Empowers Women: The Naked Face Project, Dari Nivea!

Di Malaysia, tidak dinafikan terdapat dalam 2.2 juta isi rumah yang masih mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan yang mana mereka ini terpaksa berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan harian mereka setiap hari. Ini belum dikira ibu-ibu tunggal samada bercerai hidup mahupun kematian suami mereka harus berdepan dengan masalah kewangan dalam menguruskan keluarga.
Atas kesedaran itu NIVEA telah melancarkan satu kempen "EMPOWERS WOMEN" yang mana melibatkan 9 personaliti wanita yang terkenal di Malaysia. Sememangnya "Kebajikan Datangnya Dari Hati', dan melalui kempen ini, para selebriti bukan sahaja dapat melakukan kebaikan dari hati bahkan dari mereka juga melakukan ikrar untuk tidak mengenakan mekap di muka (make-up removed) dan wajah mereka akan dipotretkan.

Antara personaliti yang terlibat ialah  Amanda Imani, Vanessa Chong, Hunny Madu, Mynn Lee, Atilia Haron, Sherry Ibrahim, Megan Tan, Nadia Heng dan Carey Ng.

Personaliti ini turut menggunakan platform sosial media mereka untuk berkongsi dengan rakan dan "followers" menyampaikan mesej untuk membantu mereka yang memerlukan.


"Masalah kemiskinan masih lagi  wujud dan ketidaksamaan pendapatan masih berada di paras tinggi biarpun Malaysia kini sedang ke arah menjadi sebuah negara maju. Kami menggalakkan semua untuk menyertai kami dalam membantu golongan miskin dan yang kurang mampu. Kita tidak berada di sini untuk memberi bantuan yang brsifat sementara tapi apa yang kita mahu lakukan adalah untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran dan latihan yang diperlukan supaya mereka boleh meneruskan kehidupan. "Empowers Women"adalah kempen untuk mendekati mereka yang tidak bernasib baik, dengan memberikan mereka kemahiran dan keyakinan untuk mendapatkan pekerjaan di samping membantu memperbaiki keadaan hidup mereka agar menjadi lebih baik demi generasi masa depan mereka. Dan kami percaya dengan cara dan saluran yang betul ianya boleh dicapai"

"Sumbangan yang dikumpul daripada kempen ini dan juga sumbangan khas daripada NIVEA akan digunakan untuk menganjurkan kelas latihan kemahiran bagi wanita yang memerlukan. NIVEA akan bersama NGO "FOR WISDOM AND REVOLUTIONARY DEVELOPMENT" sebuah NGO yang aktif dalam meberi bantuan kepada masyarakat memerlukan. Yang mana NIVEA juga mempunyai misi mahu menggalakkan mereka yang menghadapai kesukaran hidup ini untuk terus menghantar anak-anak mereka ke sekolah, sesuatu yang mereka telah dilucutkan kerana kekurangan kewangan. Moga dengan membuat perubahan ini akan mereka dapat membebaskan diri mereka daripada kemiskinan"

-Ng Hock Guan Pengurus Negara untuk Beiersdorf Malaysia & Singapura



Dan 9 selebriti yang terlibat dalam kempen ini turut mendapat sumbangan dari ahli korporat atas usaha bergambar tanpa sebarang mekap..

Antara senarai penaja:-
1) Dato Shalimin Shaffie
2) Jasmine Raj
3) Joseph Lau
4) Sherilyn Foong
5) Dato Dr. Jessie Tang - East West One Consortium Berhad
6) Puan Sri Sandra Lee
7) Anonymous
8) Ng Hock Guan
9) Datuk Kelvin Tan – Director of Miss Universe Malaysia Organization








Dan jumlah kutipan dari semua penaja, ialah RM73,000.
Clap clap clap



Di majlis pelancaran juga, Atilia telah menghiburkan tetamu yang hadir dengan lagu tema kempen ini :)

Memang menghiburkan uollls!!!

Tambah lagi meriah, apabila semua personaliti dan VIP yang hadir sama-sama naik ke pentas dan menari mengikut rentak persembahan tarian penari.




Dan uollls...
Di One Utama (old wings) ada promosi seperti di atas...Boleh dapat semua barangan yang ditawarkan berserta kita akan dimekap ringkas dan berpeluang mengambil gambar wall yang disediakan untuk dipotretkan.

Ringkas tapi tetap menawan :)





Dan jika uolls nak menyertai kempen “Empowers Women” dengan memberi sumbangan ikhlas bolehlah disalurkan ke:

Nama Akaun         : FOR WISDOM AND REVOLUTIONARY DEVELOPMENT
ACCOUNT NO.   : 21427700071424
BANK                   : RHB Bank Malaysia

Keterangan lanjut boleh layari FB https://www.facebook.com/mynivea untuk keterangan lanjut.

Empowers Women: The Naked Face Project, Dari Nivea! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 06, 2015 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.