Majlis Penyampaian Hadiah Selfie Bersama Produk Baba's, dan Pengumuman Pengakhiran Siri Rancangan Masakan "Baba's Cu~bits"


Satu majlis penyampaian hadiah pemenang Peraduan Selfie Bersama Produk Babas dan juga majlis penutup siri rancangan masakan yang disukai ramai Baba's Cu~bits telah diadakan di The Royal Chulan Damansara.

Setelah 3 musim rancangan masakan ini dikeudarakan untuk tontonan orang ramai dan akhirnya siri masakan ini melabuhkan tirainya tanpa ada kesinabungan pada musim akan datang. Pastinya kita akan merindui untuk melihat Chef Kamarul Hasni Che Rose dengan sepersalinan glamor Chef, sut hitam double-breasted berkolar mandarin hitam dengan jeans (ahem, terserlah gaya maskulin seorang Chef popular giteww)

Untuk pengetahuan uolls. penampilan Chef Kamarul ini sebenarnya hampir tidak berbeza dengan apa yang kita lihat di kaca televisyen. Ini kerana di luar waktu rakaman, Chef kesayangan ramai ini  juga lebih santai dengan kemeja T biasa, jeans bersama sepatu Converse, kesukaannya.  Gemar mencuba sesuatu yang baru, menulis dan mengembara. Hoiii memang kerlasss!! Ai like 204% termasuk GST :p


Sedikit Tentang Perjalanan Chef Kamarul dan Siri Masakan Tajaan Baba's

Sejarah kebangkitan Chef Kamarul bermula dengan Cabaran 1001 Rasa BABA’S sebuah program masakan mencungkil bakat baru di mana cabarannya bukan biasa-biasa, sembilan tahun yang lalu.
Chef Kamarul pada hari itu, mengulang rutin yang sama sebagai tukang masak, menunjukkan 
kepakarannya dalam bidang masakan, kelebihannya yang cukup mashyur di kalangan pelajarnya 
sendiri, ahli keluarga dan peminatnya. Ini bukanlah pertama kali kami menikmati masakan air tangan selebriti terkenal seperti beliau. Selama tiga musim berturut-turut berkampung di studio untuk 
rakaman penggambaran BABA’S cu~bits, kami bersama food stylist yang menguji rasa semua 234 
resipi sebelum ia dipertontonkan dan boleh dicuba masak kepada penonton. Terbaiknya, ke semua 
resipi ini diolah semula dengan lebih kreatif, inovatif dan menarik.

Memasak dengan menampilkan trend mirip hidangan novelle cuisine, menjadi ujian terbesar buat 
Chef Kamarul setelah dipilih menjadi hos rancangan BABA’S cu~bits sejak mengacarakan musim 
pertamanya lagi, dua tahun lalu. Bukan tidak pernah menghasilkan sajian moden ala Perancis ini 
yang mementingkan sajian ringan yang bukan sahaja lazat, mudah disediakan, malah unsur paling 
penting ialah keutamaan dekorasi sesebuah hidangan. Dan, ya “cu~bits cuisine” lebih kepada konsep kulinari yang menggabungkan dua unsur tempatan iaitu masakan pelbagai citarasa dan tabiat kita sejak dari kecil sudah dibiasakan dengan sifat berkongsi makan. Terutama sekali dari segi penciptaan resipi-resipi tempatan dan antarabangsa dalam jelmaan baru dan unik hasil penggunaan sepenuhnya rangkaian produk BABA’S; yang telah lama menjadi jenama rempah pilihan  tempatan. Malah inspirasi untuk menggelarnya “cu~bits” ilham gabungan perkataan “cuba” dan “bits” untuk 
menggambarkan trend hidang baru ini.


Ketika disoal apakah menu cu~bits yang susah pada awalnya, tetapi sebenarnya mudah saja 
dihasilkan, Chef Kamarul menjawab Kek Crepe Berlapis Ragi dan Mangga. “Menghasilkan kek 
berlapis sememangnya agak sukar tetapi dengan menggunakan produk Baba’s, ia seolah shortcut 
untuk membuatkannya dalam masa yang singkat. Beliau menggemari sajian Masala Thosai yang 
disifatkan sebagai menu sarapan paling mudah disediakan. “Jika dahulu Tosai hanyalah sarapan 
lazim di gerai-gerai, jangan terkejut suatu hari nanti, kita menjumpai tosai versi cu~bits yang lebih 
eksklusif di hotel-hotel dan restoran mewah. 

*****
Yeszaaaa tidak nafikan tanggapan Chef Kamarul itu memang terbukti benarnya apabila semakin banyak sekolah, institusi, café mahupun restoran telah mencu~bitkan sajian menu mereka. 

Paling istimewa bila kita mencu~bitkan dengan rempah ratus Baba's :=)



Kenyataan ini turut disokong oleh Mr Navin (Ketua Pengiklanan & Promosi BABA’S) yang merupakan pencipta trend cu~bits ;

 “Keunikan cara persembahan dan konsep masakannya menjadikan cu~bits muncul sebagai ‘trendsetter’ dalam dunia kulinari masa kini. Kami ilhamkan resipi-resipi baru yang lebih sedap dengan kaedah penggayaan makanan lebih mantap yang dicipta menggunakan produk-produk BABA’S”  


Bersempena majlis penutup siri masakan BABA’s cu~bits, barisan Chef jemputan diperkenalkan 
kepada media sepanjang 26 episod cu~bits bersiaran. 

Turut serta di majlis eksklusif ini ialah Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad dan Seelan Paul, Ketua Pegawai Operasi Media Prima Berhad bersama jemputan lain. 


Sedikit kata-kata dari Chef Kamarul yang sangat berinspirasi;

“Dari permulaan sebagai hos cu~bits, digabungkan saya bersama isteri, Yati Rahman sehinggalah 
bergandingan dengan Chef-Chef jemputan, saya yakin cu~bits mencapai dan menepati konsep 
keseluruhannya untuk memupuk semangat berkarya dengan mempelbagaikan masakan sendiri di 
rumah dengan lebih kreatif, setaraf masakan mewah yang hanya terdapat di café, restoran dan 
hotel-hotel lima bintang”.

“Tetapi untuk Musim Ketiga cu~bits, saya lebih teruja dengan idea kolaborasi dengan Chef-chef 
terkenal dan ternama. Ia menjadikan cu~bits lebih advance dari yang disangkakan. Konsep memasak sebenarnya satu proses pembelajaran hari-hari. Berpeluang cu~bits di dapur bersama barisan Chef-
chef hebat ini, secara tidak langsung dapat berkomunikasi dua hala antara kedua-dua pihak. Saya 
dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan serta melihat bagaimana Chef-chef berbangsa asing ini 
berentrepretasi dalam masakan-masakan kita. Ia bukan sesuatu yang mudah, tetapi dengan BABA’S cu~bits semuanya seolah dipermudahkan”. 

Di majlis ini juga pihak penganjur mengadakan satu perlawanan antara hadirin dan chef ..
Memang meriah...
Dowang kena buat kerabu siap deko lagik...hehehe

So, chef tolong2 bantu mana yang patut...
Para peserta yang dipilih kenalah buat..

See abam Budiey yang gegeh...hahahah

Ada pemenang..
Ada cenderahati untuk semua...

Tibalah masa untuk mengumumkan pemenang peraduan selfie yang dianjurkan menerusi laman sosial FB Baba's...Untuk pengetahuan uolls pemilihan gambar pemenang adalah berdasarkan gambar paling kreatif berserta slogan yang menarik..

Jeng2....


Tahniah Raja :p
Rezeki mak yong ni...
Moga terus sukses....
Moga kejayaan yang dicipta menjadi pemangkin kejayaan yang lain...

Tahniah Khai sominya Ayu Zamzarina, hahahaha
Moga berjaya dengan bisnes..
Dan lepas ni boleh buat bisnes kedai makan pulak..eh eh

Tahniah Cikgu Rosnani isterinya Cikgu Ismail, mak sedara kepada Khairul Manaf (tukang wakil amik hadiah)...
Ni memang slogan meletopp punya!!!


Tahniah Morjan...(ai tak de gambar lakkk)..

Dan semua pemenang yang lain...
Serius semua gambar yang dihantar oleh peserta sangat-sangat-sangat kreatif....



Tahniah..Mbak Lely...Yumie...Hazimah...Hasnul suaminya Zue..


Hmmmmmmmmmmmmm
Saya pastinya akan merindui rancangan masakan dan kulinari kegemaran saya Baba's Cu~bits...sob sob

*****
Sedikit info mengenai Cu~bits :=)


Cu-bits mengambil inspirasi warisan tempatan, makanan terbaik yang dikongsi dengan penuh keindahan menerusi cara yang berbeza. Cubits terilham dari asalnya ‘cuba’ dan ‘bits’, yang menterjemahkan budaya baru mengenai perkongsian pelbagai rasa hebat sesebuah hidangan bersama mereka yang tersayang, keluarga dan sahabat handai. Cu-Bits ialah sesuatu yang ringkas dan ‘sedikit’ tetapi memenuhi citarasa sempurna sebuah hidangan yang seharusnya dinikmati semua tanpa merasa bersalah.


Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan BABA’S cu~bits dan perkembangan terkini BABA’S, sila layari laman Facebook BABA'S & U.


kredit pic : Ahmad Daud dan Iris Delisha :) :)
Majlis Penyampaian Hadiah Selfie Bersama Produk Baba's, dan Pengumuman Pengakhiran Siri Rancangan Masakan "Baba's Cu~bits" Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 12, 2015 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.