Magnum Memperkenalkan : Hidangan Terbaik dari "BELGIUM INDULGENCE"


MAGNUM sememangnya terkenal sebagai ais krim premium sejak beberapa dekad lagi. Setiap gigitan asi krim Magnum pasti menjanjikan kepuasan apatah lagi ianya disaluti dengan kemewahan bahan utamanya iaitu coklat Belgium yang sememangnya diiktiraf  antara coklat terbaik di dunia.

Untuk pengetahuan uolls, coklat Belgium menjadi tradisi dalam masakan sejak abad ke-17. Gabungan unik bahan-bahan terbaik, kaedah pengeluaran yang eksklusif dan kawalan kualiti yang ketat menjadikan coklat Belgium tersohor dan menjadi kegemaran di seluruh dunia.

 MAGNUM Kuala Lumpur telah menyediakan beberapa menu hidangan esklusif bersempena untuk meraikan rasa kehebatan coklat Indulgence Belgium.  Di majlis ini para tetamu dijemput untuk merasai sendiri hidangan yang diilhamkan daripada coklat Belgium yang berkualiti tinggi. Hidangan istimewa ini disediakan oleh Steven Chin, Chef Eksekutif Kumpulan Magnum Kuala Lumpur. 




Chef Steven telah menjadi chef lebih daripada 10 tahun. Dan sepanjang perkhidmatannya sebagai chef beliau telah mencipta variasi hidangan unik untuk kategori jenis masakan utama dan hidangan pencuci mulut di hotel antarabangsa 5 bintang dan restoran makan mewah.

  "Sebagai perintis hadapan dalam bidang kepakaran coklat, acara ini dianjurkan untuk mempamerkan bagaimana MAGNUM dapat mewujudkan hidangan yang hebat daripada coklat Belgium. Kami juga berharap pelanggan kami akan sentiasa mengingati detik-detik keseronokan yang luar biasa di setiap gigitan ais krim MAGNUM", 


kata Encik Shawn Tan, Ketua Operasi (Ais Krim), Unilever Malaysia Holdings Sdn Bhd.







Kami dihidangkan dengan 4 jenis hidangan fusion.


 SOUP :Spice Butternut Squash veloute, shaved bitter dark chocolate, cinnamon          
Butternut pumpkin soup scent with cinnamon top with shaved bitter dark chocolate.


 Hidangan pertama merupakan sup Butternut labu, dengan wangian kayu manis dan ditaburi dengan rasa “dark” coklat. Rasa “dark” coklat yang memberikan rasa pahit dan ringan coklat di dalam sup Butternut berkrim. Menariknya kombinasi rasa “dark” coklat mengimbangi rasa spice dari kayu manis.



APPETIZER:
Marinated capellini, crisp unagi beignet, salted choc emulsion, ulam – ulaman, soy reduction, crisp ginger                                                             

 Seterusnya hidangan pembuka selera - capellini pasta berserta ulam-ulaman dan juga beignet rangup unagi, coklat emulsi dan halia rangup. Gabungan rasa manis pahit “dark” coklat yang membaluti unagi goreng dan juga rasa herba cappelini yang diperap sejuk memberikan tetamu begitu teruja ketika menikmatinya.


 MAIN COURSE
Pan seared butterfish, sautéed baby spinach, white chocolate “beurre blanc”     



 Bagi hidangan utama - butterfish fillet bersama bayam yang ditumis bersama sos putih “beurre blanc” yang mampu meninggalkan pengalaman gastronomi kepada mereka yang menikmatinya. Terjemahan daripada perkataan Perancis " sos beurre blanc”  merupakan mentega putih beremulsi panas dibuat dengan bersama cuka dan bawang merah. Dalam usaha untuk menggabungkan sentuhan MAGNUM untuk hidangan ini, Chef Steven Chin telah menambah rasa coklat putih MAGNUM untuk mewujudkan lapisan rasa manis dan masam kepada fillet ikan mentega. Serius sedap!!!!!


 DESSERT :Death by chocolate                      
Baked to order warm chocolate molten lava cake, magnum chocolate brownies ice cream, chocolate crunch pearls

 Belgium Indulgence sememangnya sangat dirasai secara mewah daripada pencuci mulut “Death by chocolate”. Ianya coklat sebagai pencuci mulut yang paling mewah dari Store MAGNUM Pleasure yang pernah ditawarkan. mulut “Death by chocolate” dicairkan di atas kek lava coklat, brownies coklat, MAGNUM ais krim yang sesungguhnya ia adalah satu keseronokan  menikmati hidangan pencuci yang luar biasa.



Menikmati ais krim MAGNUM setiap hari  sememangnya menyeronokkan. Dan MAGNUM sebagai perintis dalam kepakaran coklat dan ais krim premium telah melancarkan kempen pada bulan April 2015 yang dikenali sebagai "Celebrating Chocolate Pleasures".



Kempen ini memberi peluang untuk peminat MAGNUM merasai sendiri rasa coklat ais krim premium samada melalui acara di ruang legar, pertandingan digital dan dalam juga di kedai yang terbabit dalam promosi. Untuk maklumat lanjut mengenai MAGNUM ais krim dan tawaran terbaru, sila layari laman facebook rasmi MAGNUM Malaysia di https://www.facebook.com/MagnumMalaysia.

#celebratepleasure
Magnum Memperkenalkan : Hidangan Terbaik dari "BELGIUM INDULGENCE" Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 17, 2015 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.