Revolusi Penjagaan Badan Terbaru Dari Nivea!
Hi, uoolls!!
Tidak dinafikan kulit
yang cantik sering dikaitkan dengan kulit yang bermaya. Namun majoriti wanita
Asia mahukan lebih daripada itu. Mereka sentiasa mencari inovasi terbaru dalam
menzahirkan kulit cerah sempurna kerana ia adalah faktor utama dalam menentukan
erti kecantikan bagi wanita di Asia.
Pastinya keinginan
untuk memiliki kulit yang cantik tidak berakhir disitu sahaja. Wanita mahukan
kulit yang anjal dan tegang supaya mereka kelihatan muda. Ahem..macam ai uolls...Namun ia adalah sukar
untuk memiliki kulit yang cantik, cerah dan anjal kerana tiada produk penjagaan
kulit badan di pasaran yang memberikan manfaat dua dalam satu mencerah dan
menganjal secara serentak. Oleh itu, ramai wanita bergantung kepada fesyen
untuk mengaburi rasa tidak yakin terhadap bahagian tubuh badan yang bermasalah.
Memahami situasi ini, NIVEA sebagai peneraju jenama
produk penjagaan kulit antarabangsa berdedikasi dalam memenuhi kehendak khsusus
setiap wanita untuk memiliki kulit yang cantik. NIVEA telah mengambil
pendekatan baru dalam kategori produk penjagaan kulit badan dengan inovasi
produk yang menggabungkan formulasi 95% keaslian Vitamin C dan Q10. Ini merupakan produk yang pertama di Malaysia
yang menawarkan dwi fungsi; manfaat mencerah dan menganjalkan kulit badan dalam
satu aplikasi.
Majlis dimulakan dengan penerangan ringkas oleh Jaren Ong, Pengurus Kanan Produk Beiersdorf Malaysia. Menurut Jaren
“Selama lebih dari 100 tahun, NIVEA telah menerajui kategori produk penjagaan kulit dan sentiasa komited dalam memberikan yang terbaik. Sebagai pakar kulit melalui inovasi produk, kami sentiasa meletakkan keperluan dan kehendak khusus setiap pengguna sebagai tunggak utama di dalam menghasilkan sesebuah inovasi produk. Pelancaran rangkaian produk penjagaan kulit badan mencerah dan menganjal yang pertama di Malaysia, ini merupakan sebuah pencapaian inovasi produk bagi kami dan para pengguna NIVEA”.
Pelancaran kempen ini juga adalah bersempena dengan kehadiran inovasi produk mencerah dan menganjal yang pertama daripada NIVEA. Untuk pengetahuan uolss ya objektif kempen ini adalah untuk membantu memberikan kesedaran bahawa kulit yang cerah dan anjal adalah definisi gaya fesyen yang sebenar. Kini mereka tidak perlu menutup kekurangan diri dengan berselindung disebalik gaya pakaian, sebaliknya tampil yakin dengan kulit cerah dan anjal mereka
Rangkaian produk terbaru mencerah dan menganjal NIVEA
ini bukan sahaja menawarkan manfaat mencerahkan kulit malah ia juga turut
menganjalkan kulit. Dengan pelancaran produk ini, NIVEA merupakan jenama
penjagaan kulit pertama yang melancarkan produk penjagaan kulit badan yang
menggabungkan Vitamin C & Q10 untuk manfaat kecantikan kulit yang lebih
cerah dan anjal.
Rangkaian
produk terbaru dari NIVEA ini menggunakan Vitamin C dengan 95% keaslian untuk
merawat kulit kusam dan tidak sekata akibat pendedahan kepada sinaran matahari.
Manakala Q10 pula adalah coenzyme
yang terdapat di dalam sel manusia yang membekalkan tenaga kepada sel kulit
manusia. Walaubagaimanapun, kadar coenzyme
menurun apabila usia semakin meningkat. Justeru itu, NIVEA Q10 terkenal
dengan manfaat anti kedutan, anti oksidan dan merangsang tenaga sel kulit
menjadikan kulit lebih tegang dan anjal. Gabungan kedua-dua bahan utama ini
dalam formulasi produk terbaru NIVEA ini, menjadikan kulit lebih anjal dan
tegang dengan aplikasi yang berterusan.
Ketika berlangsungnya
majlis pelancaran produk terbaru ini, NIVEA turut menjemput Dr.Siddique yang
merupakan seorang pakar Dermatologi Aestetik untuk berkongsi pendapat pakar
beliau tentang kepentingan Vitamin C dan Q10 coenzyme selain berkongsi pendapat
tentang keinginan wanita dalam memiliki kulit cerah dan anjal.
Jelas Dr.Siddique,
“Vitamin C boleh membantu
melindungi kulit daripada kerosakan matahari dan untuk mengurangkan masalah tona
kulit tidak sekata dan kedutan. Antioksidan ini bertindak dengan mempercepatkan
sistem pemulihan semula jadi kulit dan dengan secara langsung menghalang
kerosakan yang lebih teruk. Q10 memainkan peranan penting dalam memastikan
kulit kelihatan lebih muda. Namun Q10 akan mula berkurangan apabila anda
semakin berusia. Kebanyakkan wanita yang berusia 30 tahun ke atas mempunyai
kadar Q10 dibawah tahap optimum. Ini mengurangkan kemampuannya untuk menghasil
kolagen dan elastin. Kolagen amat penting kerana ia membuatkan kulit ada anjal,
manakala Elastin mebuatkan kulit lebih fleksibel. Kehilangan Kolagen dan Elastin
menyebabkan kulit berkedut dan kendur.
Penggunaan produk penjagaan kulit luaran yang mengandungi Q10 dapat
membantu kulit menjadi lebih anjal dengan berkesan kerana ia dapat meresap
terus kedalam kulit memberikan antioksidan yang menghasilkan kolagen serta elastin”.
Dalam panel diskusi mengenai kempen, pihak NIVEA juga telah menjemput Emely
Poon iaitu seorang personaliti radio dan TV. Menurut Emely beliau mempunyai gaya hidup yang aktif. Oleh
kerana beliau menggemari aktiviti luar, beliau gemar memilih gaya fesyen yang
santai sekaligus mendedahkan kulit beliau kepada sinaran UV yang merberbahaya.
“Sinaran UV matahari mendedahkan kulit saya kepada risiko kulit kusam dan tidak
sekata. Ini menyukarkan saya untuk memastikan kulit sentiasa kelihatan hebat.
Kadangkala saya terpaksa mengkompromikan gaya fesyen saya dengan memilih
pakaian yang lebih tertutup untuk mengurangkan risiko kerosakan kulit akibat
cahaya matahari. Tetapi jika saya diberi pilihan saya tidak mahu menukar gaya
fesyen saya. Rangkaian produk mencerah dan menganjal NIVEA ini adalah jawapan
kepada keperluan khusus kulit saya. Ia bukan sahaja melindungi kulit saya
daripada kerosakan kulit akibat sinaran matahri malah membuat kulit saya
sentiasa cerah dan anjal. Kini saya tidak
perlu risau lagi dan menyerlahkan kelebihan kulit saya”,
kata Emely dengan penuh ceria.
Rangkaian NIVEA WHITENING
& FIRMING terdapat dalam 3 Kategori
Losyen NIVEA Whitening
& Firming - Harga bermula dari
RM10.50
-
Losyen Badan NIVEA Instant White Firming SP15
-
Losyen Badan NIVEA Extra White Firming
Serum NIVEA Whitening &
Firming - Harga bermula dari RM 9.50
-
Serum Badan NIVEA Anti-Age White Firming dengan
SPF 33
-
Serum Badan NIVEA Extra White Firming dengan SPF
33
-
Serum Badan NIVEA Instant White Firming dengan
Serum SPF 33
-
Serum badan NIVEA Night White Firming
Krim NIVEA Whitening &
Firming Cream – Harga bermula dari RM 12.90
-
Krim Badan NIVEA White & Repair UV
Kemeriahan kempen “Flaunt it. Fair and Firm” ini
akan berlangsung sehingga bulan April 2015 di mana NIVEA secara eksklusif akan
membawa Adam Saaks dari Amerika Syarikat ke Malaysia untuk sebuah pertunjukan
fesyen istimewa di mana beliau akan mempersembahkan demonstrasi bakat beliau
mencipta gaya fesyen pakaian dengan sebilah gunting. Seiring dengan trend gaya
fesyen “cut-out” yang menjadi ikutan fashionista seluruh dunia, mesej yang
ingin disampaikan melalui pertunjukkan fesyen ini adalah, seandainya anda memiliki kulit yang cerah dan
anjal anda mampu menyerlahkan kelebihan kulit anda dengan apa sahaja gaya
fesyen.
Adam Saaks terkenal untuk persembahan memotong pakaian secara langsung
beliau. Beliau telah menempa nama dipersada fesyen antarabangsa sebagai salah
seorang invidu dengan bakat seni yang amat unik di dunia ini. Digelari sebagai ‘‘The Master Shredder“ dan ‘‘Adam Scissor
Hands“, beliau telah bekerjasama dengan
bintang-bintang ternama Hollywood dan sentiasa memperkenal trend gaya terkini
dengan potongan yang terperinci dan tepat serta teknik mencarik pakaian yang
dimiliki beliau.
**********
Untuk
maklumat lanjut mengenai kempen ini, para pengguna boleh melayari laman
facebook rasmi NIVEA di https://www.facebook.com/mynivea atau
perjalanan kempen “Flaunt it. Fair & Firm” yang menampilkan Adam Saaks,
Yasmin Hani dan Emely Poon di laman rasmi Youtube NIVEA di https://www.youtube.com/user/MalaysiaNIVEA. Rangkaian produk mencerah dan menganjal NIVEA
boleh di dapati di semua farmasi, pasaraya hyper, pasaraya utama, pasaraya mini
dan kedai serbaneka yang terpilih di seluruh Malaysia
Revolusi Penjagaan Badan Terbaru Dari Nivea!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 16, 2015
Rating:
No comments:
Sharing is caring...