DIY Simple Pulley System for Lovebirds Cage
Ni sebenarnya sangkar Hamster... Aritu tetiba my kids nak bela burung so me guna je apa yang ada kat rumah, janji can keep their lovebirds in cage... :)
Last Thursday baru beli proper sangkar burung... setelah lama jugak la (ok mengaku malas nak pergi cari). Saiz yg dipilih memang sesuai utk sepasang burung kecik depa... RM 20 lepas nego, ambil kaler pink hahaha
Dah beli sangkar teringin lak nak gantung baik2 kat luar rumah. Sebab nak senang maintenance so decide nak buat sistem pulley. Pergilah cari pulley, kedai hardware tu takde jual pulak... sebab malas kreatif so improvised sambar je Sliding Door Roller... RM3.90 satu set.
Nanti nak gantung kat frame bumbung takkan nak welding kot? So hentam je pakai Twist Tie. Dulu beli RM 2.00 segulung, baki dari projek berkebun...
Rope... 50 sen semeter, beli 10m. Pakai lebih kurang separuh je pun (sengaja beli lebih). Make sure beli tali yg boleh muat masuk pulley loh...
Clip Hook ni reganya 2 hengget... senang nak attach/detach sangkar dari puley system.Ikat baik2 tali guna Steel Cable Clip Saddle Clamp... 1 set 40 sen je... pastikan size tak terlalu besar berbanding tali yang dibeli...
Lepas tu panjat pasang seperti di atas loh... Nampak tak? Laluan tali sengaja diselitkan sedemikian rupa. Sebabnya, kot2lah by time, twist tie yg ambo ikat tu putus so adalah some sort of safety mechanism yang dapat halang sangkar tu dari terus jatuh gedebuk atas tanah. Mati kang burung tu mau nangis my kids.
Lagi satu for safety reason, me simpulkan tali pada satu bahagian. Simpul 2-3 kali biar cukup besar & tak muat masuk pulley, to act as a travel limiter masa turunkan sangkar.
See... kat situ simpulan akan stuck. I'm expecting my kids terlibat sama maintain kebersihan sangkar, so kalau masa turunkan sangkar tu tetiba depa terlucut pegangan tali at least sangkar tu takkan terus jatuh. Tapi sila ukur baik2 kat mana nak buat simpulan, tak guna gak sangkar dah jatuh gedebuk, burung dah kiok, baru tali stuck... haru weh!
Ok, siap... Gantung ikut kesesuaian loh. Just wasted ±30 minutes of my life (& Anaqi's) doing that. Boleh lah... Simple, murah & cepat :)
Hermit
DIY Simple Pulley System for Lovebirds Cage
Reviewed by Hermit
on
April 18, 2015
Rating:
No comments:
Sharing is caring...