Bergaya Yakin Dengan Ariani, Kesegaran Comfort Dirasai
Salam uollls... Nak habaq mai kat uoll semua tentang perkembangan terkini fesyen hijab!
*Untuk makluman, gambar saya ala-ala wanita sofistikated ini sekadar hiasan semata,:p
Buat pertama kali dalam dunia fesyen hijab, GALERI ARIANI akan disegarkan dengan haruman berpanjangan COMFORT seterusnya menjanjikan penampilan wanita sofistikated!
Untuk pengetahuan semua, butik eksklusif fesyen terkemuka, Galeri Ariani yang
terkenal dengan rekaan tudung yang kreatif, praktikal dan sofistikated, telah bekerjasama dengan Comfort yang sememangnya peneraju jenama pelembut fabrik dunia. Jalinan
kerjasama antara Ariani dan Comfort adalah bertujuan untuk menampilkan golongan
wanita hari ini dengan lebih keyakinan diri. Apatah lagi kini, busana fesyen hijab Ariani telah
didatangkan dengan inovasi terbaru Comfort yang menjanjikan kesegaran dan
keharuman berpanjangan. Serius, ini adalah sesuatu yang luar biasa. Bila tudung dipakai di kepala harum mewangi sepanjang masa. Memang ohsem! Sedikit nak dikongsikan mengenai Ariani dan Comfort ya uolls...
Mengenai
Ariani
ARIANI adalah
jenama hijab premium di Malaysia. Selaku peneraju pasaran dari segi fesyen
sopan, ARIANI mengekalkan satu keseimbangan antara fesyen-fesyen semasa,
keselesaan dan praktikal tanpa sebarang kompromi terhadap kepercayaan.
Produk-produk Ariani direka dengan gaya yang mempamerkan kepelbagaian. Sebagai
jenama anak syarikat JAKEL, pelopor dalam industri tekstil tempatan, ARIANI
adalah jenama tudung yang lain daripada yang lain, lengkap dengan pemahaman
tentang fabrik yang sesuai dengan cuaca di Malaysia. Kini dengan lebih 18
cawangan di serata Malaysia, ARIANI menjanjikan rangkaian produk yang
praktikal, tanpa sebarang kompromi dalam rekaan yang ringkas, berkepelbagaian, sopan dan elegan – yang memenuhi keinginan golongan pemakai hijab yang lebih
luas.
Mengenai Comfort
Comfort merupakan peneraju pelembut fabrik terkemuka
dunia. Dengan pengalamannya selama 40 tahun, Comfort berusaha secara berterusan
bagi memastikan pakaian-pakaian sentiasa selesa dengan keharuman yang
menyerlah, agar keluarga anda hidup dengan penuh kesegaran dan keselesaan.
Saya dan beberapa rakan media juga berpeluang mengambil gambar di photobooth yang disediakan di majlis pelancaran.
Majlis pelancaran ini telah dihoskan oleh Dee pengacara dan pelawak yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan.
Dee juga mengacara bersama dengan Nurul Syuhada, personaliti TV yang terkenal. Turut hadir dalam majlis ini duta tudung Ariani yang terkini iaitu Bella Dally pelakon comel yang semakin mendapat hati di kalangan peminat seni tanahair,
“Kami berasa
sangat teruja untuk bekerjasama dengan salah satu peneraju jenama pelembut
fabrik terkenal dunia yang bakal memberi kepuasan tinggi kepada
pelanggan-pelanggan kami yang yakin akan kualiti rangkaian tudung dan selendang
Ariani yang berpremium tinggi. Ariani mengetengahkan koleksi moden, elegan serta
sopan, disulam dengan rekaan berinovasi tinggi. Busana tudung Galeri Ariani
juga direka dengan kualiti fabrik yang terbaik bagi memastikan pelanggan tampil
bergaya dengan koleksi tudung kami.
Melalui
kerjasama ini, koleksi tudung Ariani yang disegarkan dengan keharuman
berpanjangan dari Comfort bakal melonjakkan nama Ariani seiring dengan arus
fesyen terkini. Kami bangga bekerjasama dengan Comfort yang menitikberatkan
kualiti tinggi seiring dengan kami. Dengan adanya kelembutan dan keharuman Comfort, ia menyerlahkan penampilan
tudung kami agar pelanggan-pelanggan kami tampil anggun dan berkeyakinan tinggi,” kata Datin Farah Haryani Muhammad Philip, Pengarah Pemasaran Ariani Textiles
& Manufacturing (M) Sdn Bhd.
“Fesyen hijab
bagi generasi wanita kini direka untuk menampilkan keperibadian masing-masing di
samping mengekalkan kesopanan dalam setiap rekaan. Sebagai peneraju pasaran
busana Muslimah, rangkaian tudung dan
selendang Ariani memberi inspirasi kepada golongan wanita agar tampil bergaya
dan Comfort merasa gembira untuk bekerjasama dengan jenama Ariani bagi
menawarkan pakej lengkap – fesyen yang disegarkan dengan haruman, satu inovasi
yang masih baru dalam dunia fesyen hari ini. Saya pasti rangkaian tudung dan
selendang Ariani dengan kesegaran dan keharuman berpanjangan dari Comfort bakal
menjadi kegemaran ramai terutamanya di kalangan wanita yang meminati fesyen
hijab,” kata Herry Budiazhari, Pengarah Pemasaran, Unilever (M) Holdings Sdn
Bhd.
Bella Dally dan Shazreen juga telah memperkenalkan video
berunsur jenaka yang menyentuh tentang cabaran yang dihadapi oleh pemakai hijab
dalam menentang bau yang tidak menyenangkan. Video ini boleh ditonton menerusi
laman sosial Facebook Ariani dan Comfort, saluran penjagaan rumah Youtube
Unilever Malaysia dan saluran Youtube Shazreen Fazlynda: www.youtube.com/user/pinkmarbless.
Memang kiut sesangat gelagat Shazreen dan Belly ni uolls. Tergelak-gelak saya menontonnya :)
Bau nasi lemak... bau durian, bau asap rokok, bau asap kereta... dan banyak lagi bau-bau yang kurang menyenangkan.
Tapi bagi wanita berhijab, tentu bau ini akan melekat di hijab kepala! Hmmm, memang tak meyenangkan kita bukan?
Hmmmm...
Jadi bila tudung kita dah ada teknologi Comfort NCAP yang mampu memberikan haruman berpanjangan sehingga 14 hari, secara tidak langsung ianya dapat melindungi fabrik daripada bau-bau yang tidak menyenangkan.
Di majlis pelancaran tersebut, rakan-rakan media berpeluang menyaksikan demonstrasi penjagaan fabrik dengan tudung hijab Ariani yang harum bersama duta jenama Ariani, Bella Dally dan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin. Turut serta bersama mereka adalah Shazreen Fazlynda, seorang Youtuber popular serta perunding imej hijab, Emi Idura. Fabrik yang tidak menggunakan Comfort. Memang teruk sangat baunya uolls. Sakit kepala lepas menghidu fabrik ini, hahaha...
Fabrik yang menggunakan Comfort!! Harum mewangi :)
Melalui jalinan
kerjasama ini, setiap tudung dan selendang Ariani diharumkan dengan penjagaan
fabrik yang terbaik, iaitu melalui penggunaan Comfort Ultra, pelembut fabrik
pekat yang menjanjikan kesegaran dan keharuman berpanjangan.
Kolaborasi yang menarik antara Ariani dan Comfort, ternyata sesuatu yang hebat!Saya sempat melihat beberapa koleksi tudung Ariani dan Comfort yang menarik. Bukan sahaja rekaan tudung yang cantik, bahkan wangi sangat!
Warna-warna ceria, wangi senantiasa!
Banyaknya pilihan dengan pelbagai versatil rekaan!
Bagi memberikan
pengalaman yang lebih indah, pelanggan-pelanggan Ariani akan menerima baucar
diskaun bernilai RM20 dari mana-mana gedung Ariani bagi setiap resit pembelian
rangkaian Comfort, bermula daripada 1 April sehingga 31 Julai 2015. Semua gedung
Ariani akan mengedarkan sampul pek Comfort Ultra percuma kepada pelanggan-pelanggannya
bermula dari 24 April sehingga 30 Jun 2015.
Orang awam juga
berpeluang menikmati diskaun bernilai RM5 bermula dari 1 April sehingga 31
Julai 2015 apabila mereka membeli Comfort Ultra secara talian melalui laman web,
eshop.tesco.com.my.
Berpeluang merakamkan gambar bersama dengan Datin Farah Haryani Muhammad Philip, memang momen yang tidak dapat saya lupakan.Ini kerana saya memang meminati personaliti Datin Farah Haryani :) Bekas seorang pendidik, Datin Farah bukan sahaja antara ikon wanita yang cantik, pandai bergaya, beliau juga seorang yang gigih memperkembangkan perniagaannya ke peringkat global. Apatah lagi beliau diibaratkan wanita kuat yang tidak pernah putus asa menyokong sama empayar Jakel milik suaminya Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel yang juga Pengarah Urusan Jakel.
Bersama Nurul Syuhada yang saya sangat kagum dengan kepetahan dalam berbicara.
Terima kasih Ariani dan Comfort atas jemputan :)
Bergaya Yakin Dengan Ariani, Kesegaran Comfort Dirasai
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 27, 2015
Rating:
comelnye datin tue..
ReplyDeleteInteresting... cantik selendang dan tudung semua... hehehe...jangan lupa guna comfort...
ReplyDeleteila--comel gilerrrr
ReplyDeletemiera- cantik dan harganya ahem ahem....mmg ai akan guna comfort lepas ni heheheheh
Wah.. bestnya.. eh..eh.. gambar yang last tu ada tangan kecik.. hihihi..
ReplyDelete