Magnum Memperkenalkan : Hidangan Terbaik dari "BELGIUM INDULGENCE"
MAGNUM sememangnya terkenal sebagai ais krim premium sejak
beberapa dekad lagi. Setiap gigitan asi krim Magnum pasti menjanjikan kepuasan
apatah lagi ianya disaluti dengan kemewahan bahan utamanya iaitu coklat Belgium
yang sememangnya diiktiraf antara coklat
terbaik di dunia.
Untuk pengetahuan uolls, coklat Belgium menjadi tradisi
dalam masakan sejak abad ke-17. Gabungan unik bahan-bahan terbaik, kaedah
pengeluaran yang eksklusif dan kawalan kualiti yang ketat menjadikan coklat
Belgium tersohor dan menjadi kegemaran di seluruh dunia.
Chef Steven telah menjadi chef lebih daripada 10 tahun. Dan
sepanjang perkhidmatannya sebagai chef beliau telah mencipta variasi hidangan
unik untuk kategori jenis masakan utama dan hidangan pencuci mulut di hotel
antarabangsa 5 bintang dan restoran makan mewah.
"Sebagai perintis hadapan dalam bidang kepakaran coklat, acara ini dianjurkan untuk mempamerkan bagaimana MAGNUM dapat mewujudkan hidangan yang hebat daripada coklat Belgium. Kami juga berharap pelanggan kami akan sentiasa mengingati detik-detik keseronokan yang luar biasa di setiap gigitan ais krim MAGNUM",
kata Encik Shawn Tan, Ketua Operasi (Ais Krim), Unilever Malaysia Holdings Sdn Bhd.
Kami dihidangkan dengan 4 jenis hidangan fusion.
SOUP :Spice Butternut Squash veloute, shaved bitter dark chocolate, cinnamon
Butternut pumpkin soup scent with cinnamon top with shaved bitter dark chocolate.
Hidangan pertama merupakan sup Butternut labu, dengan wangian kayu manis dan ditaburi dengan rasa “dark” coklat. Rasa “dark” coklat yang memberikan rasa pahit dan ringan coklat di dalam sup Butternut berkrim. Menariknya kombinasi rasa “dark” coklat mengimbangi rasa spice dari kayu manis.
APPETIZER:
Marinated
capellini, crisp unagi beignet, salted choc emulsion, ulam – ulaman, soy
reduction, crisp ginger Pan seared butterfish, sautéed baby spinach, white chocolate “beurre blanc”
Bagi hidangan utama - butterfish fillet bersama bayam yang ditumis bersama sos putih “beurre blanc” yang mampu meninggalkan pengalaman gastronomi kepada mereka yang menikmatinya. Terjemahan daripada perkataan Perancis " sos beurre blanc” merupakan mentega putih beremulsi panas dibuat dengan bersama cuka dan bawang merah. Dalam usaha untuk menggabungkan sentuhan MAGNUM untuk hidangan ini, Chef Steven Chin telah menambah rasa coklat putih MAGNUM untuk mewujudkan lapisan rasa manis dan masam kepada fillet ikan mentega. Serius sedap!!!!!
Baked to order warm chocolate molten lava cake, magnum chocolate brownies ice cream, chocolate crunch pearls
Belgium
Indulgence sememangnya sangat dirasai secara mewah daripada pencuci mulut “Death
by chocolate”. Ianya coklat sebagai pencuci mulut yang paling mewah dari Store
MAGNUM Pleasure yang pernah ditawarkan. mulut “Death by chocolate” dicairkan di
atas kek lava coklat, brownies coklat, MAGNUM ais krim yang sesungguhnya ia
adalah satu keseronokan menikmati
hidangan pencuci yang luar biasa.
Menikmati ais krim MAGNUM setiap hari sememangnya menyeronokkan. Dan MAGNUM sebagai perintis
dalam kepakaran coklat dan ais krim premium telah melancarkan kempen pada bulan
April 2015 yang dikenali sebagai "Celebrating Chocolate Pleasures".
Kempen ini memberi peluang untuk peminat MAGNUM merasai sendiri rasa coklat ais
krim premium samada melalui acara di ruang legar, pertandingan digital dan
dalam juga di kedai yang terbabit dalam promosi. Untuk maklumat lanjut mengenai
MAGNUM ais krim dan tawaran terbaru, sila layari laman facebook rasmi MAGNUM
Malaysia di https://www.facebook.com/MagnumMalaysia.
#celebratepleasure
Magnum Memperkenalkan : Hidangan Terbaik dari "BELGIUM INDULGENCE"
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 17, 2015
Rating:
No comments:
Sharing is caring...