Urutan Bayi dan Kanak-Kanak Bersama Minyak TYT
Saya percaya ramai yang suka mengurut, ini terutama apabila badan terasa lesu, perlukan sedikit regangan, mahupun untuk kurangkan lagi kesakitan. Selepas mengurut kita pasti merasakan badan terasa lebih segar dan selesa.
Keberkesanan mengurut ini sebenarnya diwarisi bergenerasi lamanya. Ahem, dari zaman nenek moyang kita lagi. Bezanya urutan tangan orang dulu-dulu biasanya dilakukan di rumah sahaja, tapi di zaman ini jika kita mahu mendapatkan urutan ~mengunjungi ke SPA antara pilihan terbaik :)
Dan bila kita sebut sahaja mengurut kepada bayi, ianya perlu dilakukan mengikut cara yang betul. Ini kerana pengurutan ke atas sbayi dapat membantu merangsangkan perkembangan tumbesarannya. Paling seronok sepanjang sesi pengurutan kita boleh berkomunikasi dengan bayi kita. Samada melalui percakapan, renungan mata dan sentuhan.
Dua hari lepas saya dapat mempelajari beberapa teknik pengurutan bayi daripada Puan June Choo, Pengarah Urusan Hong Yang Hoo Pharma Sdn Bhd. Puan June telah mendapat didikan secara profesional mengenai seni dan aspek teknikal pengurutan bayi daripada IAIM (International Association of Infant Massage) di Australia.Sesi urutan ini turut dihadiri beberapa "Parenting Bloggers" yang mempunyai bayi/anak dari 2 bulan sehingga 6 tahun.
Minyak TYT mengandungi pelbagai manfaat daripada ramuan hebat daun herba sememangnya terbaik untuk pengurutan bayi. Saya diberitahu oleh Puan June, penggunaan minyak jauh lebih bagus berbanding losyen, ini kerana losyen terlalu cepat menyerap berbanding dengan minyak.
Minyak TYT mempunyai bau yang harum serta lembut dan tidak akan meninggalkan kesan minyak. Ianya sangat sesuai digunakan sebagai minyak urut kerana tidak akan meninggalkan rasa panas atau pedih. Minyak TYT ini mempunyai 2 jenis botol, warna biru dan juga kuning. Untuk botol warna kuning ianya dalam bentul "roll-on", dan ianya sangat praktikal digunakan oleh ibu yang sentiasa kelam kabut seperti saya, hehehe.
Pastikan sebelum mengurut bayi, lampu tidak perlu terlalu cerah dan suhu bilik tidak terlalu sejuk. Ini bagi memastikan sepanjang proses urutan, bayi berada dalam keadaan begitu selesa.
Urutan ini di panggil "WATER WHEEL A". Urutan membuang angin dari perut. Letakkan kedua tangan di atas perut bayi dengan lembut, tekan ke bawah dengan hanya sedikit tekanan.
Ni namanya urutan "WATER WHEEL B", lebih kurang sama cara urutan di atas, yang bezanya satu tangan diletakkan pada perut bayi dan menekan ke bawah manakala tangan lagi satu angkat kaki bayi. OK, yang ni lagi baik sebab angin dari perut boleh dikeluarkan dengan pantas :p
Ini adalah teknik "THUMBS TO SIDES", meletakkan ibu jari tangan di bawah rusuk bayi dan di sekeliling pusat, kemudian secara lembut tekan ke bahagian tepi. Teknik ini mampu melepaskan "QI" atau rasa kurang selesa dari bahagian tengah perut bayi.
Perlu dingatkan ya uollls, semasa melakukan pengurutan adalah tidak digalakkan menarik tangan kita dari badan bayi secara tiba-tiba (mengejut). Ini kerana tindakan sedemikian boleh menyebabkan bayi menjadi tidak selesa.
Teknik "WALKING", letakkan 3 jari pada bahagian kiri perut bayi dan gerakkannya ke kanan. Kaedah ini boleh membantu uolls mengesan jika ada kekerasan di bahagian abdomen yang menyebabkan bayi sembelit.
Amboi Que, bukan main mengerjakan dahi bayi patung. mengurut dahi sepenuh perasaan namanya tuuu Hahahahahha....Kak Yana Yassin kita pulak bukan main enjoy bercakap ngan anak daranya yang diurut dengan penuh kasih sayang tak berbelah bagi 200 peratus.
Teknik "SUN AND MOON" (bukan serupa dalam gambar diatas, heheh), caranya uolls kena mengurut di bawah abdomen bayi dalam pergerakan mengikut arah jam menggunakan kedua belah tangan. Kedua tangan diletakkan atas perut bayi, dengan tangan kanan bergerak ke kanan dan tangan kiri bergerak ke kiri, dan buat putaran lengkap. Pengurutan ini dilakukan mengikut urutan jam kerana struktur usus kita sebenarnya adalah mengikut arah jam tau uollls. Ini bagi memudahkan bayi untuk membuang air besar,
Di sini juga kami ada belajar mengurut "I LOVE (L) U", dan di akhir sesi pengurutan diakhiri dengan sentuhan dari atas ke bawah secara lembut.
Hasil daripada mengurut bersama minyak TYT. Tido lena my adek sado, uoolls
Mak pak yang keriangan setelah menimba ilmu daripada Puan June.
Keriangan berganda apabila diberikan satu hamper barangan TYT secara percuma, hahahaha
Nak habaq mai kat uollls...
Minyak TYT memang terkenal dengan ramuan herba yang mempunyai ciri-ciri unik, antaranya:-
-Daun sembung - untuk kurangkan kesejukan, melegakan kesakitan pada bahagian perut dan boleh menghentikan pendarahan.
- Daun sireh - bersifat anti bakteria, merangsangkan anti oksidan
- Daun serai - membaiki peredaran darah, anti bakteria dan kulat, dan agen penghalau nyamuk (famos ni)
- Halia kering - meredakan keradangan sendi
- Kulit pokok gaharu - merangsangkan pengaliran Qi dan melegakan kesakitan
- Minyak kelapa sawit - sumber semulajadi tocotrienol, kaya vitamin E dan vitamin lain, antioksidan dan juga mengandungi fitonutrien yang baik untuk kesihatan.
keterangan lanjut leh layari : www.tyt.com.my dan FB : TYT
challo!!!
Urutan Bayi dan Kanak-Kanak Bersama Minyak TYT
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 15, 2015
Rating:
Best la k.ayu...
ReplyDeletenice event massage baby, so sad I miss out go learning as got mommy duty to do.
ReplyDeletelena tu ameer tido hehhe
ReplyDelete