Bengkel Bersama Mamil, "MomMe Me Time"

Wohooooo... Sabtu lepas ai sempat join sesi bersama Mamil di Talent Lounge PJ. Majlis santai yang dihadiri oleh semua 30 orang ibu yang terpilih bagi berkongsi tips dan pandapat tentang nutrisi terbaik buat anak.
Majlis dihoskan oleh Aishah Siclair, seorang selebriti yang bergelar ibu dan kini bertugas sebagai seorang DJ Radio Mix FM. Keletahnya yang ceria dan bersemangat sememangnya mewarnai acara yang dihoskan.
“Sebagai pakar dalam pemakanan kanak-kanak, kami di Mamil® sentiasa ingin meraikan para ibu  dan  menyokong  mereka  untuk  mencapai  potensi  tertinggi  dalam  penjagaan  anak-anak mereka.  Siri  bengkel  ‘Mamil®  MomMe  Saturdays’  adalah  cara  kami  mengucapkan  terima
kasih kepada para ibu yang memberi sokongan berterusan terhadap Mamil®. Ibu-ibu bukan sahaja  menikmati  sesi  memanjakan  diri  yang  ditawarkan  tetapi  juga  dapat  mempelajari perkara  yang  bakal  membawa  manfaat  dalam  kehidupan harian,”  

Caroline  Yap, Pengurus Pemasaran Danone Dumex (M) Sdn Bhd
Peserta-peserta yang menghadiri juga berpeluang mendengar dan berkongsi tip bersama Madam Jacki Siew, seorang  jururawat  dan  bidan  berdaftar  (Britain)  dengan  pengalaman  selama  15  tahun dalam memberi kaunseling kepada para ibu mengenai cara-cara menangani masalah kanak-kanak yang  lazim  seperti  demam  dan  selsema.  

Untuk pengetahuan semua, berdasarkan  hasil  kajian  Mamil®  yang  dianjurkan baru-baru  ini,  topik-topik  tersebut  merupakan  masalah  utama  kepada  kebanyakan  ibu. Apatah lagi  peningkatan  kes  denggi  di  sekitar  Lembah  Klang,  Madam Jacki  turut  menasihatkan  ibu-ibu mengenai  kepentingan  mendapatkan  diagnosis  yang  betul  daripada  doktor,  mengetahui perbezaan  di  antara  demam  dengan  demam  denggi,  serta  cara-cara  ibu  boleh  melegakan gejala yang anak-anak mereka hadapi.

Antara tip yang saya pelajari sepanjang bengkel dijalankan:-
1. Sentiasa "alert" keadaan anak, terutamanya ketika anak mula menunjukkan simptom demam.
2. Perlu ada termometer untuk suhu badan. Paling tepat termometer yang dimasukkan dari ruktum. Tapi sudah memadai sekiranya mempunyai termometer digital yang boleh diguanakan samada di bawah ketiak atau di bawah lidah.
3. Sekiranya anak demam, pakaikan anak dengan pakaian yang longgar dan selesa. Jangan selimutkan anak dengan kain tebal.
4. Lap badan anak dengan air bersuhu bilik. Jangan sekali-sekali lap anak dengan air terlampau sejuk.
5. Pastikan anak tidak dehidrasi, kalau ya, pastikan anak sentiasa minum air.
6. Perhatikan jika anak menunjukkan simptom yang lain seperti, ruam, biji merah kecil dan sebagainya.
7. Segera berjumpa dengan doktor, jika perlu.
Selain tips mengenai nutrisi. Kami juga melakukan beberapa aktiviti yang menarik. Sepanjang aktiviti dijalankan beberapa tips mengenai cara didikan anak turut diselitkan.
Antara tips menarik yang saya masih ingat adalah "tentang tanggungjawab sebagai seorang ibu untuk mendengar tentang luahan anak, tanpa perlu membuat sebarang konklusi terlebih dahulu". Ini kerana anak sentiasa mahu perhatian dari ibu-bapanya. Jadi kita hendaklah menjadi pendengar yang baik.
Di sini juga kami berpeluang merasai sendiri air susu Mamil untuk Step 3 dan Step 4.
Mom Bloggers in da house, yo!
Ayu dan Aishah... Ecececece...

Banyak manfaat yang saya perolehi sepanjang mengikuti bengkel ini. Moga ilmu yang diperolehi membantu saya untuk menjadi ibu lebih baik buat anak-anak yang tercinta :)
TQ Mamil!!!

Bengkel Bersama Mamil, "MomMe Me Time" Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 14, 2015 Rating: 5

3 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.