Bengkel Bersama Mamil, "MomMe Me Time"
Wohooooo... Sabtu lepas ai sempat join sesi bersama Mamil di Talent Lounge PJ. Majlis santai yang dihadiri oleh semua 30 orang ibu yang terpilih bagi berkongsi tips dan pandapat tentang nutrisi terbaik buat anak.
“Sebagai pakar dalam pemakanan kanak-kanak,
kami di Mamil® sentiasa ingin meraikan para ibu
dan menyokong mereka
untuk mencapai potensi
tertinggi dalam penjagaan
anak-anak mereka. Siri bengkel
‘Mamil® MomMe Saturdays’
adalah cara kami
mengucapkan terima
kasih kepada para ibu yang memberi sokongan
berterusan terhadap Mamil®. Ibu-ibu bukan sahaja menikmati
sesi memanjakan diri
yang ditawarkan tetapi
juga dapat mempelajari perkara yang
bakal membawa manfaat
dalam kehidupan harian,”
Caroline Yap, Pengurus Pemasaran Danone Dumex (M) Sdn Bhd
Peserta-peserta yang menghadiri juga berpeluang mendengar dan berkongsi tip bersama Madam Jacki Siew, seorang
jururawat dan bidan
berdaftar (Britain) dengan
pengalaman selama 15
tahun dalam memberi kaunseling kepada para ibu mengenai cara-cara menangani
masalah kanak-kanak yang lazim seperti
demam dan selsema.
Untuk pengetahuan semua, berdasarkan hasil kajian
Mamil® yang dianjurkan baru-baru ini,
topik-topik tersebut merupakan
masalah utama kepada
kebanyakan ibu. Apatah lagi peningkatan
kes denggi di
sekitar Lembah Klang, Madam Jacki turut menasihatkan
ibu-ibu mengenai kepentingan mendapatkan
diagnosis yang betul
daripada doktor, mengetahui perbezaan di
antara demam dengan
demam denggi, serta
cara-cara ibu boleh
melegakan gejala yang anak-anak mereka hadapi.
Antara tip yang saya pelajari sepanjang bengkel dijalankan:-
1. Sentiasa "alert" keadaan anak, terutamanya ketika anak mula menunjukkan simptom demam.
2. Perlu ada termometer untuk suhu badan. Paling tepat termometer yang dimasukkan dari ruktum. Tapi sudah memadai sekiranya mempunyai termometer digital yang boleh diguanakan samada di bawah ketiak atau di bawah lidah.
3. Sekiranya anak demam, pakaikan anak dengan pakaian yang longgar dan selesa. Jangan selimutkan anak dengan kain tebal.
4. Lap badan anak dengan air bersuhu bilik. Jangan sekali-sekali lap anak dengan air terlampau sejuk.
5. Pastikan anak tidak dehidrasi, kalau ya, pastikan anak sentiasa minum air.
6. Perhatikan jika anak menunjukkan simptom yang lain seperti, ruam, biji merah kecil dan sebagainya.
5. Pastikan anak tidak dehidrasi, kalau ya, pastikan anak sentiasa minum air.
6. Perhatikan jika anak menunjukkan simptom yang lain seperti, ruam, biji merah kecil dan sebagainya.
7. Segera berjumpa dengan doktor, jika perlu.
Selain tips mengenai nutrisi. Kami juga melakukan beberapa aktiviti yang menarik. Sepanjang aktiviti dijalankan beberapa tips mengenai cara didikan anak turut diselitkan.Antara tips menarik yang saya masih ingat adalah "tentang tanggungjawab sebagai seorang ibu untuk mendengar tentang luahan anak, tanpa perlu membuat sebarang konklusi terlebih dahulu". Ini kerana anak sentiasa mahu perhatian dari ibu-bapanya. Jadi kita hendaklah menjadi pendengar yang baik.
Di sini juga kami berpeluang merasai sendiri air susu Mamil untuk Step 3 dan Step 4.
Mom Bloggers in da house, yo!
Ayu dan Aishah... Ecececece...
Banyak manfaat yang saya perolehi sepanjang mengikuti bengkel ini. Moga ilmu yang diperolehi membantu saya untuk menjadi ibu lebih baik buat anak-anak yang tercinta :)
TQ Mamil!!!
Bengkel Bersama Mamil, "MomMe Me Time"
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 14, 2015
Rating:
wow! bestnya... :))
ReplyDeletePerghh..bestnyeee kak! :)
ReplyDeletedah siap dah.. Ayu baru nak buat hari nie..
ReplyDelete