik juga dengan persekitaran yang kehijauan dan cuaca yang sejuk, kita dapat lihat contoh rumah klasik Jepun di kaki bukit.
Suhu di sini tidaklah terlampau sejuk, cuma terasa juga kedinginannnya terutama bila bergerak ke atas bukit.
Ramai pulak pengunjung time kitaorang ke sini. Hari Ahad dan cuti sekolah kan...
So masa mendaki dan turun memang beratur...
Ni adalah salah satu serambi di rumah Jepun...
Mini saiz ajer, jenis rumah yang dibina. Ala2 nesar sikit dari saiz my Afiq ajooo..
Kat sini juga boleh sewa kimono..
Kalau berminat, 20 hengget ajor..
Untuk tujuan bergambor di sekitar kawasan..
Persekitaran yang bersih, sesejuk mata yang memandang..
Sekejap jer kitaorang kat sini...terus terun dan terjah Taman Botani Bukit Tinggi (Botanical Garden)..
Kat sini tak ramai sangat manusia...
Sebab yang ada cumalah pokok tumbuhan, herba2 dan sewaktu dengannya..
Tapi anak2 ai suka ajer...
Dowang lagi suka bereksplorasi tentang perkara baru apatah lagi melibatkan tumbuhan dan haiwan, isk
Ok, gegehkan bila tengok bukan main tingginya tangga..
Ni kalau hari2 ikut jalan naik turun tangga ni mahu hilang 5 kilo seminggu!
Ok uolls...
Meh menyelami dunia botani hari ini...
Ni pokok doriyan rasanya,,,
Kalau tanya ai.
Best ke jejalan kat kawasan ni...
Kalau fikir tentang keseronokan peribadi..
Terus terang "Idokler"..
Tapi yang menjadi seronok dan bermakna..
Sebab berjalan-jalan sambil melihat tumbuhan dan alam keliling dilakukan bersama keluarga terutama anak-anak...
Kiranya menghabiskan masa bersama mereka - momen yang tidak ada harganya :)
Apatah lagi bila anak2 yang begitu curious tentang banyak perkara baru...
Mereka akan bertanya...
So, kat sini bukan sahaja kita akan kerap berkomunikasi..
Kita juga dapat lihat secara dekat karektor anak2 bila menghabiskan masa bersama..
Boleh lihat peta dan beberapa maklumat mengenai tumbuhan yang ada di sini..
Bukan setakat tumbuhan-tumbuhan...
Bahkan pelbagai jenis ulat juga ada uolls...
Dan macam biasa My Akid bab binatang2 seperti serangga dan ulat die paling suka..
Bercita2 nak jadi Zoologist agaknya, isk..
Taman Mini Jepun dan Taman Botani Bukit Tinggi
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 07, 2015
Rating:
dah 3 kali ke sini... rs nak pergi lagi sbb tmpt dia cantik utk ambk gmbr... hehhee...
ReplyDeletetempat ni cun utk amik gmbr tp penat naik tangga2 tu heheh
ReplyDeleteSalam perkenalan...
ReplyDeleteIndahnya,,sangat membuat damai.
ReplyDelete