Berita Baik Buat Ibu Yang Preggy

9 bulan dari mula kita mengandung sehinggalah pada hari kelahiran tentunya satu tempoh yang amat mendebarkan. Ini kerana setiap wantita akan mengalami pengalaman bersalin yang berbeza-beza. Tapi atas perkembangan teknologi moden hari ini, pelbagai inisiatif baru terutama ubatan diperkenalkan bagi memudahkan proses kelahiran.
Saya juga yakin, proses kelahiran antara isu yang sering menjadi igauan ngeri buat ibu-ibu yang hanya menanti masa. Sebab tu ramai antara ibu-ibu di luar sana memilih untuk melahirkan anak secara cesarean biarpun sebenarnya beliau boleh melahirkan anak secara normal. Tidak dinafikan melahirkan anak secara normal juga boleh menyebabkan pelbagai komplikasi seperti pendarahan, perineum yang koyak besar, proses forsep dan vakum yang menggerunkan dan pelbagai lagi.

Ok ada berita baik untuk uolls yang mahu dan boleh melahirkan anak secara normal. Bagi nak mengelakkan rasa sakit akibat daripada geseran "opposing force" (yang biasanya dialami bagi mereka yang pertama kali bersalin) yang boleh menyebabkan ibu terpaksa mengerahkan tenaga yang banyak ketika meneran. Secara tidak langsung bayi juga terkesan lama dek kerana tempoh masa yang lama. Bila jadi kes macam tu, pakar perubatan akan mengambil inisiatif untuk memudahkan kelahiran dan mengelakkan perkara tidak diingini berlaku dengan melakukan episiotomy, jika perlu proses menggunakan alatan vakum atau forcep akan dilakukan.

Rasa macam ngeri kan, huuhu
Tapi ada berita baik untuk uolls semua... Hokeh!
Nak beritahu dekat uolls semua, Iniqra Pharma telah memperkenalkan ubatan yang dikenali sebagai GYNOTAL Gel. Ianya boleh membantu ibu-ibu dan bayi semasa proses kelahiran semulajadi/ normal. Secara ringkas GYNOTAL Gel berfungsi:
  • melindungi otot pelvis, rahim, saluran peranakan dan perineum  
  • memudahkan kelancaran proses kelahiran.
GYNOTAL Gel menghasilkan sejenis filem bio-pelekat yang licin dalam saluran peranakan untuk mengurangkan geseran-geseran tersebut. Ini bukan sahaja mampu untuk memudahkan kelahiran, secara tidak langsung dapat memastikan proses kelahiran adalah selamat, pantas dan selesa buat ibu dan juga bayi.

GYNOTAL Gel sememangnya telah terbukti dapat mengelakkan koyakan di perineum dan melindungi pelvis ibu. Bahkan gel ini sangat membantu bayi (ketika diteran) untuk meluncur keluar dengan mudah dari saluran peranakan.

Bagaimana GYNOTAL Gel Digunakan?

Terdapat 3 penyuntik GYNOTAL dalam satu pek dengan 3 applicators untuk 3 peringkat proses kelahiran semulajadi. Tapi ingat ye, GYNOTAL Gel HANYA boleh dilakukan oleh ahli perbidanan (midwife) atau doktor saje. Korang jangan suka-suka nak buat sendiri-sendiri ye hehe.

Peringkat 1 - Gel A yang pertama dimasukkan bila bukaan serviks mencapai 2cm ke 3cm.

Peringkat 2 - Gel A yang kedua dimasukkan bila ke dalam saluran peranakan selepas air ketuban pecah dalam masa 15 minit hingga 30 init atau bila bukaan serviks mencapai 5cm hingga 7cm.

Peringkat 3 - Bila ibu sedia untuk meneran atau ketika bukaan serviks mencapai 10cm, Gel B akan diamsukkan ke dalam saluran peranakan untuk menyokong ibu dan bayi.

Semasa si ibu meneran, bayi akan meluncur keluar melalui saluran peranakan dengan mudah, pantas dan mengurangkan koyakan di perineum, serta mengelakkan dari menggunakan forsep, vakum dan potongan (episiotomy).

Untuk pengetahuan korang, GYNOTAL Gel telah diuji dan digunakan dalam proses kelahiran dan terbukti ia selamat digunakan untuk ibu dan bayi. Gel ini tidak mengadungi sebarang bahan farmaseutikal dan gel tersebut akan diserap oleh badan ibu secara semulajadi. Maksudnya, GYNOTAL Gel ini bukan termasuk dalam kategori drugs ye tapi ia termasuk dalam medical devices

So, gel ini tidak akan merosakkan atau membahayakan otot-otot dan kulit saluran peranakan, kulit, mata, hidung dan mulut si bayi. Gel ini steril, tidak mengandungi bahan pengawet, latex dan hypo-allergenic

GYNOTAL Gel juga disyorkan untuk jenis kelahiran semulajadi termasuk waterbirth.

Kalaulah uolls nak cuba GYNOTAL Gel ini hanya terdapat di hospital terpilih sahaja seperti : 
  • Ampang Puteri
  • Tropicana
  • Desa Park City
  • Sunway Medical Centre
  • Gleneagles
So, sekiranya uoolls memang rancang nak bersalin kat hospital seperti tertera di atas, bolehlah uolls request untuk gunakan produk GYNOTAL Gel ni semasa proses kelahiran. 
Lepas bersalin... Kalau dapat diberikan penyusuan secara esklusif memang terbaik. So, adakalanya ibu baru khususnya ada masalah dengan puting, ahem. Geseran, luka antara masalah sering menjadi igauan buat ibu yang komited nak menyusu anak tetapi tertekan dengan masalah sebegini.
Ok, saya syorkan uolls try guna Krim Soft-N keluaran Iniqra Pharma. Krim ini adalah non-irritant, hypoallergenic, dermatologically dan tidak mengandungi:
  • Lanolin haiwan atau sintetik (sejenis wax yang dihasilkan oleh kelenjar biri-biri)
  • wangian
  • pewarna
  • petrokomia
  • silikon
  • bahan pengawet
Untuk pengtahuan uolls ya, bahan-bahan aktif dalam krim Soft-N ini tidak akan menyebabkan alahan kepada si ibu terutamanya buat bayi yang sedang menyusu. Tidak ada masalah jika bayi itu tertelan. Sebaliknya, krim ini dapat membantu melindungi dan mengekalkan kelembapan untuk melegakan kesakitan. Ia juga mempunyai 'gloss enhancer', melegakan puting sensitif, dan memberikan rasa 'cooling'.

Cara Menggunakan Krim Soft-N

Senang je nak gunakan krim Soft-N ni. 
  1. Sapukan krim ni sebelum dan selepas setiap sesi penyusuan
  2. Urut dengan perlahan sehingga krim tersebut diserap oleh kulit
  3. Pastikan kawasan payudara sentiasa kering dan pakai pakaian yang longgar
  4. Tukar pad menyusu dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan kuman.
Krim Soft-N 50ML ini berharga RM49.90 boleh didapati di farmasi terpilih dan hospital-hospital di seluruh kawasan Lembah Klang. Ia juga boleh didapati di Pulau Pinang dan Johor.
Apa jua perkara berbangkit tentang produk GYNOTAL Gel dan Krim SOFT-N ni, uolls boleh hubungi;
info@iniqrapharma.com.my
atau boleh layari:

INIQRA PHARMA
344A, Melawati Urban 1, 
Lorong Kedah, Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur.
Tel : 03-4107 3710

Berita Baik Buat Ibu Yang Preggy Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 12, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. kalau boleh beli then request doc klinik lain guna pun bagus haha..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.